Tag Archives: UMNO

Tuduhan PAS bergabung dengan Umno tidak masuk akal

Camera 360KUALA LUMPUR: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa PAS tidak akan sesekali bergabung dengan Umno sebagaimana yang diviralkan dalam media sosial sekarang.

Naib Presiden PAS itu berkata, perkara penggabungan PAS-Umno itu tidak pernah dibincang dalam mana-mana mesyuarat parti.

Menurutnya, sudah tidak terbilang kalinya ditegaskan bahawa tidak timbul soal penyatuan kedua-dua parti ini.

Katanya, PAS ada 21 kerusi parlimen sementara Umno mempunyai 88 kerusi parlimen.

“Jika bergabung, Umno nak bagi berapa kerusi kepada PAS? 40? Daripada sudut ini sahaja, tuduhan bahawa PAS akan bergabung dengan Umno sudah tidak masuk akal,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Bahkan, tambah beliau Presiden PAS telah menegaskan di dalam muktamar lalu dan sebelumnya bahawa PAS tidak akan bergabung Umno.

“Perkara dasar begini mesti melalui keputusan muktamar bukan hanya pandangan peribadi ahli parti,” tegas Tuan Ibrahim lagi.

Katanya, jikalau atas alasan untuk melaksanakan sistem perundangan Islam, Umno sudahpun boleh melaksanakannya seandainya betul ingin melaksanakannya di semua negeri yang diperintahnya.

Menurut beliau, berdekad-dekad Umno menentang hudud dan memperlekehkan hukum Allah ini, dan tidak menggunakan Al-Quran dan Hadis sebagai rujukan tertinggi parti.

“Apakah mungkin tiba-tiba Umno betul ingin membantu PAS melaksanakannya,” tanya beliau yang juga Persuruhjaya PAS Pahang.

Katanya, dalam saat Umno sedang kelemasan, tentulah ia akan sanggup melakukan apa sahaja, namun pengalaman lampau membuktikan bila mana mereka kuat, mereka akan tendang PAS keluar dari muafakat yang ada.

Jelas beliau, sudah sekian lama, Umno menindas Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan rakyat Kelantan dengan menafikan royalti minyak, pembangunan, lebuh raya, lapang terbang dan langsung tidak menghormati sistem federalisma.

“Apakah tindakan parti yang zalim terhadap PAS berdekad-dekad ini boleh dipercayai?” tanya beliau lagi.

Kata beliau, kalau hujahnya adalah untuk perpaduan Melayu, biarlah orang Melayu bersama dengan PAS bagi membentuk sebuah kerajaan baru berteraskan Islam, dan tidak lagi dilihat sebagai komuniti yang boleh menerima rasuah, salahguna kuasa sebagai sesuatu yang patut di bawah kerajaan Umno.

Tambahnya, amalan rasuah, salahguna kuasa, pengurusan ekonomi negara yang pincang dan tindakan menggunakan akta dan tindakan yang zalim untuk mendiamkan rakyat mesti dihentikan.

“Semua ini tidak akan dapat dicapai di atas tapak Umno yang korup,” tegas beliau. – HARAKAHDAILY 24/2/2015

Leave a comment

Filed under PAS, Press Statement

DMPN SABAH MENGUTUK KENYATAAN BIADAB MOHD RADZI OTHMAN MENGGELAR MUSLIMAH BERTUDUNG LABUH SEBAGAI PELACUR KELAS ATASAN

10341599_240482289473665_4436902270003861034_n

 


DMPN Sabah mengutuk kenyataan Setiausaha Ulama Muda UMNO, Mohd Radzi Othman yang menyifatkan muslimah bertudung labuh yang berdemontrasi pada 1 Mei lalu sebagai pelacur kelas atasan ,manakala lelaki yang menyokong muslimah yang bertudung labuh keluar berdemontrasi ibarat para pelanggan yang ghairah untuk merasai pelacur-pelacur yang dilanggannya.

