Tag Archives: PAS

PAS Sabah tidak terhalang PKR, DAP keluar PR negeri

pas-sabahKUALA LUMPUR: PAS Sabah menghormati keputusan PKR dan DAP negeri memutuskan hubungan politik dengannya, kata Timbalan Pesuruhjaya III PAS negeri, Hamid Ismail.

 
Begitupun, katanya PAS Sabah menerima keputusan tersebut dengan berat hati kerana pihaknya percaya bahawa gabungan Pakatan Rakyat di antara PAS, PKR dan DAP mampu untuk menumbangkan Barisan Nasional di Sabah.

 
Ini, ujar beliau dapat dilihat dengan kemenangan PKR dan DAP di beberapa kerusi Dun dan Parlimen di Sabah.

 
Katanya lagi, kenaikan undi bagi PKR, DAP dan PAS di Sabah dalam PRU13 juga memberi indikasi bahawa rakyat dapat menerima polisi ‘setuju untuk tidak bersetuju’ yang dipraktikkan dalam Pakatan Rakyat.

 
PAS Sabah, kata beliau walau bagaimanapun, ingin membetulkan kenyataan media bertulis dan lisan yang dikeluarkan bersama oleh PKR dan DAP Sabah berkenaan pemutusan hubungan dengan PAS Sabah kelmarin.

 
Pertama, jelasnya PKR dan DAP Sabah memutuskan hubungan dengan PAS Sabah di atas alasan pelaksanaan hudud di Kelantan, dan bukannya di Malaysia seperti yang dinyatakan dalam kenyataan media bertulis mereka.

 
Kedua, tambah beliau PAS Sabah tidak keluar atau menarik diri dari Pakatan Rakyat.

 
“Di dalam mesyuarat kelmarin, tidak ada keputusan dibuat untuk menolak PAS Sabah keluar dari Pakatan Rakyat,” ujarnya.

 
Ketiga, katanya dengan pemutusan hubungan dengan PAS Sabah, Pakatan Rakyat di Sabah secara otomatiknya terbubar kerana Pakatan Rakyat adalah gabungan tiga parti politik.

 
Oleh itu, menurutnya penggunaan perkataan dan lambang ‘Pakatan Rakyat’ selepas ini oleh PKR dan DAP Sabah adalah tidak wajar dan akan mengelirukan rakyat.

 
“Perkembangan terbaru ini tidak akan menghalang PAS Sabah meneruskan kerjanya sebagai sebuah parti politik di Sabah dalam melakukan perubahan di Sabah demi kebaikan seluruh rakyatnya tanpa mengira agama dan bangsa selaras dengan ajaran Islam yang terkandung dalam al-Quran dan as-Sunah,” katanya lagi.

 
PAS Sabah, jelas beliau akan mengikut sistem demokrasi dan undang-undang yang ada dalam melaksana kerja-kerja dan mencapai agenda-agendanya. – HARAKAHDAILY 31/3/2015

Leave a comment

Filed under PAS, Press Statement

Dr Haron Din dilantik Mursyidul Am PAS yang baharu

 

10999889_10206358526071374_3164350011332392704_nKUALA LUMPUR: Datuk Dr Haron Din dilantik sebagai Mursyidul Am PAS yang baharu bagi menggantikan Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Demikian dimaklumkan Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau berkata, pelantikan Dr Haron yang sebelum ini adalah Timbalan Mursyidul Am PAS itu diputuskan sebulan suara pada mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 8 Mac lalu di Pejabat Agung PAS, di sini.

Menurut beliau lagi, pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakob dipilih sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS menggantikan tempat Dr Haron Din.

Katanya, anggota-anggota dalam Majlis Syura Ulamak yang lain tidak berubah. -HARAKAHDAILY 11/3/2015

Leave a comment

Filed under News, PAS

Tuduhan PAS bergabung dengan Umno tidak masuk akal

Camera 360KUALA LUMPUR: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa PAS tidak akan sesekali bergabung dengan Umno sebagaimana yang diviralkan dalam media sosial sekarang.

Naib Presiden PAS itu berkata, perkara penggabungan PAS-Umno itu tidak pernah dibincang dalam mana-mana mesyuarat parti.

