Tag Archives: DAP

PAS Sabah tidak terhalang PKR, DAP keluar PR negeri

pas-sabahKUALA LUMPUR: PAS Sabah menghormati keputusan PKR dan DAP negeri memutuskan hubungan politik dengannya, kata Timbalan Pesuruhjaya III PAS negeri, Hamid Ismail.

 
Begitupun, katanya PAS Sabah menerima keputusan tersebut dengan berat hati kerana pihaknya percaya bahawa gabungan Pakatan Rakyat di antara PAS, PKR dan DAP mampu untuk menumbangkan Barisan Nasional di Sabah.

 
Ini, ujar beliau dapat dilihat dengan kemenangan PKR dan DAP di beberapa kerusi Dun dan Parlimen di Sabah.

 
Katanya lagi, kenaikan undi bagi PKR, DAP dan PAS di Sabah dalam PRU13 juga memberi indikasi bahawa rakyat dapat menerima polisi ‘setuju untuk tidak bersetuju’ yang dipraktikkan dalam Pakatan Rakyat.

 
PAS Sabah, kata beliau walau bagaimanapun, ingin membetulkan kenyataan media bertulis dan lisan yang dikeluarkan bersama oleh PKR dan DAP Sabah berkenaan pemutusan hubungan dengan PAS Sabah kelmarin.

 
Pertama, jelasnya PKR dan DAP Sabah memutuskan hubungan dengan PAS Sabah di atas alasan pelaksanaan hudud di Kelantan, dan bukannya di Malaysia seperti yang dinyatakan dalam kenyataan media bertulis mereka.

 
Kedua, tambah beliau PAS Sabah tidak keluar atau menarik diri dari Pakatan Rakyat.

 
“Di dalam mesyuarat kelmarin, tidak ada keputusan dibuat untuk menolak PAS Sabah keluar dari Pakatan Rakyat,” ujarnya.

 
Ketiga, katanya dengan pemutusan hubungan dengan PAS Sabah, Pakatan Rakyat di Sabah secara otomatiknya terbubar kerana Pakatan Rakyat adalah gabungan tiga parti politik.

 
Oleh itu, menurutnya penggunaan perkataan dan lambang ‘Pakatan Rakyat’ selepas ini oleh PKR dan DAP Sabah adalah tidak wajar dan akan mengelirukan rakyat.

 
“Perkembangan terbaru ini tidak akan menghalang PAS Sabah meneruskan kerjanya sebagai sebuah parti politik di Sabah dalam melakukan perubahan di Sabah demi kebaikan seluruh rakyatnya tanpa mengira agama dan bangsa selaras dengan ajaran Islam yang terkandung dalam al-Quran dan as-Sunah,” katanya lagi.

 
PAS Sabah, jelas beliau akan mengikut sistem demokrasi dan undang-undang yang ada dalam melaksana kerja-kerja dan mencapai agenda-agendanya. – HARAKAHDAILY 31/3/2015

Leave a comment

Filed under PAS, Press Statement

KENYATAAN MEDIA ADUN PR KELUAR PARTI : PAS SABAH GESA SERAH KEMBALI MANDAT KEPADA RAKYAT

862633_473267522728211_1987536453_n

 

 

  1. PAS Sabah merasa amat kesal dan kecewa dengan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri N.7 Kadamaian YB Ukoh @ Jeremy Malajad yang bertindak keluar parti dan seterusnya mengisytihar menjadi ADUN Bebas mesra BN.
  2. Tindakan ADUN Kadamaian telah mengkhianati amanah dan kepercayaan yang telah diberikan rakyat kepada beliau pada pilihanraya ke-13 baru-baru ini.
  3. PAS berpandangan ADUN Kadamaian mesti meletak jawatan dengan menyerahkan kembali mandat kepada rakyat memandangkan beliau menang atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR).
  4. Sekiranya ADUN Kadamaian seorang yang bermaruah dan mempunyai harga diri maka sewajarnyalah beliau berani menyerahkan mandat kepada rakyat untuk pilihanraya semula.
  5. PAS juga mahu tindakan serupa diambil oleh ADUN N.16 Luyang YB Hiew King Cheu yang telah memenangi diatas tiket Parti Tindakan Demokratik (DAP).
  6. PAS menyeru kepada rakan dalam Pakatan Rakyat supaya mengetatkan peraturan dan kaedah pemilihan calon  dan langkah-langkah pencegahan agar peristiwa yang sama tidak berulang lagi.
  7. PAS mencadangkan satu mesyuarat segera Sekretariat Pakatan Rakyat Sabah untuk membincang dan melakukan post-moterm ekoran perkembangan terkini.
  8. PAS juga menyeru kepada semua pemimpin, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat negeri ini sama-sama bertenang dan merapatkan  saf masing-masing demi agenda perubahan yang sama-sama kita perjuangkan

