Tag Archives: PKR

PAS Sabah tidak terhalang PKR, DAP keluar PR negeri

pas-sabahKUALA LUMPUR: PAS Sabah menghormati keputusan PKR dan DAP negeri memutuskan hubungan politik dengannya, kata Timbalan Pesuruhjaya III PAS negeri, Hamid Ismail.

 
Begitupun, katanya PAS Sabah menerima keputusan tersebut dengan berat hati kerana pihaknya percaya bahawa gabungan Pakatan Rakyat di antara PAS, PKR dan DAP mampu untuk menumbangkan Barisan Nasional di Sabah.

 
Ini, ujar beliau dapat dilihat dengan kemenangan PKR dan DAP di beberapa kerusi Dun dan Parlimen di Sabah.

 
Katanya lagi, kenaikan undi bagi PKR, DAP dan PAS di Sabah dalam PRU13 juga memberi indikasi bahawa rakyat dapat menerima polisi ‘setuju untuk tidak bersetuju’ yang dipraktikkan dalam Pakatan Rakyat.

 
PAS Sabah, kata beliau walau bagaimanapun, ingin membetulkan kenyataan media bertulis dan lisan yang dikeluarkan bersama oleh PKR dan DAP Sabah berkenaan pemutusan hubungan dengan PAS Sabah kelmarin.

 
Pertama, jelasnya PKR dan DAP Sabah memutuskan hubungan dengan PAS Sabah di atas alasan pelaksanaan hudud di Kelantan, dan bukannya di Malaysia seperti yang dinyatakan dalam kenyataan media bertulis mereka.

 
Kedua, tambah beliau PAS Sabah tidak keluar atau menarik diri dari Pakatan Rakyat.

 
“Di dalam mesyuarat kelmarin, tidak ada keputusan dibuat untuk menolak PAS Sabah keluar dari Pakatan Rakyat,” ujarnya.

 
Ketiga, katanya dengan pemutusan hubungan dengan PAS Sabah, Pakatan Rakyat di Sabah secara otomatiknya terbubar kerana Pakatan Rakyat adalah gabungan tiga parti politik.

 
Oleh itu, menurutnya penggunaan perkataan dan lambang ‘Pakatan Rakyat’ selepas ini oleh PKR dan DAP Sabah adalah tidak wajar dan akan mengelirukan rakyat.

 
“Perkembangan terbaru ini tidak akan menghalang PAS Sabah meneruskan kerjanya sebagai sebuah parti politik di Sabah dalam melakukan perubahan di Sabah demi kebaikan seluruh rakyatnya tanpa mengira agama dan bangsa selaras dengan ajaran Islam yang terkandung dalam al-Quran dan as-Sunah,” katanya lagi.

 
PAS Sabah, jelas beliau akan mengikut sistem demokrasi dan undang-undang yang ada dalam melaksana kerja-kerja dan mencapai agenda-agendanya. – HARAKAHDAILY 31/3/2015

Leave a comment

Filed under PAS, Press Statement

Satu lagi sejarah hitam negara – Presiden PAS

934784_10153202761861840_8738744460834084225_nPAS merakamkan takziah dan simpati terhadap Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas ujian hukuman yang dijatuhkan kepadanya.

Hari ini menjadi satu lagi sejarah hitam negara, mengulangi tragedi sama yang pernah ditanggung beliau sebelum ini. Untuk itu, rakyat perlu melihat bahawa kemaraan dan konsisten politik Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah dipasung dari terus menjadi pejuang rakyat.

Ia juga mengingatkan kita semua, hanya Undang-undang Syariah sahaja dapat memberi keadilan sebenar dan penyelesaian terhadap seluruh kekeliruan dan fitnah sebagaimana kes ini.

Maka, perlunya semua pihak memberi keyakinan kepada PAS untuk membawa perjuangan hingga berdaulatnya Undang-undang Syariah di dalam pemerintahan negara kita ini, termasuk menegakkan ‘addin’ yakni cara hidup Islam.

Kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, ahli keluarga, seluruh anggota PKR dan Pakatan Rakyat, semoga kita terus sabar dan istiqamah untuk kekal melangsungkan memperjuangkan menegakkan keadilan bagi negara ini.

Oleh itu, perlunya kita bersatu-padu secara penuh harmoni dalam kemajmukan, agar menjadi kuat untuk teguh menumbangkan BN.

DATO’ SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Leave a comment

Filed under Pakatan Rakyat, PAS, Press Statement

PROGRAM PAKATAN RAKYAT: JELAJAH REFORMASI 2.0 – KEMBALIKAN KEADILAN RUNTUHKAN KEZALIMAN DI NEGERI SABAH

10011479_10152005540872844_1748411777_n

 

Semua ahli PAS Negeri Sabah dijemput hadir bersama memberikan sokongan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 26 Mac 2014

Masa: 7.00pm – 11.00pm

Tempat: Perkarangan Bangunan KDCA Penampang

Pimpinan Pakatan Rakyat yang akan hadir: Dato’ Seri Anwar Ibrahim, DSP Lajim Haji Ukin, Pesuruhjaya PAS Sabah, Tuan Mohd Aminuddin Aling dan pimpinan DAP Sabah.

PAS Negeri Sabah

Leave a comment

Filed under General, Pakatan Rakyat, PAS

KENYATAAN MEDIA ADUN PR KELUAR PARTI : PAS SABAH GESA SERAH KEMBALI MANDAT KEPADA RAKYAT

862633_473267522728211_1987536453_n

 

 

  1. PAS Sabah merasa amat kesal dan kecewa dengan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri N.7 Kadamaian YB Ukoh @ Jeremy Malajad yang bertindak keluar parti dan seterusnya mengisytihar menjadi ADUN Bebas mesra BN.
  2. Tindakan ADUN Kadamaian telah mengkhianati amanah dan kepercayaan yang telah diberikan rakyat kepada beliau pada pilihanraya ke-13 baru-baru ini.
  3. PAS berpandangan ADUN Kadamaian mesti meletak jawatan dengan menyerahkan kembali mandat kepada rakyat memandangkan beliau menang atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR).
  4. Sekiranya ADUN Kadamaian seorang yang bermaruah dan mempunyai harga diri maka sewajarnyalah beliau berani menyerahkan mandat kepada rakyat untuk pilihanraya semula.
  5. PAS juga mahu tindakan serupa diambil oleh ADUN N.16 Luyang YB Hiew King Cheu yang telah memenangi diatas tiket Parti Tindakan Demokratik (DAP).
  6. PAS menyeru kepada rakan dalam Pakatan Rakyat supaya mengetatkan peraturan dan kaedah pemilihan calon  dan langkah-langkah pencegahan agar peristiwa yang sama tidak berulang lagi.
  7. PAS mencadangkan satu mesyuarat segera Sekretariat Pakatan Rakyat Sabah untuk membincang dan melakukan post-moterm ekoran perkembangan terkini.
  8. PAS juga menyeru kepada semua pemimpin, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat negeri ini sama-sama bertenang dan merapatkan  saf masing-masing demi agenda perubahan yang sama-sama kita perjuangkan

Sekian terima kasih

Paumin @ Mohd Aminudding Aling

Pesuruhjaya PAS Sabah

Tarikh : 06.11.2013

Leave a comment

Filed under Pakatan Rakyat, Press Statement

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS SABAH

532510_4216873977312_737470829_n

 

Kenyataan Media Dewan Pemuda Pas

Dewan Pemuda Pas negeri Sabah ingin memberi respon terhadap tindakan keluar parti oleh Adun PKR Kadamaian Jeremy Malazad yang menjadi Adun bebas pro BN. Pemuda Pas Sabah amat kesal dengan tindakan berkenaan apatahlagi selepas tindakan Adun Luyang Dr Hiew King Ciew dari Parti DAP keluar parti sebelumnya untuk menjadi mesra BN. Terdapat juga laporan berita menggaitkan seorang lagi Adun Pakatan Rakyat yang juga isterinya merupakan Ketua Wanita Umno Bahagian akan keluar Parti.