Menurutnya, sudah tidak terbilang kalinya ditegaskan bahawa tidak timbul soal penyatuan kedua-dua parti ini.

Katanya, PAS ada 21 kerusi parlimen sementara Umno mempunyai 88 kerusi parlimen.

“Jika bergabung, Umno nak bagi berapa kerusi kepada PAS? 40? Daripada sudut ini sahaja, tuduhan bahawa PAS akan bergabung dengan Umno sudah tidak masuk akal,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Bahkan, tambah beliau Presiden PAS telah menegaskan di dalam muktamar lalu dan sebelumnya bahawa PAS tidak akan bergabung Umno.

“Perkara dasar begini mesti melalui keputusan muktamar bukan hanya pandangan peribadi ahli parti,” tegas Tuan Ibrahim lagi.

Katanya, jikalau atas alasan untuk melaksanakan sistem perundangan Islam, Umno sudahpun boleh melaksanakannya seandainya betul ingin melaksanakannya di semua negeri yang diperintahnya.

Menurut beliau, berdekad-dekad Umno menentang hudud dan memperlekehkan hukum Allah ini, dan tidak menggunakan Al-Quran dan Hadis sebagai rujukan tertinggi parti.

“Apakah mungkin tiba-tiba Umno betul ingin membantu PAS melaksanakannya,” tanya beliau yang juga Persuruhjaya PAS Pahang.

Katanya, dalam saat Umno sedang kelemasan, tentulah ia akan sanggup melakukan apa sahaja, namun pengalaman lampau membuktikan bila mana mereka kuat, mereka akan tendang PAS keluar dari muafakat yang ada.

Jelas beliau, sudah sekian lama, Umno menindas Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan rakyat Kelantan dengan menafikan royalti minyak, pembangunan, lebuh raya, lapang terbang dan langsung tidak menghormati sistem federalisma.

“Apakah tindakan parti yang zalim terhadap PAS berdekad-dekad ini boleh dipercayai?” tanya beliau lagi.

Kata beliau, kalau hujahnya adalah untuk perpaduan Melayu, biarlah orang Melayu bersama dengan PAS bagi membentuk sebuah kerajaan baru berteraskan Islam, dan tidak lagi dilihat sebagai komuniti yang boleh menerima rasuah, salahguna kuasa sebagai sesuatu yang patut di bawah kerajaan Umno.

Tambahnya, amalan rasuah, salahguna kuasa, pengurusan ekonomi negara yang pincang dan tindakan menggunakan akta dan tindakan yang zalim untuk mendiamkan rakyat mesti dihentikan.

“Semua ini tidak akan dapat dicapai di atas tapak Umno yang korup,” tegas beliau. – HARAKAHDAILY 24/2/2015

Leave a comment

Filed under PAS, Press Statement

Satu lagi sejarah hitam negara – Presiden PAS

934784_10153202761861840_8738744460834084225_nPAS merakamkan takziah dan simpati terhadap Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas ujian hukuman yang dijatuhkan kepadanya.

Hari ini menjadi satu lagi sejarah hitam negara, mengulangi tragedi sama yang pernah ditanggung beliau sebelum ini. Untuk itu, rakyat perlu melihat bahawa kemaraan dan konsisten politik Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah dipasung dari terus menjadi pejuang rakyat.

Ia juga mengingatkan kita semua, hanya Undang-undang Syariah sahaja dapat memberi keadilan sebenar dan penyelesaian terhadap seluruh kekeliruan dan fitnah sebagaimana kes ini.

Maka, perlunya semua pihak memberi keyakinan kepada PAS untuk membawa perjuangan hingga berdaulatnya Undang-undang Syariah di dalam pemerintahan negara kita ini, termasuk menegakkan ‘addin’ yakni cara hidup Islam.

Kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, ahli keluarga, seluruh anggota PKR dan Pakatan Rakyat, semoga kita terus sabar dan istiqamah untuk kekal melangsungkan memperjuangkan menegakkan keadilan bagi negara ini.

Oleh itu, perlunya kita bersatu-padu secara penuh harmoni dalam kemajmukan, agar menjadi kuat untuk teguh menumbangkan BN.