Sekian terima kasih

Paumin @ Mohd Aminudding Aling

Pesuruhjaya PAS Sabah

Tarikh : 06.11.2013

Leave a comment

Filed under Pakatan Rakyat, Press Statement

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS SABAH

532510_4216873977312_737470829_n

 

Kenyataan Media Dewan Pemuda Pas

Dewan Pemuda Pas negeri Sabah ingin memberi respon terhadap tindakan keluar parti oleh Adun PKR Kadamaian Jeremy Malazad yang menjadi Adun bebas pro BN. Pemuda Pas Sabah amat kesal dengan tindakan berkenaan apatahlagi selepas tindakan Adun Luyang Dr Hiew King Ciew dari Parti DAP keluar parti sebelumnya untuk menjadi mesra BN. Terdapat juga laporan berita menggaitkan seorang lagi Adun Pakatan Rakyat yang juga isterinya merupakan Ketua Wanita Umno Bahagian akan keluar Parti.

Tindakan Jeramy Malazad yang melakukan pengumuman keluar Parti di tengah-tengah kerancakan pilihanraya Sg Limau sudah pasti punyai motif politik jahat yang ingin memberi gambaran negatif terhadap Pakatan Rakyat dan mempengaruhi mood pengundian di saat-saat akhir.

Pemuda Pas Sabah ingin mengingatkan mana-mana Adun Pakatan Rakyat yang telah dan akan keluar Parti dan memberikan sokongan kepada BN sesungguhnya adalah pengkhianat kepada Perjuangan. Mereka mengkhianati amanah yang diberikan oleh parti, mereka juga mengkhianati kepercayaan rakyat yang menyokong mereka pada PRU13 lepas.

Tindakan ini adalah tidak bermaruah jesteru memalukan Politik Sabah. Menunjukkan seolah-olah ahli politik sabah begitu murah harga diri, tiada pendirian dan jati diri. Ini amat memalukan tatkala angin perubahan begitu kuat dengan gelombang Inikali la yang memberikan kemenangan kepada undi popular Pakatan Rakyat dalam PRU13 lepas.

Ini juga satu pengkhianatan kepada harapan rakyat Sabah yang telah lama tertindas di bawah pemerintahan Umno dan BN. Kepayahan hidup, rampasan tanah, kemiskinan, dasar kabotaj yang mencengkam, pendidikan, masalah infrastruktur dan lain-lain yang telah menyebabkan rakyat Sabah begitu tertinggal.

Oleh itu Pemuda Pas Sabah mendesak wakil-wakil rakyat tersebut jika masih ada maruah diri supaya berundur. Sila letak jawatan dan kembalikan suara demokrasi kepada rakyat dan memberikan laluan diadakan pilihanraya semula. Pemuda Pas Sabah juga meminta supaya SPRM membuat siasatan sekiranya terdapat unsur-unsur membeli wakil rakyat untuk berpaling tadah.

Sebagai pengajaran kepada mana-mana rakan Parti komponen dalam Pakatan Rakyat Sabah, Pemuda Pas sabah juga mengingatkan supaya pemilihan calon dalam pilihanraya adalah lebih teliti di masa akan datang supaya tiada unsur-sabotaj keluar Parti setelah mendapat kemenangan dalam pilihanraya.

Lahirul Latigu
Ketua Pemuda Pas Sabah

Leave a comment

Filed under Pakatan Rakyat, PAS, Press Statement

PAS sesat bertahaluf dengan orang kafir?

Datuk Dr Haron Din

24 Jun 2013

sf_11drharonDatuk, mengapa PAS bertahaluf dengan DAP? Tidakkah DAP itu kafir? Mengapa PAS tidak bertahaluf dengan Umno? Umno jelas Islam, mana lebih baik bertahaluf sesama Islam atau bartahaluf dengan orang kafir? Penjelasan ini amat perlu khususnya dalam keadaan gawat seperti sekarang ini yang ditunjukkan oleh keputusan PRU13 yang boleh merugikan Islam.

Abdul Quddus Abdul Mukmin, Padang Jawa, Klang, Selangor.

PERKARA pertama yang perlu anda tahu dan faham, bahawa tahaluf itu adalah sesuatu yang diharuskan oleh hukum syara’ dengan syaratsyaratnya. Apa yang dilakukan oleh PAS dalam isu tahaluf dengan DAP, sebenarnya tidak bercanggah dengan syarat-syarat syarak.

Kedua tahaluf yang dilakukan bersama orang kafir, akan tetapi jika sesama Islam tidak pula dinamakan dengan tahaluf. Kerana asasnya umat Islam adalah bersatu pada asalnya, kerana umat Islam perlu bersatu dan tidak boleh berpecah-belah.