Sehubungan dengan itu,saya mewakili
DMPN SABAH ingin menyatakan pendirian bahawa ;

1. Para muslimat diharapkan agar tidak berasa terhina dengan kenyataan biadab itu kerana janji Allah dalam al Quran bahawa kemuliaan itu bersama orang-orang yang berjuang menegakkan agamaNya. Sedangkan Saidatina Aisyah sendiri di fitnah dan dituduh pelacur oleh golongan Syiah. Ini semua adalah rencah perjuangan.

2. Kenyataan ini hanya ingin mengalih pandangan rakyat dari perkara utama iaitu rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana bakal mengalami kesusahan apabila berlaku kenaikan kos sara hidup apabila GST dilaksanakan pada 1 April 2015.

Situasi ini akan lebih menghimpit rakyat Sabah khususnya. Bukan sahaja negeri yang kaya dengan petroleum dan kelapa sawit ini terkebelakang dari segi pembangunan dan prasarana, malah harga barang juga juga lebih tinggi berbanding di semenanjung Malaysia.Kehadiran GST kelak bakal menambah kesengsaraan rakyat Sabah.

3. Ini hanyalah kenyataan dari orang yang busuk hati dan dengki dengan kebangkitan serta keberanian Muslimat PAS dalam memperjuangkan hak rakyat.

4. DMPN Sabah mendesak Mohd Radzi agar menarik balik kenyataan jahat beliau dan memohon maaf secara terbuka.

5. Sehubungan dengan ini juga, DMPN Sabah mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada muslimat-muslimat semua kaum wanita umumnya, yang turun dalam himpunan membantah GST kerana peka dengan masalah yang menimpa rakyat dan berani memperjuangkan hak .

6. DMPN Sabah juga menyokong penuh kenyataan Ketua Muslimat PAS Malaysia YB Siti Zailah Mohd Yusof yang mengutuk kenyataan biadap dan kotor setiausaha Ulama Muda UMNO tersebut.

7. Pesanan saya kepada semua, tadabburlah ayat 23-25 surah An Nur yang bermaksud;

” Sesungguhnya orang yang menuduh perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya ,yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan ,lagi beriman , akan dilaknat di dunia dan di akhirat dan mereka pula akan beroleh azab yang besar.
Pada hari (kiamat) lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri ,tentang segala yang mereka lakukan ( di dunia dahulu)
Pada hari itu Allah akan menyempurnakan untuk mereka balasan ( azab) yang berhak mereka mendapatnya dan mereka pula akan mengetahui bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Adil ,lagi nyata keadilan-Nya.

PUAN ZAITON AHMAD
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah.

Leave a comment

Filed under News, PAS, Press Statement

PAS sesat bertahaluf dengan orang kafir?

Datuk Dr Haron Din

24 Jun 2013

sf_11drharonDatuk, mengapa PAS bertahaluf dengan DAP? Tidakkah DAP itu kafir? Mengapa PAS tidak bertahaluf dengan Umno? Umno jelas Islam, mana lebih baik bertahaluf sesama Islam atau bartahaluf dengan orang kafir? Penjelasan ini amat perlu khususnya dalam keadaan gawat seperti sekarang ini yang ditunjukkan oleh keputusan PRU13 yang boleh merugikan Islam.

Abdul Quddus Abdul Mukmin, Padang Jawa, Klang, Selangor.

PERKARA pertama yang perlu anda tahu dan faham, bahawa tahaluf itu adalah sesuatu yang diharuskan oleh hukum syara’ dengan syaratsyaratnya. Apa yang dilakukan oleh PAS dalam isu tahaluf dengan DAP, sebenarnya tidak bercanggah dengan syarat-syarat syarak.

Kedua tahaluf yang dilakukan bersama orang kafir, akan tetapi jika sesama Islam tidak pula dinamakan dengan tahaluf. Kerana asasnya umat Islam adalah bersatu pada asalnya, kerana umat Islam perlu bersatu dan tidak boleh berpecah-belah.

