Tag Archives: harakahdaily

Konvensyen PAS Sabah: Catatan sebuah perjuangan

Ditulis oleh AMIRUDDIN MOHD ROSDI

konvo-sabah2015KONVENSYEN PAS Negeri Sabah. Ini kali keempat. Menghimpunkan ahli PAS Sabah dari seluruh pelusuk dan ceruk Negeri Sabah di Bawah Bayu.

Di kala PAS Sabah ‘disingkirkan’ daripada Pakatan Rakyat Sabah oleh rakan tahaluf, PKR Sabah dan DAP Sabah, sokongan daripada ahli PAS Sabah tidak berbelah-bagi. Dewan Likas Square dibanjiri lebih 600 ahli PAS Sabah yang mahu mendengar amanat daripada pimpinan.

Antara pimpinan PAS Pusat yang hadir termasuklah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang merangkap Ahli Parlimen Marang; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Bin Sabu; Ahli Majlis Syura Ulamak PAS dan Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali At-Takiri; AJK PAS Pusat, Dr. Riduan Mohamad Nor; Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria; dan Pengarah Lajnah ICT PAS Pusat Tuan Mohd Shuhaimi Embong.

Presiden PAS, dalam ucapan perasmian membaca ayat 249 dari Surah Al-Baqarah;

فَلَمَّا فَصَلَ طَالُوتُ بِالْجُنُودِ قَالَ إِنَّ اللَّهَ مُبْتَلِيكُمْ بِنَهَرٍ فَمَنْ شَرِبَ مِنْهُ فَلَيْسَ مِنِّي وَمَنْ لَمْ يَطْعَمْهُ فَإِنَّهُ مِنِّي إِلَّا مَنِ اغْتَرَفَ غُرْفَةً بِيَدِهِ فَشَرِبُوا مِنْهُ إِلَّا قَلِيلًا مِنْهُمْ فَلَمَّا جَاوَزَهُ هُوَ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ قَالُوا لَا طَاقَةَ لَنَا الْيَوْمَ بِجَالُوتَ وَجُنُودِهِ قَالَ الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُمْ مُلَاقُو اللَّهِ كَمْ مِنْ فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةً بِإِذْنِ اللَّهِ وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ

 

Ayat ini bertepatan dengan tema Konvensyen ”Tarbiyah Tunjang Kekuatan Jemaah” yang mendidik para pejuang supaya tidak meremehkan soal tarbiah jasadiah dan ruhiah. Secara jelas diceritakan bagaimana tentera Talut diuji Allah dalam menghadapi peperangan.

TG Abdul Hadi mengupas ayat ini dalam konteks perjuangan PAS di bumi Malaysia. Tohmahan bahawa PAS mahu bergabung dengan Umno hanyalah propaganda lapuk daripada pihak musuh. PAS tetap istiqamah dengan dasar Islam. Al-Quran dan Sunnah mrnjadi panduan.

Sehari sebelum Konvensyen PAS Sabah, TG Abdul Hadi menempelak mereka yang kononnya menggunakan hujah Syeikh Yusuf al-Qardhawi untuk memberi alasan ‘hukum hudud belum sampai masanya untuk dilaksanakan’. Tegasnya, mereka ini belum tentu baca kitab Qardhawi dan berjumpa secara langsung dengan beliau.

TG Abdul Hadi turut menceritakan kisah beliau teribat secara langsung dalam Ikhwanul Muslimin malah bertemu muka dengan mantan Mursyidul ‘Am Ikhwanul Muslimin seperti Almarhum Syeikh Umar at-Tilmisani, Syeikh Muhammad Mahdi ‘Akif sehingga Syeikh Dr. Muhamamad Badie’.

Beliau menegaskan PAS bukan AKP, PAS bukan PKS, PAS bukan Ikhwanul Muslimin, PAS adalah PAS!

Ketika ada yang memandang sinis beliau di negara sendiri, Universiti Teknologi Nanyang, Singapura menjemput beliau untuk menerangkan hukum Hudud di hadapan non-Muslim. Respon yang sangat baik diterima.

Konvensyen PAS Sabah sudah melabuhkan tirainya dengan tekad akan terus bersama mendukung kepimpinan ulama. Moga Allah tautkan hati para pejuang yang istiqamah ingin mendaulatkan Islam di bumi bertuah ini.

Terus beristiqamah! – HARAKAHDAILY 5/5/2015

Advertisements

Leave a comment

Filed under News, PAS

PAS Sabah tidak terhalang PKR, DAP keluar PR negeri

pas-sabahKUALA LUMPUR: PAS Sabah menghormati keputusan PKR dan DAP negeri memutuskan hubungan politik dengannya, kata Timbalan Pesuruhjaya III PAS negeri, Hamid Ismail.