Ketiga, Rasulullah s.a.w. pernah bertahaluf dengan Yahudi Madinah apabila kabilah-kabilah Arab Musyrikin Makkah membuat onar dan menimbulkan penindasan dan kezaliman terhadap Rasulullah dan juga Yahudi, maka apa yang dilakukan oleh Rasulullah untuk bertahaluf menghadapi kezaliman Musyrikin adalah diharuskan.

Keempat, banyak kali berlaku pada Rasulullah s.a.w. bermuamalah dengan orang kafir sedangkan baginda boleh bermuamalah dengan orang Islam, contohnya ketika Rasulullah hendak berhijrah ke Madinah, baginda bermuamalah dengan Abdullah bin Uraiqit iaitu seorang musyrik, sedangkan pada waktu itu ramai lagi orang Islam yang boleh Rasulullah bermuamalah dengan mereka.

Begitu juga Rasulullah pernah bermuamalah dengan seorang Yahudi dengan menggadaikan baju besinya kepada Yahudi itu untuk mengambil bahan makanan bagi keluarganya.

Persoalannya di sini, mengapa dengan Yahudi Nabi bermuamalah? Mengapa tidak dengan orang Islam? Kalau dengan orang Islam, mungkin Nabi tidak perlu menggadai baju besinya atau tidak perlu membeli atau berhutang, mungkin orang Islam akan memberi sebagai satu hibah (pemberian) secara percuma kepada Nabi.

Namun demikian, Nabi meninggalkan orang Islam dan bermuamalah dengan orang Yahudi. Mengapa berlaku demikian? Kerana hendak menyatakan ada ketika-ketikanya dengan sebab-sebab tertentu umat Islam diharuskan bermuamalah atau bertahaluf dengan orang kafir dan tidak dengan orang-orang Islam.

Kelima, PAS pernah memasuki Pakatan Barisan Nasional dengan Umno pasca tragedi 13 Mei 1969, dengannya terselamat Umno daripada tumbang atas gelombang rakyat menolak Umno – Perikatan ketika itu. Dengan penyertaan PAS ke dalam Barisan Nasional (menggantikan Perikatan) ketika itu, maka selamatlah Umno, maka kuat semula Umno dan tegak semula BN.

Maka ia terselamat daripada tumbang dan ditumbangkan oleh rakyat. Selepas Umno kuat semula dan merasakan PAS tidak diperlukan, maka Umno memecat dan menghalau PAS keluar daripada BN.

Banyak pihak yang mengetahuinya, maka PAS ditendang daripada BN, kesannya PAS berpecah dan bercelaru serta banyak ahlinya meninggalkan PAS, ada yang menubuhkan Parti Islam yang perlu menandingi PAS, PAS hampir terkubur ketika itu angkara perbuatan Umno, pengalaman itu amat pahit dan PAS berhempas pulas untuk bangun semula, dan sekarang sudah terbangun.

Sejauh ingatan saya, Umno tidak pernah menyatakan kekesalannya kerana memecat dan menghalau PAS keluar daripada BN, malah Umno tidak pernah meminta maaf kepada PAS hingga ke hari ini.

Kalau itulah sikap Umno, maka bagaimana orang PAS mahu memikirkan untuk mendampingi Umno semula seperti ada usaha membayangbayangkan isu itu, pengalaman amat pahit itu bagi PAS amat berguna.

Apabila PAS bertahaluf dengan Pakatan Rakyat khasnya dengan DAP, jelas PAS mengaut keuntungan yang ketara hasil daripada keputusan undi dalam PRU13 baru-baru ini, PAS semakin mendapat pertambahan pengundi dan penyokong.

Namun demikian, ramai orang menyedari, bahawa ‘Tahaluf Siayasi’ bukanlah satu perkara yang qat’ie, ini adalah satu hasil ijtihad daripada ahli-ahli PAS yang layak, hasil ijtihad itu diterima pakai dan namun demikian ia tetap terdedah kepada pelbagai kemungkinan, ijtihad boleh kekal selagi tidak ada keperluan untuk menyemaknya seperti timbul masalah.

Ada perkara-perkara penting yang menjadikan ijtihad itu lagho, maka barulah timbul keperluan untuk melihat semula perkara-perkara ijtihad yang lampau, atas dasar itulah persoalan mengapa PAS dan Umno tidak dapat disatukan yang dapat dilihat dari perkaraperkara yang telah saya sebutkan tadi, sekian wassalam.

 

 

Leave a comment

Filed under General, PAS

Selepas dituduh kafir harbi, diajak masuk BN!

KOTA BHARU: “Bukankah DAP yang dituduh sebagai chauvinis, komunis dan kafir harbi selama ini?” kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar)sebagai reaksi kepada cadangan agar DAP menyertai BN.