Ketiga, Rasulullah s.a.w. pernah bertahaluf dengan Yahudi Madinah apabila kabilah-kabilah Arab Musyrikin Makkah membuat onar dan menimbulkan penindasan dan kezaliman terhadap Rasulullah dan juga Yahudi, maka apa yang dilakukan oleh Rasulullah untuk bertahaluf menghadapi kezaliman Musyrikin adalah diharuskan.

Keempat, banyak kali berlaku pada Rasulullah s.a.w. bermuamalah dengan orang kafir sedangkan baginda boleh bermuamalah dengan orang Islam, contohnya ketika Rasulullah hendak berhijrah ke Madinah, baginda bermuamalah dengan Abdullah bin Uraiqit iaitu seorang musyrik, sedangkan pada waktu itu ramai lagi orang Islam yang boleh Rasulullah bermuamalah dengan mereka.

Begitu juga Rasulullah pernah bermuamalah dengan seorang Yahudi dengan menggadaikan baju besinya kepada Yahudi itu untuk mengambil bahan makanan bagi keluarganya.

Persoalannya di sini, mengapa dengan Yahudi Nabi bermuamalah? Mengapa tidak dengan orang Islam? Kalau dengan orang Islam, mungkin Nabi tidak perlu menggadai baju besinya atau tidak perlu membeli atau berhutang, mungkin orang Islam akan memberi sebagai satu hibah (pemberian) secara percuma kepada Nabi.

Namun demikian, Nabi meninggalkan orang Islam dan bermuamalah dengan orang Yahudi. Mengapa berlaku demikian? Kerana hendak menyatakan ada ketika-ketikanya dengan sebab-sebab tertentu umat Islam diharuskan bermuamalah atau bertahaluf dengan orang kafir dan tidak dengan orang-orang Islam.

Kelima, PAS pernah memasuki Pakatan Barisan Nasional dengan Umno pasca tragedi 13 Mei 1969, dengannya terselamat Umno daripada tumbang atas gelombang rakyat menolak Umno – Perikatan ketika itu. Dengan penyertaan PAS ke dalam Barisan Nasional (menggantikan Perikatan) ketika itu, maka selamatlah Umno, maka kuat semula Umno dan tegak semula BN.

Maka ia terselamat daripada tumbang dan ditumbangkan oleh rakyat. Selepas Umno kuat semula dan merasakan PAS tidak diperlukan, maka Umno memecat dan menghalau PAS keluar daripada BN.

Banyak pihak yang mengetahuinya, maka PAS ditendang daripada BN, kesannya PAS berpecah dan bercelaru serta banyak ahlinya meninggalkan PAS, ada yang menubuhkan Parti Islam yang perlu menandingi PAS, PAS hampir terkubur ketika itu angkara perbuatan Umno, pengalaman itu amat pahit dan PAS berhempas pulas untuk bangun semula, dan sekarang sudah terbangun.

Sejauh ingatan saya, Umno tidak pernah menyatakan kekesalannya kerana memecat dan menghalau PAS keluar daripada BN, malah Umno tidak pernah meminta maaf kepada PAS hingga ke hari ini.

Kalau itulah sikap Umno, maka bagaimana orang PAS mahu memikirkan untuk mendampingi Umno semula seperti ada usaha membayangbayangkan isu itu, pengalaman amat pahit itu bagi PAS amat berguna.

Apabila PAS bertahaluf dengan Pakatan Rakyat khasnya dengan DAP, jelas PAS mengaut keuntungan yang ketara hasil daripada keputusan undi dalam PRU13 baru-baru ini, PAS semakin mendapat pertambahan pengundi dan penyokong.

Namun demikian, ramai orang menyedari, bahawa ‘Tahaluf Siayasi’ bukanlah satu perkara yang qat’ie, ini adalah satu hasil ijtihad daripada ahli-ahli PAS yang layak, hasil ijtihad itu diterima pakai dan namun demikian ia tetap terdedah kepada pelbagai kemungkinan, ijtihad boleh kekal selagi tidak ada keperluan untuk menyemaknya seperti timbul masalah.