 
Begitupun, katanya PAS Sabah menerima keputusan tersebut dengan berat hati kerana pihaknya percaya bahawa gabungan Pakatan Rakyat di antara PAS, PKR dan DAP mampu untuk menumbangkan Barisan Nasional di Sabah.

 
Ini, ujar beliau dapat dilihat dengan kemenangan PKR dan DAP di beberapa kerusi Dun dan Parlimen di Sabah.

 
Katanya lagi, kenaikan undi bagi PKR, DAP dan PAS di Sabah dalam PRU13 juga memberi indikasi bahawa rakyat dapat menerima polisi ‘setuju untuk tidak bersetuju’ yang dipraktikkan dalam Pakatan Rakyat.

 
PAS Sabah, kata beliau walau bagaimanapun, ingin membetulkan kenyataan media bertulis dan lisan yang dikeluarkan bersama oleh PKR dan DAP Sabah berkenaan pemutusan hubungan dengan PAS Sabah kelmarin.

 
Pertama, jelasnya PKR dan DAP Sabah memutuskan hubungan dengan PAS Sabah di atas alasan pelaksanaan hudud di Kelantan, dan bukannya di Malaysia seperti yang dinyatakan dalam kenyataan media bertulis mereka.

 
Kedua, tambah beliau PAS Sabah tidak keluar atau menarik diri dari Pakatan Rakyat.

 
“Di dalam mesyuarat kelmarin, tidak ada keputusan dibuat untuk menolak PAS Sabah keluar dari Pakatan Rakyat,” ujarnya.

 
Ketiga, katanya dengan pemutusan hubungan dengan PAS Sabah, Pakatan Rakyat di Sabah secara otomatiknya terbubar kerana Pakatan Rakyat adalah gabungan tiga parti politik.

 
Oleh itu, menurutnya penggunaan perkataan dan lambang ‘Pakatan Rakyat’ selepas ini oleh PKR dan DAP Sabah adalah tidak wajar dan akan mengelirukan rakyat.

 
“Perkembangan terbaru ini tidak akan menghalang PAS Sabah meneruskan kerjanya sebagai sebuah parti politik di Sabah dalam melakukan perubahan di Sabah demi kebaikan seluruh rakyatnya tanpa mengira agama dan bangsa selaras dengan ajaran Islam yang terkandung dalam al-Quran dan as-Sunah,” katanya lagi.

 
PAS Sabah, jelas beliau akan mengikut sistem demokrasi dan undang-undang yang ada dalam melaksana kerja-kerja dan mencapai agenda-agendanya. – HARAKAHDAILY 31/3/2015

Leave a comment

Filed under PAS, Press Statement

Dr Haron Din dilantik Mursyidul Am PAS yang baharu

 

10999889_10206358526071374_3164350011332392704_nKUALA LUMPUR: Datuk Dr Haron Din dilantik sebagai Mursyidul Am PAS yang baharu bagi menggantikan Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Demikian dimaklumkan Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau berkata, pelantikan Dr Haron yang sebelum ini adalah Timbalan Mursyidul Am PAS itu diputuskan sebulan suara pada mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 8 Mac lalu di Pejabat Agung PAS, di sini.

Menurut beliau lagi, pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakob dipilih sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS menggantikan tempat Dr Haron Din.

Katanya, anggota-anggota dalam Majlis Syura Ulamak yang lain tidak berubah. -HARAKAHDAILY 11/3/2015

Leave a comment

Filed under News, PAS

Tuduhan PAS bergabung dengan Umno tidak masuk akal

Camera 360KUALA LUMPUR: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa PAS tidak akan sesekali bergabung dengan Umno sebagaimana yang diviralkan dalam media sosial sekarang.

Naib Presiden PAS itu berkata, perkara penggabungan PAS-Umno itu tidak pernah dibincang dalam mana-mana mesyuarat parti.

Menurutnya, sudah tidak terbilang kalinya ditegaskan bahawa tidak timbul soal penyatuan kedua-dua parti ini.

Katanya, PAS ada 21 kerusi parlimen sementara Umno mempunyai 88 kerusi parlimen.

“Jika bergabung, Umno nak bagi berapa kerusi kepada PAS? 40? Daripada sudut ini sahaja, tuduhan bahawa PAS akan bergabung dengan Umno sudah tidak masuk akal,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Bahkan, tambah beliau Presiden PAS telah menegaskan di dalam muktamar lalu dan sebelumnya bahawa PAS tidak akan bergabung Umno.

“Perkara dasar begini mesti melalui keputusan muktamar bukan hanya pandangan peribadi ahli parti,” tegas Tuan Ibrahim lagi.