Tindakan Jeramy Malazad yang melakukan pengumuman keluar Parti di tengah-tengah kerancakan pilihanraya Sg Limau sudah pasti punyai motif politik jahat yang ingin memberi gambaran negatif terhadap Pakatan Rakyat dan mempengaruhi mood pengundian di saat-saat akhir.

Pemuda Pas Sabah ingin mengingatkan mana-mana Adun Pakatan Rakyat yang telah dan akan keluar Parti dan memberikan sokongan kepada BN sesungguhnya adalah pengkhianat kepada Perjuangan. Mereka mengkhianati amanah yang diberikan oleh parti, mereka juga mengkhianati kepercayaan rakyat yang menyokong mereka pada PRU13 lepas.

Tindakan ini adalah tidak bermaruah jesteru memalukan Politik Sabah. Menunjukkan seolah-olah ahli politik sabah begitu murah harga diri, tiada pendirian dan jati diri. Ini amat memalukan tatkala angin perubahan begitu kuat dengan gelombang Inikali la yang memberikan kemenangan kepada undi popular Pakatan Rakyat dalam PRU13 lepas.

Ini juga satu pengkhianatan kepada harapan rakyat Sabah yang telah lama tertindas di bawah pemerintahan Umno dan BN. Kepayahan hidup, rampasan tanah, kemiskinan, dasar kabotaj yang mencengkam, pendidikan, masalah infrastruktur dan lain-lain yang telah menyebabkan rakyat Sabah begitu tertinggal.

Oleh itu Pemuda Pas Sabah mendesak wakil-wakil rakyat tersebut jika masih ada maruah diri supaya berundur. Sila letak jawatan dan kembalikan suara demokrasi kepada rakyat dan memberikan laluan diadakan pilihanraya semula. Pemuda Pas Sabah juga meminta supaya SPRM membuat siasatan sekiranya terdapat unsur-unsur membeli wakil rakyat untuk berpaling tadah.

Sebagai pengajaran kepada mana-mana rakan Parti komponen dalam Pakatan Rakyat Sabah, Pemuda Pas sabah juga mengingatkan supaya pemilihan calon dalam pilihanraya adalah lebih teliti di masa akan datang supaya tiada unsur-sabotaj keluar Parti setelah mendapat kemenangan dalam pilihanraya.

Lahirul Latigu
Ketua Pemuda Pas Sabah

Leave a comment

Filed under Pakatan Rakyat, PAS, Press Statement

Strong showing in Sabah augurs well for PAS

by Murib Morpi. Posted on May 7, 2013, Tuesday

KOTA KINABALU: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) recorded a considerably strong showing in the just concluded 13th General Election (GE13) in Sabah, despite failing to win any of the 11 seats that it contested.

The peninsular-based Islamic party was tasked to represent Pakatan Rakyat (PR) in challenging the Barisan Nasional (BN) in nine predominantly Muslim majority seats, apart from two parliamentary constituencies.

Although they did not contribute any victory to the opposition alliance that wrested an additional 10 state seats and one parliamentary seat in Sabah, PAS came out of this election undefeated in spirit, stronger and more motivated.

This was the first time they contested under PR in so many seats in Sabah, and for a party previously viewed as alien and irrelevant in Sabah, their notable performance in the May 5 balloting was a victory in its own right.

“We did not win any (seat) but we managed to attract a significant number of voters in certain areas,” Sabah PAS state commissioner Hj Mohd Aminuddin Aling pointed out. Had there been more straight fights, he said PAS would have won more votes.

“The point is, it shows that the voters in Sabah are beginning to accept the ideologies and agendas that PAS offers to them. It’s a good place to start, to continue marching forward. There is a lot more that needs to be done by PAS in Sabah and we will take this as a motivation to continue working hard. We will continue to touch base with the people, implement our programmes and activities and work towards achieving our Welfare State agenda,” he said when contacted yesterday.