Ada perkara-perkara penting yang menjadikan ijtihad itu lagho, maka barulah timbul keperluan untuk melihat semula perkara-perkara ijtihad yang lampau, atas dasar itulah persoalan mengapa PAS dan Umno tidak dapat disatukan yang dapat dilihat dari perkaraperkara yang telah saya sebutkan tadi, sekian wassalam.

 

 

Leave a comment

Filed under General, PAS

Cadangan PAS bersama Umno, pungguk rindukan bulan

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

20 Jun 2013

Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang penganalisis politik, Prof Datuk Dr Zainal Kling seperti yang tersiar di dalam Sinar Harian hari ini 20 Jun 2013. Saya kira kenyataan yang dikeluarkan sangat tidak terawang-awang dan tidak berpijak di bumi nyata. Nampaknya pandangan karut ini cuba untuk disebarkan atas nama akademik kononnya, padahal jelas nampak kepentingan UMNO timbul di permukaan air.

Di dalam kenyataannya itu, beliau mencadangkan agar PAS bergabung dengan UMNO untuk memperjuangkan Islam. Ini kerana parti-parti yang ada di sekeliling PAS semuanya mengkhianati Islam. Hanya UMNO sahaja yang memperjuangkan Islam.

Pada saya, kenyataan ini sangatlah tidak berasas. Jika umpama dahan pokok untuk berpaut, profesor ini nyata sekali sedang bergayut di dahan yang rapuh. Barangkali kerana bimbang jatuh ke tanah digigit semut, terus menerus tangan memeluk dahan yang menunggu masa untuk tersemban. Lambat laun sebenarnya dahan ini akan jatuh jua.

Amatlah lucu sekali apabila beliau menyatakan bahawa hanya UMNO yang memperjuangkan Islam. Barangkali langkah UMNO membenarkan premis judi di Kelantan sebelum tahun 1990 dahulu salah satu daripada perjuangan Islam menurut kacamata ‘orang cerdik pandai’ ini?

Di Melaka, pernah seorang Ketua Menteri yang merupakan pimpinan tertinggi UMNO mencadangkan agar pusat hiburan dilanjutkan masa pembukaannya sehingga ke awal pagi, inipun juga barangkali perjuangan untuk menegakkan Islam. Itu belum dicampur kenyataan-kenyataan yang menghina Islam yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO sebelum ini. Semuanya termaktub di dalam lipatan sejarah dan generasi kita tidak buta untuk membaca semula catitan ini.

Saya ingin bertanya, jika sekarang mahu mengajak PAS bersatu dengan UMNO, apa lebihnya UMNO berbanding dengan PAS dalam hal memperjuangkan Islam?

Sewaktu pemimpin parti komponen Barisan Nasional menghina seorang wakil rakyat UMNO di Johor yang mencadangkan hudud dengan label ‘hilang akal’, di mana pemimpin UMNO menyembunyikan diri? Jika lebihnya UMNO ialah kerana bilangan kerusi, saya suka mencadangkan agar ADUN UMNO di Kelantan menyertai PAS kerana bilangan kerusi yang dimiliki oleh PAS di Kelantan lebih banyak jauh mengatasi UMNO!

Jika UMNO memperjuangkan Melayu, kenapa Kelantan dinafikan hak ke atas royalti minyak dalam keadaan majoriti rakyat Kelantan berbangsa Melayu dan beragama Islam? Kenapa UMNO memainkan peranan untuk menyekat pembangunan ke Kelantan dan ini diakui sendiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan satu ketika dahulu? Apakah perkataan yang lebih tepat untuk menggambarkan sikap seperti ini selain daripada pengkhianat?

Pada saya, Islam yang dibawa oleh UMNO ialah Islam celup. Selagi dasar yang menjadi tunjang perjuangan UMNO ialah kebangsaan, tiada apa-apa nilai terhadap gerak laku UMNO sekalipun nampak seolah-olah ia pro-Islam. Di zaman Rasulullah SAW, masjid Dhirar diperintahkan untuk diruntuhkan sekalipun ia sebuah masjid kerana ia didirikan bukan di atas semangat Islam yang sebenar.