Katanya, jikalau atas alasan untuk melaksanakan sistem perundangan Islam, Umno sudahpun boleh melaksanakannya seandainya betul ingin melaksanakannya di semua negeri yang diperintahnya.

Menurut beliau, berdekad-dekad Umno menentang hudud dan memperlekehkan hukum Allah ini, dan tidak menggunakan Al-Quran dan Hadis sebagai rujukan tertinggi parti.

“Apakah mungkin tiba-tiba Umno betul ingin membantu PAS melaksanakannya,” tanya beliau yang juga Persuruhjaya PAS Pahang.

Katanya, dalam saat Umno sedang kelemasan, tentulah ia akan sanggup melakukan apa sahaja, namun pengalaman lampau membuktikan bila mana mereka kuat, mereka akan tendang PAS keluar dari muafakat yang ada.

Jelas beliau, sudah sekian lama, Umno menindas Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan rakyat Kelantan dengan menafikan royalti minyak, pembangunan, lebuh raya, lapang terbang dan langsung tidak menghormati sistem federalisma.

“Apakah tindakan parti yang zalim terhadap PAS berdekad-dekad ini boleh dipercayai?” tanya beliau lagi.

Kata beliau, kalau hujahnya adalah untuk perpaduan Melayu, biarlah orang Melayu bersama dengan PAS bagi membentuk sebuah kerajaan baru berteraskan Islam, dan tidak lagi dilihat sebagai komuniti yang boleh menerima rasuah, salahguna kuasa sebagai sesuatu yang patut di bawah kerajaan Umno.

Tambahnya, amalan rasuah, salahguna kuasa, pengurusan ekonomi negara yang pincang dan tindakan menggunakan akta dan tindakan yang zalim untuk mendiamkan rakyat mesti dihentikan.

“Semua ini tidak akan dapat dicapai di atas tapak Umno yang korup,” tegas beliau. – HARAKAHDAILY 24/2/2015

Leave a comment

Filed under PAS, Press Statement

Arak: Pekerja Islam lakukan jenayah syariah di Sabah

HAMID ISMAIL | 15 Februari 2015.

PAS Sabah ingin menarik perhatian kerajaan negeri Sabah tentang penjualan minuman keras di supermarket dan hypermarket seluruh negeri.

Hasil tinjauan PAS Sabah mendapati terdapat pekerja-pekerja beragama Islam mengendalikan kaunter pembayaran semasa pelanggan-pelanggan membeli dan membayar arak yang dijual di supermarket dan hypermarket tertentu.

PAS Sabah ingin memaklumkan kerajaan negeri Sabah bahawa tindakan pekerja-pekerja terbabit adalah satu kesalahan jenayah syariah di Sabah.
S. 57(2) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1995 memperuntukkan bahawa sesiapa yang membuat, menjual, menghadiah, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa arak atau minuman yang memabukkan adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu tinggi atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pekerja-pekerja beragama Islam yang menjadi juruwang semasa pembayaran minuman keras di kaunter pembayaran adalah termasuk dalam kategori orang yang menjual minuman keras.

Pekerja-pekerja beragama Islam yang menyusun minuman keras di rak jualan juga termasuk dalam kategori mempamerkan untuk jualan.

Untuk memastikan kesalahan jenayah ini tidak berlaku lagi, saya mencadangkan agar para pengusaha supermarket dan hypermarket yang ada menjual minuman keras agar membuat kaunter khas bagi pembayaran minuman keras yang dikendalikan oleh pekerja bukan Islam sahaja.

Penyusunan minuman keras di rak jualan juga hendaklah dikendalikan oleh pekerja bukan Islam sahaja.

Saya menyeru kerajaan negeri Sabah untuk mengambil langkah pro-aktif agar pekerja-pekerja terbabit tidak terus melakukan jenayah syariah. Yang paling penting adalah untuk mengelakkan mereka tidak terus melakukan dosa terhadap Allah SWT sesuai dengan ajaran Islam amar ma’ruf nahi mungkar (sebar kebaikan, halang kejahatan).

Saya juga berharap agar Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEINS) dapat memainkan peranan mereka untuk memantau perkara ini. – HARAKAHDAILY

Penulis ialah Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sabah.

Leave a comment

Filed under PAS, Press Statement

PAS Sabah syor pinjaman syariah kakitangan negeri

KUALA LUMPUR: PAS Sabah ingin mencadangkan kepada kerajaan negeri agar dapat menilai semula semua skim pinjaman kakitangan negeri berikutan dengan perkembangan dan perubahan persekitaran kewangan negara hari ini.

Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS negeri, Hamid Ismail berkata di antara perkara yang perlu dinilai semula ialah keperluan kepada skim pinjaman berasaskan syariah khususnya kepada kakitangan yang cenderung untuk memilih kepada skim seumpama itu.