DATO’ SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Leave a comment

Filed under Pakatan Rakyat, PAS, Press Statement

PERUTUSAN MURSYIDUL AM SEMPENA MERDEKA 2014

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Surah Ad-Zariyat, 56)

Alhamdulillah, Allah SWT masih lagi memanjangkan nyawa kita hingga ke saat ini dan mengizinkan kita untuk sama-sama mengecapi suasana sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia untuk tahun 2014 ini. Sesungguhnya nikmat nyawa yang berpanjangan merupakan satu kesempatan yang cukup berharga yang dikurniakan Allah SWT untuk digunakan dengan sebaik mungkin bagi memastikan kita tergolong di kalangan hambahambaNya yang soleh.

Di dalam Islam, tiada istilah bebas yang mutlak. Manusia tidak merdeka sepenuhnya dan boleh menentukan kemahuan sebebasnya kerana peraturan hidup manusia sudah lengkap digariskan oleh Allah SWT melalui syariatNya. Bahkan tujuan manusia diciptakan itu sendiri ialah untuk menjadi hamba Allah SWT. Hamba dalam erti kata tunduk patuh sepenuhnya kepada perintah Allah SWT selaku Tuan kepada seluruh alam semesta ini.

Justeru di dalam Islam, merdeka ialah bebas dari belenggu perhambaan sesama manusia samada bersifat perhambaan fizikal mahupun perhambaan ideologi. Adalah menjadi satu silap faham yang besar sekiranya difahami bahawa perhambaan di dalam bentuk fizikal semata-mata. Di dalam dunia moden yang menyaksikan hampir tidak ada manusia yang diperhambakan secara fizikal, perhambaan wujud pula dalam bentuk ideologi. Manusia menganut ideologi dan fahaman yang direka-reka sendiri oleh orang-orang terdahulu sekaligus menolak Islam selaku cara hidup yang syumul dan lengkap. Lalu datanglah perhambaan dengan nama yang baru iaitu komunis, sosialis, sekular dan sebagainya. Hakikatnya inilah perhambaan yang lebih teruk dalam kehidupan manusia.

Bertitik tolak dari hakikat itulah, perjuangan PAS yang berasaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah berusaha gigih memperkenalkan manhaj pentadbiran mengikut acuan Islam agar masyarakat dapat dibebaskan sepenuhnya dari belenggu perhambaan moden yang datang di dalam bentuk ideologi ini. Sekalipun kelihatan sukar dan payah untuk mencapai matlamat yang suci ini, namun kita optimis, sampai masanya Insya-Allah masyarakat Malaysia keseluruhannya akan menerima Islam sebagai syariat yang mentadbir bukannya ditadbir.

Sekali lagi, saya merakamkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia dan semoga ia disambut dengan penuh keinsafan sebagai seorang manusia yang benar-benar merdeka dari belenggu perhambaan fizikal mahupun ideologi, Insya-Allah.

Yang Berhormat Tuan Guru Dato Bentara Setia Haji NIk Abdul Aziz bin Nik Mat
Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Leave a comment

Filed under General, PAS, Press Statement

Pertikai lewat lantik AMT Muis Sabah

FATHIN ATHIRAH HASLI
2 Julai 2014

SHAH ALAM – Kelewatan pihak Kerajaan Negeri Sabah bagi melantik Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Majlis Agama Islam Sabah (Muis) baru dianggap suatu masalah serius.

Menurut Timbalan Pesurujaya Pas Sabah, Hamid Ismail masalah kelewatan ini bukan pertama kali berlaku dan sudah terjadi sebelum ini.

“Kami dapati tempoh perlantikan Ahli Majlis Tertinggi Majlis Agama Islam Sabah tamat pada 31 Mac dan masih belum ada sebarang perlantikan rasmi dibuat oleh kerajaan negeri.

“Masalah yang sama berlaku di mana Ahli Majlis Tertinggi penggal 2007-2010 yang telah tamat sejak 14 November 2010 dilantik pada 1 april 2011, kami mendapati ianya lima bulan lewat dari tempoh sebenar.

Menurutnya melalui sebuah kenyataan hari ini, pihaknya menganggap kelewatan perlantikan tersebut sebagai satu masalah yang harus dipandang berat memandangkan semua hal ehwal berkaitan Islam negeri tersebut terletak di bawah tanggungjawab Muis.