Kerana itu, saya tetap berpendirian, PAS tidak akan bersama-sama UMNO selagi UMNO tidak menukar dasar. Berhentilah menjadi pungguk yang rindukan bulan. Saban malam merenung bulan sambil memanggil-manggil, mahu terbang sayap kecil, mahu biarkan sahaja, hati pula tidak sanggup melihat bulan dipagar bintang. Akhirnya si pungguk hanya mampu berbuat bising!

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)
Bertarikh: 11 Syaaban 1434H bersamaan 20 Jun 2013M

Leave a comment

Filed under General, PAS, Press Statement

Tiada penyatuan PAS-Umno selagi saya hidup

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno selagi beliau masih hidup.

Menurut bekas Menteri Besar Kelantan itu, PAS adalah milik semua ahlinya dan sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat perlu mendapat persetujuan daripada semua ahli khususnya melalui muktamar.

“Tidak boleh sesiapapun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara PAS dan Umno apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli.

“Saya tidak bagi, selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama PAS dan Umno dilakukan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakahdaily semalam.

Tuan Guru berkata Umno sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS.

Tambahnya, selain persoalan dasar parti, banyak lagi perkara yang perlu dikaji terhadap kesilapan Umno dalam perjuangan mereka.

“Untuk itu tidak ada sebab kita ingin bersama mereka dan saya peringatkan pada yang lain jangan ada usaha ini,” ujarnya lagi.

Leave a comment

Filed under General, News, PAS

Selepas dituduh kafir harbi, diajak masuk BN!

KOTA BHARU: “Bukankah DAP yang dituduh sebagai chauvinis, komunis dan kafir harbi selama ini?” kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar)sebagai reaksi kepada cadangan agar DAP menyertai BN.

Nik-Aziz1

Selain itu, kata Tuan Guru Nik Aziz, bukankah DAP yang dituduh sedang berusaha menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian dan berusaha menggadaikan kalimah Allah?

“Tiba-tiba hari ini DAP ditawar masuk BN?” kata Tuan Guru Nik Aziz kepelikan.

Kafir harbi dan berusaha menjadikan Malaysia negara Kristian adalah laporan utama akhbar Umno, Utusan Malaysia yang ditujukan kepada DAP dalam sessi kempen PRU 13 baru-baru ini. Kafir harbi dari tafsiran perundangan Islam adalah orang bukan Islam yang memerangi Islam dan mereka dihalalkan darah oleh Islam.

Menurut Tuan Guru Nik Aziz dalam kenyataannya, beliau membaca kenyataan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang menyarankan agar DAP menyertai Barisan Nasional (BN) untuk menguatkan kerajaan BN.

“Saya bagaikan kurang percaya bagaimana seorang bekas pemimpin Umno yang masih setia kepada parti tersebut boleh mengeluarkan cadangan seperti ini?” katanya.

Ekoran itu, Tuan Guru Nik Aziz berkata, “Saya kira inilah bukti jelas menunjukkan bahawa BN sedar mereka semakin dipinggirkan rakyat.”

Politik perkauman dan penindasan yang diamalkan semakin ditolak sehingga menyebabkan mereka terpaksa mencari dahan baru untuk berpaut.

“Dalam tidak sedar, sebenarnya bukan dahan baru yang perlu dicari, bahkan pohon tua bernama BN itu perlu ditebang terus!” tegas bekas Menteri Besar Kelantan itu.

Bagi beliau, daripada DAP masuk BN, lebih baik Umno keluar BN dan menyertai Pakatan Rakyat.

“Sedarlah, ideologi perjuangan Umno hari ini sudah ketinggalan zaman, di Semenanjung Malaysia yang agak maju dari sudut teknologi dan pendedahan maklumat, mereka telah ditolak dan Pakatan Rakyat telah menang!

