Tag Archives: Mohd Aminuddin Aling

PAS SABAH MAHU PRESIDEN KEKAL

11050232_800647796693547_1781670341008901862_nKUALA LUMPUR: PAS Sabah hari ini menyatakan pendiriannya yang menyokong kenyataan Tuan Guru Datuk Dr Haron agar presiden pas ketika ini dikekalkan. Demikian pendirian mereka dalam satu kenyataan ringkas.

“PAS Sabah menyokong penuh kenyataan yang dibuat oleh Mursyidul ‘Am PAS, Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din agar Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dikekalkan.

“PAS Sabah berpandangan, tidak ada keperluan untuk menukar Presiden buat masa ini,” tegas Mohd Aminuddin Aling, Pesuruhjaya PAS Sabah.

Bagi Aminudin, PAS sangat memerlukan kepimpinan Tuan Guru dan PAS Sabah melihat masih belum ada yang layak mengambil alih jawatan Presiden.

PAS Sabah juga menegaskan bahawa mereka mendukung kepimpinan ulamak dan mengharapkan PAS terus maju mendepani zaman. – HARAKAHDAILY 15/3/2015

Leave a comment

Filed under PAS, Press Statement

PERUTUSAN SEMPENA TAHUN BARU CINA 2015

10999113_350810068443753_900999919_o

Salam sejahtera kepada semua rakyat Sabah di kalangan masyarakat Tionghua dan rakan-rakan Pakatan Rakyat yang meraikan Tahun Baru Cina. Semoga tahun ini lebih memberi merti kepada kehidupan seharian.

Tahun Kambing bagi masyarakat cina membawa erti kedamaian dan kemakmuran. semoga ianya dapat direalisasikan sepenuhnya dalam kehidupan masyarakat di negeri ini.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri Sabah meneruskan perjuangan atas dasar Islam dan salah satunya ialah tidak mendiskriminasi penganut agama lain. Islam rahmatan lil ‘alamin, Islam rahmat untuk semua.

Akhir kata, “Gong Xi Fa Cai, Xin Nian Kuai Le!”

Sekian, Terima Kasih.

MOHD AMINUDDIN ALING
Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah

Leave a comment

Filed under PAS, Press Statement

MISI BANTUAN BANJIR PAS SABAH DI DAERAH PITAS

10403124_763142943777366_2192535770209627326_n

10402803_763142993777361_3116580654371966407_n10898157_763143087110685_845969504392461692_n

 

Sekitar misi bantuan banjir PAS Sabah di Daerah Pitas.

Pesuruhjaya PAS Sabah, Tuan Mohd Aminuddin Aling bersama Unit Amal dan MEDM Sabah menyampaikan sumbangan kepada masyarakat di Kampung Tambilidon Pitas. Turut bersama Dausieh Queck, mantan Calon PAS PRU-13 Dun Pitas, dan Penyelaras Banjir Pitas, Nemrone Loveh.

Leave a comment

Filed under News, PAS

PAS SABAH RAYU BANTUAN SEGERA MANGSA BANJIR DI DAERAH PITAS

1

234

 

PAS Sabah ingin merayu kepada kerajaan, NGO dan orang ramai agar dapat membantu mengsa banjir yang sedang melanda di daerah Pitas sekarang. Kebanyakan mangsa banjir yang terlibat amat mengharap bantuan segera kerana setakat ini mereka berada dalam keadaan lapar dan dahaga berikutan kekurangan bekalan di pusat pemindahan yang disediakan. Diantara kampung yang terlibat ialah :-

1. Pandan mandamai
2. Pinapak
3. Kg Tambilidon
4. kg kibulu
5. Kg Rukom ulu
6. Kg boribi, kanibungan
7. Kg kelumpang
8. Kg gusung
9. Kg Pondoi
10. Kg kemiri
11. Kg kebatasan
12. Kg dandun
13. Kg kusilad

Diantara bantuan segera yang diperlukan ialah

1. Pasukan dan jentera penyelamat bagi kawasan yang dalam dan tidak sempat berpindah sebelum air naik ke paras bahaya. Keadaan ini mungkin berlaku pada waktu malam.
2. Keperluan asas seperti makanan kering, minuman panas 3 in 1, susu tepung untuk bayi dan botol susu, tuala wanita, air minuman atau air mineral, racun nyamuk atau kelambu, makanan segera( Maggie, Sardin, telur) dan lampin bayi.
3. Pakaian dan selimut.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat mengenai banjir serta menghulurkan bantuan boleh menghubungi Penyelaras Banjir Pitas saudara Nemron Loveh 013-5569272 atau Whatsapp 014-5648846.

Sebarang bantuan boleh dimasukkan ke TABUNG BENCANA PAS SABAH menerusi akaun Bank Islam 10016010082855 (atas nama PAS Negeri Sabah). Sila tulis “dana bencana” untuk rekod kami.