“Apabila kerajaan negeri lewat melantik Ahli Majlis Tertinggi baru, ianya secara tidak langsung akan merencatkan segala perancangan dan perkara-perkara yang memerlukan keputusan segera,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan kepada kerajaan negeri harus mematuhi undang-undang di bawah seksyen 11 (2) Enakmen Majlis Ugama Islam Sabah 2004 di mana lima dari lapan AMT MUIS yang dilantik mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam hukum syarak.

Justeru itu, pihaknya menggesa kerajaan negeri mendedahkan latar belakang dan kelayakan semua AMT Muis kepada umum untuk memastikan perlantikan AMT baru kali ini memenuhi syarat enakmen tersebut.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/edisi/sabah-sarawak/pertikai-lewat-lantik-amt-muis-sabah-1.295737

Leave a comment

Filed under News, PAS

PAS SABAH PANDANG SERIUS KERAJAAN NEGERI LAMBAT LANTIK AHLI MAJLIS TERTINGGI MAJLIS UGAMA ISLAM SABAH (MUIS) YANG BARU

KENYATAAN AKHBAR

  1. Merujuk kepada Warta Kerajaan bertarikh 21 april 2011 Jilid LXVI, Bilangan no. 301 “PELANTIKAN PENGERUSI, TIMBALAN PENGERUSI DAN AHLI-AHLI MAJLIS TERTINGGI MAJLIS UGAMA ISLAM SABAH”, PAS mendapati tempoh perlantikan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) telah tamat pada 31hb Mac 2014.
  2. Berdasarkan semakan kami di warta kerajaan dan sumber-sumber yang boleh dipercayai PAS mendapati Kerajaan Negeri masih belum melantik secara rasmi AMT MUIS berdasarkan kuasa-kuasa yang diberi di bawah Seksyen 11 (2) Enakmen Majlis Ugama Islam Sabah 2004.
  3. Masalah kelewatan ini bukan pertama kali berlaku dimana AMT penggal 2007-2010 yang telah tamat pada 14hb November 2010 hanya dilantik pada 1hb april 2011 iaitu 5 bulan terlewat daripada tempoh sebenar tamat.
  4. PAS melihat perkara ini suatu yang amat serius memandangkan semua hal ehwal berkaitan Islam terletak di bawah tanggungjawab MUIS dan ini sudah tentu akan merencatkan segala perancangan dan perkara-perkara yang memerlukan keputusan segera.
  5. Dalam pada itu PAS ingin mengingatkan bahawa perlantikan AMT MUIS mestilah mematuhi enakmen MUIS 2004 dibawah seksyen 11 (2) Enakmen Majlis Ugama Islam Sabah 2004 dimana 5 orang daripada 8 orang AMT MUIS yang dilantik mestilah seorang yang arif dalam hukum syarak. Mengikut kamus dewan edisi keempat perkataan “arif” bermaksud yang mengetahui (biasanya dirujuk kepada seseorang yang memahami sesuatu dengan mendalam atau luas pengetahuannya) manakala maksud “ hukum syarak” ialah peraturan (ketentuan) mengenai kehidupan menurut Islam.
  6. Justeru itu PAS mahu latarbelakang dan kelayakan semua AMT MUIS didedahkan kepada umum kerana PAS mendapati perlantikan AMT yang lalu tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang dikehendaki oleh enakmen sepertimana yang berlaku dengan perlantikan AMT 2011-2014 hanya YB Datuk Arifin Arif sahaja yang memenuhi syarat-syarat tersebut
  7. Akhir sekali PAS mempersoalkan kewajaran bekas Pengerusi MUIS YB Datuk Suhaili Said mengeluarkan kenyataan bertajuk “Kadar zakat fitrah di Sabah kekal RM7” seperti yang tersiar di media cetak dan elektronik baru-baru ini sedangkan jawatan beliau sebagai Pengerusi MUIS telah tamat tempoh seperti yang sedia maklum.

Sekian Terima Kasih
Hamid Bin Ismail
Timbalan Pesurujaya PAS Sabah

Leave a comment

Filed under Press Statement