Menurutnya, PAS Sabah ada menerima aduan dan keluhan kakitangan kerajaan negeri, terutamanya yang beragama Islam, berikutan ketiadaan skim pembiayaan perbankan Islam, di antaranya skim pinjaman perumahan kerajaan.

“Semakan pihak kami di laman web terhadap dua agensi yang diberi tanggungjawab menawarkan skim berkenaan, Perbadanan Pinjaman Sabah (Sabah Credit Corporation) dan Syarikat Permodalan Bercagar Perumahan Borneo Berhad (Borneo Housing Mortgage Finance Berhad adalah didapati tiada skim pinjaman perumahan secara Islam ditawarkan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Hari ini, ujarnya sistem kewangan Islam telah mendapat tempat di hampir semua bank-bank di dalam negara kita termasuklah bank-bank asing.

Oleh itu, kata beliau sewajarnyalah kedua agensi kewangan milik kerajaan negeri mengambil usaha dan langkah yang sama sejajar dengan permintaan kepada perbankan Islam yang terus meningkat.

Justeru, kata beliau oleh kerana dasar Kerajaan Pusat dan Bank Negara untuk membangunkan dan menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kewangan Islam bersepadu yang terunggul, maka sudah tiba masanya kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Musa Aman agar melihat perkara ini dengan serius dan dapat menjadi ianya sebuah kenyataan dalam masa yang terdekat. – HARAKAHDAILY 26/11/2014

Leave a comment

Filed under PAS, Press Statement

PAS Sabah desak lantik segera ahli Muis

KOTA KINABALU: PAS Sabah memandang serius kelewatan kerajaan negeri melantik Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) yang baru walaupun tempoh perkhidmatan AMT Muis telah tamat pada 31 Mac lalu.10384301_811145335570303_2678702434862625543_n

Timbalan Pesurujaya PAS Sabah, Hamid Ismail (gambar)berkata, semakan yang dilakukan pihaknya di  warta kerajaan dan sumber-sumber yang boleh dipercayai mendapati kerajaan negeri masih belum melantik secara rasmi AMT Muis berdasarkan kuasa-kuasa yang diberi di bawah Seksyen 11(2) Enakmen Majlis Ugama Islam Sabah 2004.

Pihaknya juga merujuk kepada Warta Kerajaan bertarikh 21 April 2011 Jilid LXVI, no. 301 mengenai “Pelantikan pengerusi, timbalan pengerusi dan ahli-ahli majlis tertinggi Muis” dan mendapati tempoh perlantikan AMT Muis telah tamat pada 31 Mac 2014.

Menurut Hamid, masalah kelewatan ini bukan pertama kali berlaku kerana rekod menunjukkan AMT Muis bagi penggal 2007-2010 yang telah tamat pada 14 Nov 2010 hanya dilantik pada 1 April 2011 iaitu 5 bulan terlewat daripada tempoh tamat.

“PAS melihat perkara ini suatu yang amat serius memandangkan semua hal ehwal  berkaitan Islam terletak di bawah tanggung jawab Muis dan ini sudah tentu akan merencatkan segala perancangan dan perkara-perkara yang memerlukan keputusan segera,” tegas beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, Hamid turut menggesa kerajaan negeri supaya mematuhi  Enakmen Muis 2004 di bawah seksyen 11(2) yang mensyaratkan lima daripada lapan AMT Muis yang dilantik mestilah seorang yang arif dalam hukum syarak.

Beliau menjelaskan bahawa takrif ‘arif’ mengikut Kamus Dewan adalah mengetahui atau biasanya dirujuk kepada seseorang  yang memahami sesuatu dengan mendalam atau luas pengetahuan.

Manakala maksud ‘hukum syarak’, tambah beliau adalah peraturan (ketentuan) mengenai kehidupan menurut Islam.

“Justeru itu PAS mahu latarbelakang dan kelayakan semua AMT Muis didedahkan kepada umum kerana PAS mendapati perlantikan AMT yang lalu tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang dikehendaki oleh enakmen seperti mana yang berlaku dengan perlantikan AMT  2011-2014, hanya YB Datuk Arifin Arif sahaja yang memenuhi syarat-syarat tersebut,” ujar beliau.

PAS Sabah, tambah beliau turut mempersoalkan kewajaran bekas Pengerusi Muis, Datuk Suhaili Said mengeluarkan kenyataan berhubung kadar zakat fitrah di negeri itu sedangkan jawatan beliau sebagai Pengerusi Muis telah pun tamat tempoh. – HARAKAHDAILY, 14/7/2014

Leave a comment

Filed under General, News, PAS, Press Statement