Terima kasih diatas sumbangan yang diberikan.

Mohd Aminuddin Aling
Pesuruhjaya PAS Sabah

Leave a comment

Filed under General, News, PAS

Pelancaran Tabung Bencana PAS Sabah

1506807_755158941242433_961926173537732940_n10898039_759915004100160_4574179159276799264_n10167990_759915027433491_7562323783643382250_n16206_759915067433487_6573581460900030321_n

 

Pelancaran Rayuan Tabung Bencana Banjir PAS Sabah di Tamu Jalan Gaya, Kota Kinabalu.

Majlis Pelancaran disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Sabah, Tuan Mohd Aminuddin Aling. Turut hadir pimpinan PAS Sabah dan PAS Kawasan Putatan dan Sepanggar.

Jumlah kutipan sebanyak RM2,147.50 dan 15 ringgit Brunei.

Teruskan sumbangan anda. Terima kasih.

Leave a comment

Filed under PAS

Hina Nabi: PAS Sabah desak tindakan segera

KUALA LUMPUR: PAS Sabah menggesa pihak berkuasa bertindak terhadap mana-mana pihak atau individu yang mengeluarkan kenyataan menghina agama Islam termasuklah menghina Nabi Muhammad SAW.

Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling berkata, perbuatan menghina dan menjatuhkan maruah agama lain hanya memusnahkan perpaduan dan keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada seorang anggota Parti Reformasi Negeri (Star) David Orok yang mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW serta agama Islam di laman facebooknya.

Bagaimanapun katanya, PAS, Umno dan NGO telah membuat laporan polis terhadap David Orok dan menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan selanjutnya mengenai perkara ini. PAS Sabah telah membuat laporan polis berhubung perkara ini di Sandakan dan Tawau.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS III Hamid Ismail berkata Orok telah memuat naik statusnya pada 5 Julai lalu, menyatakan tidak ada pihak yang membuat laporan polis apabila orang bukan Islam pula yang dihina.

“Dalam perkara ini, Orok mungkin tidak tahu PAS Sabah pernah membuat laporan polis pada Disember 2013 lalu kerana ada laman Facebook didapati menghina orang Kristian di Sabah. Dan kes ini masih disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia,” katanya.

Tambahnya, semua pihak atau individu wajar mempertimbangkan terlebih dahulu untuk mengulas atau membincangkan perkara yang membabitkan agama khsusnya agama Islam.

“Mungkin anda mengeluarkan pendapat sendiri mengenai perkara tertentu yang benar melalui pembacaan daripada beberapa ayat Al-Quran dan hadis, tetapi pendapat anda adalah salah kerana anda tidak membawa ayat-ayat yang lain dan hadis mengenai perkara itu.

Justeru, beliau menegaskan PAS Sabah dan Islam tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan atau komen menghina agama Islam atau Nabi Muhammad SAW.

Hari ini, beberapa NGO Sabah turut membuat laporan polis terhadap Orok antaranya, Majlis Gabungan Badan Bukan Kerajaan Islam Sabah (Concerns), Persatuan Bela Belia Tawau (Pembela) dan Pergerakan Pemuda Umno Putatan.

Mereka meminta agar polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengambil tindakan segera serta tegas ke atas David.

David Orok juga merupakan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah kawasan Sulaman pada pilihan raya umum lalu

Leave a comment

Filed under News, PAS, Press Statement

PAS Sabah kecam kibar bendera Israel

KOTA KINABALU: PAS Sabah mengecam pengibaran bendera Israel di sebuah resort di Tuaran sempena acara ‘World Stewardess Contest’.

aminudin
“Perkara ini  sangat mengguris perasaan umat Islam Sabah khususnya dan rakyat Sabah secara umum.

“Negara haram Israel tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia, bagaimana mungkin kita boleh benarkan  bendera negara mereka berkibar megah di sini,” kata Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling.

Menurutnya, Israel merupakan penjenayah antarabangsa yang telah membunuh dan memerangi negara umat Islam di seluruh dunia.

Justeru, ujar beliau pihak kerajaan sewajarnya mengambil tindakan dan pendirian tegas mengenai perkara itu.

Beliau berkata, Menteri Luar yang berasal dari Sabah, Datuk Seri Anifah Aman harus bertindak dengan segera.

Menurutnya, Malaysia yang mendakwa sebagai sebuah Negara Islam tidak seharusnya membiarkan negara musuh Islam senang-senang masuk dan membiarkan mereka mengadakan atau mengikuti sebarang acara di negeri ini.

“PAS Sabah sekali lagi mengecam tindakan mengibar bendera Israel dan memberi tempoh 24 jam untuk menurunkan bendera tersebut,” tegasnya.

Leave a comment

Filed under News, PAS, Press Statement