Tag Archives: Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man

Tuduhan PAS bergabung dengan Umno tidak masuk akal

Camera 360KUALA LUMPUR: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa PAS tidak akan sesekali bergabung dengan Umno sebagaimana yang diviralkan dalam media sosial sekarang.

Naib Presiden PAS itu berkata, perkara penggabungan PAS-Umno itu tidak pernah dibincang dalam mana-mana mesyuarat parti.

Menurutnya, sudah tidak terbilang kalinya ditegaskan bahawa tidak timbul soal penyatuan kedua-dua parti ini.

Katanya, PAS ada 21 kerusi parlimen sementara Umno mempunyai 88 kerusi parlimen.

“Jika bergabung, Umno nak bagi berapa kerusi kepada PAS? 40? Daripada sudut ini sahaja, tuduhan bahawa PAS akan bergabung dengan Umno sudah tidak masuk akal,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Bahkan, tambah beliau Presiden PAS telah menegaskan di dalam muktamar lalu dan sebelumnya bahawa PAS tidak akan bergabung Umno.

“Perkara dasar begini mesti melalui keputusan muktamar bukan hanya pandangan peribadi ahli parti,” tegas Tuan Ibrahim lagi.

Katanya, jikalau atas alasan untuk melaksanakan sistem perundangan Islam, Umno sudahpun boleh melaksanakannya seandainya betul ingin melaksanakannya di semua negeri yang diperintahnya.

Menurut beliau, berdekad-dekad Umno menentang hudud dan memperlekehkan hukum Allah ini, dan tidak menggunakan Al-Quran dan Hadis sebagai rujukan tertinggi parti.

“Apakah mungkin tiba-tiba Umno betul ingin membantu PAS melaksanakannya,” tanya beliau yang juga Persuruhjaya PAS Pahang.

Katanya, dalam saat Umno sedang kelemasan, tentulah ia akan sanggup melakukan apa sahaja, namun pengalaman lampau membuktikan bila mana mereka kuat, mereka akan tendang PAS keluar dari muafakat yang ada.

Jelas beliau, sudah sekian lama, Umno menindas Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan rakyat Kelantan dengan menafikan royalti minyak, pembangunan, lebuh raya, lapang terbang dan langsung tidak menghormati sistem federalisma.

“Apakah tindakan parti yang zalim terhadap PAS berdekad-dekad ini boleh dipercayai?” tanya beliau lagi.

Kata beliau, kalau hujahnya adalah untuk perpaduan Melayu, biarlah orang Melayu bersama dengan PAS bagi membentuk sebuah kerajaan baru berteraskan Islam, dan tidak lagi dilihat sebagai komuniti yang boleh menerima rasuah, salahguna kuasa sebagai sesuatu yang patut di bawah kerajaan Umno.

Tambahnya, amalan rasuah, salahguna kuasa, pengurusan ekonomi negara yang pincang dan tindakan menggunakan akta dan tindakan yang zalim untuk mendiamkan rakyat mesti dihentikan.

“Semua ini tidak akan dapat dicapai di atas tapak Umno yang korup,” tegas beliau. – HARAKAHDAILY 24/2/2015

Leave a comment

Filed under PAS, Press Statement

”Budak-budak baju merah” yang bantu kami, kata mangsa banjir

tuan_ibrahim_banjir_540_456_100

“I really salute ini budak-budak baju merah. Every time ada disaster you boleh nampak dia orang. They come in quietly, do their work, and then quietly they leave. No fanfare, no TV3,” komen seorang bukan Melayu yang kini tersebar luas dalam media sosial.

(Saya sangat tabik budak-budak baju merah ini. Setiap kali ada musibah, awak boleh nampak  mereka. Mereka datang senyap-senyap, buat kerja mereka, dan kemudiannya pergi senyap-senyap. Tanpa laporan media, tanpa TV3).

Budak-budak baju merah adalah anggota Unit Amal Dewan Pemuda PAS. Kini ribuan daripada mereka sedang membantu mangsa banjir khasnya di Kuantan dan Kemaman, kawasan yang paling teruk dilanda banjir.

Mereka bukan dari Pahang dan Terengganu sahaja bahkan datang dari seluruh negara. Bahkan untuk memudahkan urusan, mereka yang bukan anggota Unit Amal juga memakai baju merah Unit Amal ketika datang untuk menolong mangsa banjir. Dengan cara itu, semua orang tahu mereka sedia menjalankan apa saja tugas untuk membantu mangsa.