“Sudah sampai masanya BN dan Umno bermuhasabah, jika tidak akan sampai masanya mereka dibuang terus dari pentas politik negara, pada masa itu tiada yang akan sudi menerima, jatuh di tanah ayam tidak patuk itik tidak sudu!” ujar beliau.

Leave a comment

Filed under General, News

Peringatan kepada rakyat Malaysia: Wabak politik wang

abd hadi

Allah SWT mengesahkan tentang betapa buruknya perangai kaum Bani Israel berpolitik sebagai pengajaran kepada seluruh manusia, khususnya umat Islam. Firman Allah yang bermaksud:

Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: “Bahawasanya Allah telah melantik Tholut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: “Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami, sedang Kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?” Nabi mereka berkata:” Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Tholut) menjadi pemerintah kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan”. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (RahmatNya dan PengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.

Kisah ini benar-benar berlaku di zaman dahulu, apabila bangsa Yahudi terhina dengan sehina-hinanya lantaran mereka meninggalkan kitab Taurat, sehingga mereka ditakluk oleh bangsa lain. Setelah beberapa generasi mereka hidup hina merempat, maka  Allah mengutuskan seorang nabi mendidik mereka semula dengan kitab Allah. Akhirnya mereka sedar dan insaf, serta bersedia untuk berjuang, menegakkan negaranya semula. Mereka telah memohon petunjuk Allah melalui nabi agar dapat melantik seorang raja yang menjadi pemimpin  negara mereka.Tiba-tiba Allah menunjukkan seorang tokoh yang bernama Tholut supaya dilantik menjadi pemimpin mereka dalam perjuangan menegakkan semula negara namun begitu penyakit rohani masih ada dalam diri mereka, apabila kaum Bani Israel itu menolak dengan alasan raja yang dicadangkan tersebut bukanlah seorang yang kaya di kalangan mereka, Tholut yang dicadangkan itu bukanlah seorang kaya-raya. Nabi itu memberi tahu bahawa petunjuk Allah supaya melantik seorang yang berilmu dan gagah perkasa, Tholut adalah tokoh paling layak.

Kisah ini menunjukkan bahawa politik berteraskan harta menjadi penyakit bangsa yang Yahudi yang dimurkai Allah, disebut dalam surah Al Fatihah (المغضوب عليهم ).

Allah juga mendedahkan sifat kebendaan bangsa Yahudi dengan firmanNya yang bermaksud:

Mereka ialah orang-orang yang Allah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagi mereka kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang besar. Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya).

Ini menunjukkan bahawa penyakit kebendaan telah merebak sehingga hilangnya perhitungan akal, lalu suka menerima berita bohong dan mengambil harta haram melalui rasuah dan lain-lain.

Cabaran keadaan yang sama juga dialami oleh para pemimpin Makkah dan pengikutnya. Rasulullah SAW menghadapinya  apabila dihujahkan dengan kebendaan.  Allah berfirman, maksudnya:ا

Dan mereka berkata: “Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu (Wahai Muhammad), sehingga engkau memancarkan mata air dari bumi (bekalan air) bagi kami. Atau (sehingga) engkau mempunyai kebun dari pohon-pohon tamar dan anggur, kemudian engkau mengalirkan sungai-sungai dari celah-celahnya dengan aliran yang terpancar terus-menerus. Atau (sehingga) engkau gugurkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana yang engkau katakan (akan berlaku); atau (sehingga) engkau bawakan Allah dan malaikat untuk kami menyaksikannya.

Atau (sehingga) Engkau mempunyai sebuah rumah terhias dari hiasan paling mahal (menunjukkan harta kekayaan ); atau (sehingga) engkau naik ke langit; dan kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau turunkan kepada kami sebuah Kitab yang dapat kami membacanya”. Katakanlah (Wahai Muhammad):” Maha suci Tuhanku! Bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul ? (Al-Israk)

Para ulama merakamkan kisah Rasulullah S.A.W. ketika baginda menegaskan kepada Adi bin Hatim R.A. seorang pemimpin Arab terkenal sebelum Islamnya, sabda Rasulullah SAW: “Wahai Adi ! Aku tahu mengapa kamu tidak mahu menerima Islam, kerana  Islam dilihat bersama-sama dengan  orang-orang yang lemah dan tidak ada kekuatan. Akan tetapi akan tiba masanya Islam mencapai kemenangan sehingga harta melimpah ruah, sehingga tidak ada lagi orang mahu menerimanya”.