The party officially began its operation in Sabah after it was registered in the State in the late 80s, but cold response from the mixed communities in Sabah saw them progressing at a snail’s pace. Almost 30 years later, they are basically still on the sidelines, as the insignificant political party in Sabah and far from reaching the same iconic recognition it has in its home base Kelantan.

To date, they have only 13 to 15 branches in the whole of Sabah, with a few more protem divisional committees struggling to get their branches registered and functioning.

Yet, in Sunday’s polling, PAS won about 21,335 or 20.2 per cent of the combined votes from all the nine state seats they contested in, second behind BN who secured 68,342 or 56.4 per cent from the total of 105,595 votes. The remainder of the votes went to KITA (0.1%), STAR (5.9%), SAPP (2.1%) and Independents (6.9%). In fact, only two of its nine state candidates lost their deposit, in Pitas and Bugaya, after the party secured less than 10 per cent of the total votes in both areas.

Some of its candidates were more noticeable, like lawyer Hamid Ismail who received 5,409 or 32.6 per cent of the total votes in Tanjong Aru, and Ahmad Dullah who gained 3,957 (28.4%) votes in Merotai.

At the parliamentary level, PAS polled a total of 18,191 votes, which translated to 30.5 per cent of the overall turnout at the two constituencies they vied for, namely Kalabakan and Batu Sapi. BN commanded 60.7 per cent (36,210 from 59,631 votes), while STAR 2.8 per cent and Independent candidates 6 per cent.

The question however, remains. Has PAS really began to be recognized by Muslim voters in Sabah or is their seemingly stronger performance just a stroke of luck?

Had the seats they contested in were tackled by the other PR members, could the result have been different, given that both Democratic Action Party (DAP) and Parti Keadilan Rakyat (PKR) have done better?

PKR, who contested in 43 state seats, won seven, in addition to its surprise win for the Penampang parliamentary seat.
DAP, meanwhile, wrested an additional parliamentary seat, namely Sandakan, while retaining Kota Kinabalu, in addition to four new state seats now under its belt.

Together, PR now holds 11 state seats and three parliamentary seats in Sabah.
Read more: http://www.theborneopost.com/2013/05/07/strong-showing-in-sabah-augurs-well-for-pas/#ixzz2SsGUfsrQ

Leave a comment

Filed under Election, News, PAS

Manifesto Pakatan mampu dilaksanakan – TG Haji Hadi

 

KUALA LUMPUR: PAS penuh keyakinan manifesto Pakatan Rakyat yang telah dikemukakan boleh dan mampu dilaksanakan jika diberikan amanah untuk mentadbir negara ini.

Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) dalam kenyataan medianya berkata, semuanya telah dikaji dengan mendalam oleh pakar-pakar ekonomi, sosial, masyarakat dan agamawan untuk menentukan ianya boleh dan mampu dilaksanakan oleh kerajaan baru nanti.

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru semua lapisan rakyat negara ini memberikan kepercayaan penuh kepada PAS, PKR dan DAP dalam pilihan raya umum ini.

“Berdirilah dengan bangga, yakin dan jiwa merdeka, dengan tanpa ragu-ragu untuk mengundi parti-parti dalam Pakatan Rakyat – PAS, PKR dan DAP dalam PRU-13 ini,” ajak Tuan Guru Haji Hadi dalam kenyataannya.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS
Jumaat 3 Mei 2013/22 Jamadil Akhir 1434

“MANIFESTO PAKATAN RAKYAT ADALAH KOMITMEN IKHLAS KAMI”

1.         Parti Islam SeMalaysia (PAS) bersama rakan-rakan dalam gagasan Pakatan Rakyat (PR) ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia berbagai agama, kaum dan etnik, untuk menjadi pengundi yang bebas dan merdeka dengan menjadikan peluang mengundi dalam PRU-13 ini sebagai saat penting dalam sejarah Malaysia.