Selepas bertungkus lumus dengan kerja menyelamat dan membantu mangsa di pusat pemindahan kini mereka bertugas untuk membersih rumah mangsa banjir pula. Malah, mereka juga bersedia untuk menghadapi gelombang kedua banjir ini.

Dalam beberapa kali perhimpunan Bersih, budak-budak baju merah ini yang mengawal orang ramai. Dengan disiplin yang tinggi dan tanpa mengharapkan sebarang upah, mereka menjadi pasukan sukarela yang sangat berkesan.

Dengan moto “Beramal kerana Allah”, Unit Amal menjadi barisan depan PAS dalam memberikan bantuan kepada mangsa banjir.

Ketika Squad Sayang Umno sibuk dengan Perhimpunan Agung mereka di Kuala Lumpur, Unit Amal PAS bertugas siang dan malam membantu mangsa banjir.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin terpaksa memohon maaf kepada mangsa banjir berikutan kelewatan bantuan bekalan makanan tiba semasa banjir kali ini di seluruh negara.

Menurutnya,apa yang berlaku adalah perkara yang tidak diduga mengakibatkan penyaluran bekalan bantuan turut terjejas.

“Saya keluarkan arahan kepada pihak MKN (Majlis Keselamatan Negara) supaya menyediakan stok bekalan makanan yang mencukupi untuk sekurang-kurangnya tiga hari. Amaun yang boleh digunakan tidak menjadi isu. Soalnya bekalan yang boleh kita ambil, mesti disimpan di setiap pusat pemindahan dan saya minta supaya perkara ini diteliti, sehalus-halusnya berdasarkan keperluan,” kata Muhyiddin.

Beliau berkata demikian selepas meninjau kawasan dan penempatan mangsa banjir di sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Banggol, Paya Berenjut, Kemaman Jumaat lalu.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said juga mengamuk apabila menyedari kelemahan agensi kerajaan dalam melaksanakan bantuan banjir tambahan lagi apabila beliau mengetahui petugas PAS sangat aktif membantu mangsa.

Di Kemaman, Tuanku Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin turut turun untuk melihat sendiri kemusnahan dan mangsa banjir.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi pula turun bertemu mangsa banjir dengan menaiki bot.

Di Kuantan, Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membantu mangsa dan dilihat mengharungi banjir dan memanjat rumah dengan membawa bantuan untuk membantu mangsa. – 9 Disember, 2013.

Leave a comment

Filed under General, News, PAS

Bukan ke Kristian yang sepatutnya keliru?

PAS ingin pertegaskan bahawa kalimah Allah adalah nama yang khas bagi Allah yang bermaksud hanya Dia sahaja Allah yang berhak disembah.

Kalimah ini tidak boleh diterjemahkan dengan mana-mana bahasa di dunia.

Selain itu, PAS berpendapat bahawa mengelak kekeliruan di kalangan penganut agama adalah tanggungjawab semua pihak.

Sehubungan itu, PAS bersetuju agar semua pihak mengelak berlakunya kekeliruan tersebut. Semua pihak tentu bersetuju sekiranya ada penggunaan nama Allah yang boleh mengelirukan penganut agama, ia mestilah dielak.

Persoalannya apakah benar ianya menimbulkan kekeliruan?

Apa yang menarik ialah pada dakwaan sesetengah pihak semata-mata untuk menakut-nakutkan orang Melayu bahawa jika para penganut Kristian guna nama Allah, ada orang Islam yang terasa keliru. Bukankah, sepatutnya kekeliruan tersebut berlaku di kalangan masyarakat Kristian?

Kebimbangan kerajaan bahawa ianya boleh mengelirukan umat Islam mencerminkan kegagalan kerajaan meningkatkan kefahaman Islam di kalangan umat Islam.

Marilah kita bincang secara ilmiah mengenai isu kalimah Allah di kalangan pimpinan agama dan politik agar keharmonian masyarakat dapat dipelihara.

Penyelesaian menyeluruh mesti dicari untuk membendung perkara ini daripada diambil kesempatan oleh mana-mana pelampau agama dan bangsa untuk memecahkan perpaduan antara rakyat Malaysia demi tujuan politik semata-mata.

Diharap puak-puak pelampau ini sedar bahawa ada alasan yang diberikan mereka kononnya untuk mempertahankan nama Allah telah sebaliknya mencemarkan nama baik Islam, umat Islam dan juga Allah kerana ia tidak dibuat berdasarkan kajian ilmiah yang cukup.