Demikianlah politik wang atau matlamat kebendaan menjadi wabak yang merosakkan manusia sejak dahulu sehingga sekarang, hilangnya harga diri manusia yang dijadikan Allah berakal dan fikiran supaya dapat menilai benar dan salah serta menggunakan harta menjadi alat, bukan diperalatkan oleh harta  yang tidak berakal.

Apabila harta menjadi matlamat, maka hilanglah nilai kemanusiaan yang mulia serta martabatnya yang tinggi jatuh lantas menjadi hina. Akhirnya menjerumuskan diri sendiri lebih hina dan menghinakan bangsa serta umat. Kerana pada masa itu segala pertimbangan akal dan petunjuk Allah ditolak apabila harta menjadi ukuran benar dan salah.

Bangsa Melayu bersama Umno ditarbiyah dan dididik dengan politik wang dan kebendaan. Penyakit yang membarah ini diakui sendiri oleh semua pemimpin UMNO dengan menyatakan bahawa ianya sudah menjadi penyakit yang memburukkan usus dan menjadi kanser. Paling bahaya ianya juga telah merebak ke dalam jentera kerajaan dan rakyat Melayu apabila di setiap kali pilihanraya umum atau kecil.

Orang-orang Melayu di bawah UMNO hilang jati diri, sehingga tidak mampu bertongkat dengan hak istimewa yang diberi nafas sebagaimana yang tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini masih berlaku walau pun UMNO menang majoriti paling besar dalam pilihan raya sejak beberapa dekad yang lalu.

Jumlah kerusi Melayu diagih untuk menjadi benteng pasir melindungi UMNO. Hanya negeri Melayu kuat UMNO ditambah kerusi pilihan raya. Ada pun negeri Melayu yang tidak memilih UMNO tidak ada pertambahan kerusi walau pun penduduknya bertambah dalam dua kali kajian kajian persempadanan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan.

Duit ditabur dengan sebanyak-banyaknya untuk membeli undi Melayu supaya tetap memilih UMNO. Kepada  yang tetap memilih UMNO pula dibodohkan dengan media Melayu arus perdana bersama para penulis upahan, sehingga terus berkhayal  dalam kejahilan dan kemiskinan dan tidak kenal perubahan yang berlaku dalam dunia terkini.

Allah menegaskan bahawa harta negara yang banyak tidak mampu membela seluruh rakyat dengan adanya penyakit tersebut. Ini kerana apabila harta negara yang boleh dianggap sebagai darah yang tidak mengalir ke dalam  seluruh jasad kerana berlakunya: دولة بين الأغنياء منكم

Berpusing kepada orang-orang kaya tertentu di kalangan kamu.

Maka kekayaan negara dikikis atau dibocor oleh  pemimpin yang kaya dengan rasuah atau menyalah gunakan kuasa untuk mendapat kekayaan bagi diri dan kroninya. Apatah lagi adanya orang-orang kaya yang mendapat peluang dengan rasuah atau sentiasa berpeluang kerana bersekongkol dengan pemimpin yang khianat terhadap rakyat dan harta negara. Puncanya apabila berpolitik kerana wang dan matlamat kebendaan, bukannya menunaikan amanah.

Allah SWT telah menunjukkan contoh dalam al-Quran petunjuk sepanjang zaman di mana adanya tiga serangkai Firaun (raja), Haman (Perdana Menteri) dan Qarun (hartawan).