2.         Lihatlah bahawa PR menawarkan calon-calon yang lebih amanah dan berkelayakan, disamping lebih memahami penat lelah rakyat yang menjadi warganegara Malaysia yang tercinta ini.

3.         Rakyat Malaysia telah dihidangkan dengan manifesto PR yang menyentuh pelbagai aspek. Semuanya telah dikaji dengan mendalam oleh pakar-pakar ekonomi, sosial, masyarakat dan agamawan untuk menentukan ianya boleh dan mampu dilaksanakan oleh kerajaan baru nanti.

4.         Pimpinan UMNO/ BN mengatakan bahawa manifesto PR ini adalah mencabar perlembagaan, karut dan hanya janji yang tidak boleh dilaksanakan. Pimpinan UMNO/BN berfikir demikian kerana itulah cara kerja mereka selama puluhan tahun ini, dengan memerah hasil negara melalui pengurusan kewangan yang lemah, kos projek yang meningkat berganda, ketirisan dan salah guna kuasa.  Bacalah dengan fikiran terbuka Laporan Global Financial Integrity (GFI) (Illicit Financial Flows from Developing Countries: 2000-2009 – Update with a Focus on Asia). Pengaliran wang dari Malaysia ke luar bertambah tiga kali ganda dari USD 22.2 billion pada tahun 2000 ke USD 68.2 billion pada 2008. Akhirnya Malaysia menjadi negara ke tiga paling banyak berlaku pengaliran wang keluar selepas China dan Mexico untuk tempoh 2001 – 2010. Itulah kepandaian pimpinan UMNO/BN dalam menguruskan kewangan negara !.

5.         Saya juga ingin mengulangi komitmen bahawa pembayaran royalti petroleum 20% kepada  negeri-negeri pengeluar minyak iaitu Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu dan termasuklah Pahang dan Johor boleh dilakukan, pengurangan harga minyak, penghapusan tol, pemansuhan PTPTN, pendidikan percuma, pengurangan tarif elektik kediaman; semuanya adalah BOLEH dan MAMPU dilaksanakan oleh kerajaan PR sekiranya memerintah Malaysia nanti.

6.         Peluang pekerjaan baru akan diwujudkan. Bagaimana?. Sektor pembuatan dan  perkhidmatan akan berkembang dengan lebih pesat apabila dipacu oleh modal insan yang berkualiti dan berkemahiran tinggi, manakala gejala rasuah dan ketirisan akan dibanteras ke akar umbinya serta menghalang pengaliran wang haram ke luar negara. Ini semua mampu merancakkan aktiviti pelaburan domestik seterusnya menjana lebih peluang pekerjaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.

7.         Kakitangan kerajaan sektor awam pula akan terus dijaga kepentingan kebajikan dan imbuhan mereka. Kerajaan baru nanti tidak akan bertindak mengugut dan memenjarakan fikiran kakitangannya dengan peraturan yang menakutkan seperti dalam notis oleh Bahagian Pengurusan Hartanah Jabatan Perdana Menteri. Lantaran itu, peruntukan undang-undang yang menekan seperti AUKU akan dimansuhkan manakala reformasi institusi kehakiman dan kamar peguam Negara, PDRM dan SPRM akan dilakukan.

8.         Golongan wanita akan menikmati Caruman Wanita Malaysia oleh kerajaan dan suami mereka mengikut kadar yang akan ditentukan. Pusat jagaan anak anak di tempat kerja sektor kerajaan akan diwujudkan megikut kesesuaiannya manakala di sektor swasta akan diberikan galakan menerusi insentif kewangan dan percukaian.

Berdirilah dengan bangga, yakin dan jiwa merdeka, dengan tanpa ragu-ragu untuk mengundi parti-parti dalam Pakatan Rakyat – PAS, PKR dan DAP dalam PRU-13 ini.

MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN
PAKATAN HARAPAN RAKYAT

ABDUL HADI AWANG
PRESIDEN PAS

Leave a comment

Filed under Election, News, Pakatan Rakyat, PAS, Press Statement