Senyum

Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man

Ketua Penerangan PAS

Leave a comment

Filed under PAS, Press Statement

Jangan tertipu dengan permainan politik Umno BN

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan ahli dan penyokong parti itu agar tidak lagi tertipu dengan permainan Umno BN.

images

Beliau berkata, menjelang Pilihan Raya Umum Ke- 13 (PRU13) ini, semakin banyak blog pro Umno yang menyebarkan fitnah terhadap pemimpin PAS.

Beliau berkata demikian sebagai megulas tindakan blogger Umno yang menyebarkan berita kononnya Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali meletakkan jawatan.

“Semalam blog-blog Umno menyebarkan Cikgu Pa (Datuk Mustafa) dah meletak jawatan. Berapa kali kita nak kena tipu dengan permainan Umno.Dah berapa kali Umno ditangkap menipu?

“Ingatkah kita bagaimana anak Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) difitnah mencabul kehormatan seorang gadis? Akhirnya terbongkar gadis aadalah seorang pemain catur terkenal antarabangsa.

“Orang berkata ditipu sekali ok, kali kedua silap, tapi blog-blog Umno dah ditangkap menipu berapa kali dah?” katanya dalam satu kenyataan.

Tuan Ibrahim juga kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang sanggup menyebarkan video dan gambar lucah yang kononnya milik pemimpin PAS di laman sosial facebook tanpa memikirkan kesannya kepada masyarakat.

“Apa perasaan ibu bapa melihat ruang-ruang santai di FB yang anak-anaknya masih kecil bermain games dan mengeratkan hubungan sesama sahabat menjadi medan mereka terjebak dengan bahan-bahan lucah?

Ini perlu dihentikan. Undilah dengan bijak,” ujarnya.

Tambahnya lagi, fitnah dan amalan politik lucah akan timbul apabila Umno BN cuba menutup masalah dalaman di kalangan parti komponen mereka.

Namun ujarnya, rakyat sudah bijak menilai lebih-lebih lagi dalam kecanggihan teknologi masa kini.

“Bila Umno nak tutup isu dalaman – masalah calon, perbalahan Umno-MCA, mereka akan mula buat benda gila-gila dan fitnah merata untuk mengalih perhatian rakyat.

“Taktik ini selalu diulang. Zaman sekarang dengan kemudahan internet, rakyat mula celik dengan keadaan ini dan takkan mudah terpengaruh dengan taktik lapuk ini,” katanya.

 

Leave a comment

Filed under Election, News, PAS

PRU13: PAS lancar web khas dan hijau.fm

KUALA LUMPUR: Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat dengan kerjasama Jabatan IT PAS Pusat (JITP) membangunkan satu laman web PRU13 untuk menyebarkan maklumat-maklumat  berkaitan dengan PAS bagi Pilihanraya Umum ke-13 melalui capaian http://pru13.pas.org.my

datotuan1

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, laman PRU13 ini akan diisi dengan maklumat-maklumat seperti biodata calon-calon Dun dan Parlimen yang PAS bertanding serta berita-berita dan aktiviti pilihanraya yang berkaitan yang dihubungkan dengan laman web induk, PAS yang boleh dicapai melalui http://www.pas.org.my

Katanya, selain daripada perkhidmatan-perkhidmatan media baru yang telah sedia ada sebelum ini seperti webtv, facebook dan twitter, mulai 16 Mac juga Lajnah Penerangan PAS Pusat dan Jabatan IT PAS Pusat menerusi Urusetia Media Baru (UMB) telah memulakan perkhidmatan radio internet di bawah jenama Hijau.fm dengan menyiarkan liputan Xpresi Ulama Muda dari Gunung Semanggol.

”Radio hijau.fm ini boleh dilayari menerusi http://www.hijau.fm akan beroperasi 24 jam sehari untuk menyampaikan maklumat-maklumat khususnya berkaitan dengan PAS dan Pakatan Rakyat serta program-program dan aktiviti-aktiviti pilihanraya setelah parlimen dibubarkan,” ujarnya.

Menurutnya, mulai 16 Mac laman utama PAS versi2 juga dipertingkatkan dari menggunakan aplikasi Joomla 1.5 kepada Joomla 2.5 dengan design baru yang lebih segar untuk menyebarkan maklumat-maklumat parti dan kenyataan-kenyataan rasmi sebagai rujukan semua pihak yang berminat.

Leave a comment

Filed under Election, News, PAS