Rakyat termiskin dibantu dengan duit dan kemudahan sementara sahaja, tetapi tidak boleh membebaskan diri daripada kepompong kemiskinan. Rakyat yang tidak memiliki tanah tempat kediaman diburu ketakutan peras ugut dengan milik sementara sepanjang masa, atau terpaksa meneroka tanah tanpa kebenaran rasmi dan dibiarkan supaya menjadi mangsa ugutan.

Setiap kali pilihan raya maka duit menjadi senjata kempen dengan bekalan daripada pemilik harta Qarun penyumbang tetap  yang mendapat segala peluang tetap selepas pilihanraya, atau membocorkan peruntukan yang wajib ditunaikan bagi kemudahan rakyat. Maka berlakulah projek terbengkalai atau projek cacat yang meruntuhkan kerana tidak sempurna.

Setiap kali pemilihan kepimpinan UMNO juga wang tetap digunakan, kerana kedudukan dalam parti akan dapat menjamin kehidupan dan segala kesempatan. Di sana pula tetap ada para Qarun yang bersedia menyumbang bagi memperjudikan diri masing-masing.

Penyakit ini pernah menjadi sebab bersejarah kejatuhan  umat terdahulu dengan hina, termasuk kuasa besar yang paling kaya dengan tamadun kebendaannya. Semuanya dikisahkan oleh Al Quran supaya menjadi petunjuk kepada seluruh manusia di sepanjang zaman, termasuklah orang-orang melayu terkini.

Ketika bangsa lain berpolitik memilih parti yang menjaga bangsa masing-masing dalam persaingan masyarakat majmuk, tiba-tiba bangsa Melayu masih lagi bersama UMNO.  Ada lagi di antara kita yang memilih parti yang mengagihkan duit dan segala habuan segera. Maka tunggulah padah menimpa diri sendiri, jangan menyalahkan orang lain.

Akhirnya dengarlah pesanan Rasulullah S.A.W.

خُذُوا الْعَطَاءَ مَا دَامَ عَطَاءً، فَإِذَا صَارَ رِشْوَةً فِي الدِّينِ فَلا تَأْخُذُوهُ، وَلَسْتُمْ بِتَارِكِيهِ، يَمْنَعْكُمُ الْفَقْرَ وَالْحَاجَةَ، أَلا إِنَّ رَحَى الإِسْلامِ دَائِرَةٌ، فَدُورُوا مَعَ الْكِتَابِ حَيْثُ دَارَ، أَلا إِنَّ الْكِتَابَ وَالسُّلْطَانَ سَيَفْتَرِقَانِ، فَلا تُفَارِقُوا الْكِتَابَ، أَلا إِنَّهُ سَيَكُونُ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ يَقْضُونَ لأَنْفُسِهِمْ مَا لا يَقْضُونَ لَكُمْ،

المعجم الكبير للطبراني – (ج 14 / ص 499)

Ambillah pemberian, selagi sebenarnya pemberian yang berhak. Maka apabila sudah menjadi rasuah dalam perkara al-Din (agama dan cara hidup) maka janganlah kamu mengambilnya dan jangan pula meninggalkannya, nescaya menghalang kamu daripada menjadi fakir dan sentiasa berhajat . Ingatlah Islam sentiasa dalam pusingan (menang dan kalah, mulia dan dihina), maka kamu hendaklah sentiasa bersama Islam di mana sahaja keadaannya. Ingatlah, akan berlakunya pertelingkahan diantara kitab (al Quran) dan pihak yang berkuasa memerintah negara, kamu jangan sekali-kali berpisah daripada kitab al Quran. Ingatlah, akan adanya para pemimpin yang menghukum kerana diri mereka bukan kerana menolong kamu ….).

Dalam hadith yang lain pula diharamkan kepada orang yang berada mengambilnya kecuali selepas itu diberi kepada orang yang sebenarnya memerlukan  bantuan.

Wujudnya penyakit politik kerana harta pada hari ini adalah tanda kerasulan Nabi Mohammad S.A.W. yang wajib diimani. Ingatlah maksudnya bahawa memilih parti politik wang atau kebendaan akibatnya bencana menimpa umat.

Leave a comment

Filed under General