Nik-Aziz1

Selain itu, kata Tuan Guru Nik Aziz, bukankah DAP yang dituduh sedang berusaha menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian dan berusaha menggadaikan kalimah Allah?

“Tiba-tiba hari ini DAP ditawar masuk BN?” kata Tuan Guru Nik Aziz kepelikan.

Kafir harbi dan berusaha menjadikan Malaysia negara Kristian adalah laporan utama akhbar Umno, Utusan Malaysia yang ditujukan kepada DAP dalam sessi kempen PRU 13 baru-baru ini. Kafir harbi dari tafsiran perundangan Islam adalah orang bukan Islam yang memerangi Islam dan mereka dihalalkan darah oleh Islam.

Menurut Tuan Guru Nik Aziz dalam kenyataannya, beliau membaca kenyataan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang menyarankan agar DAP menyertai Barisan Nasional (BN) untuk menguatkan kerajaan BN.

“Saya bagaikan kurang percaya bagaimana seorang bekas pemimpin Umno yang masih setia kepada parti tersebut boleh mengeluarkan cadangan seperti ini?” katanya.

Ekoran itu, Tuan Guru Nik Aziz berkata, “Saya kira inilah bukti jelas menunjukkan bahawa BN sedar mereka semakin dipinggirkan rakyat.”

Politik perkauman dan penindasan yang diamalkan semakin ditolak sehingga menyebabkan mereka terpaksa mencari dahan baru untuk berpaut.

“Dalam tidak sedar, sebenarnya bukan dahan baru yang perlu dicari, bahkan pohon tua bernama BN itu perlu ditebang terus!” tegas bekas Menteri Besar Kelantan itu.

Bagi beliau, daripada DAP masuk BN, lebih baik Umno keluar BN dan menyertai Pakatan Rakyat.

“Sedarlah, ideologi perjuangan Umno hari ini sudah ketinggalan zaman, di Semenanjung Malaysia yang agak maju dari sudut teknologi dan pendedahan maklumat, mereka telah ditolak dan Pakatan Rakyat telah menang!

“Sudah sampai masanya BN dan Umno bermuhasabah, jika tidak akan sampai masanya mereka dibuang terus dari pentas politik negara, pada masa itu tiada yang akan sudi menerima, jatuh di tanah ayam tidak patuk itik tidak sudu!” ujar beliau.

Leave a comment

Filed under General, News

Strong showing in Sabah augurs well for PAS

by Murib Morpi. Posted on May 7, 2013, Tuesday

KOTA KINABALU: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) recorded a considerably strong showing in the just concluded 13th General Election (GE13) in Sabah, despite failing to win any of the 11 seats that it contested.

The peninsular-based Islamic party was tasked to represent Pakatan Rakyat (PR) in challenging the Barisan Nasional (BN) in nine predominantly Muslim majority seats, apart from two parliamentary constituencies.

Although they did not contribute any victory to the opposition alliance that wrested an additional 10 state seats and one parliamentary seat in Sabah, PAS came out of this election undefeated in spirit, stronger and more motivated.

This was the first time they contested under PR in so many seats in Sabah, and for a party previously viewed as alien and irrelevant in Sabah, their notable performance in the May 5 balloting was a victory in its own right.

“We did not win any (seat) but we managed to attract a significant number of voters in certain areas,” Sabah PAS state commissioner Hj Mohd Aminuddin Aling pointed out. Had there been more straight fights, he said PAS would have won more votes.

“The point is, it shows that the voters in Sabah are beginning to accept the ideologies and agendas that PAS offers to them. It’s a good place to start, to continue marching forward. There is a lot more that needs to be done by PAS in Sabah and we will take this as a motivation to continue working hard. We will continue to touch base with the people, implement our programmes and activities and work towards achieving our Welfare State agenda,” he said when contacted yesterday.

The party officially began its operation in Sabah after it was registered in the State in the late 80s, but cold response from the mixed communities in Sabah saw them progressing at a snail’s pace. Almost 30 years later, they are basically still on the sidelines, as the insignificant political party in Sabah and far from reaching the same iconic recognition it has in its home base Kelantan.

To date, they have only 13 to 15 branches in the whole of Sabah, with a few more protem divisional committees struggling to get their branches registered and functioning.

Yet, in Sunday’s polling, PAS won about 21,335 or 20.2 per cent of the combined votes from all the nine state seats they contested in, second behind BN who secured 68,342 or 56.4 per cent from the total of 105,595 votes. The remainder of the votes went to KITA (0.1%), STAR (5.9%), SAPP (2.1%) and Independents (6.9%). In fact, only two of its nine state candidates lost their deposit, in Pitas and Bugaya, after the party secured less than 10 per cent of the total votes in both areas.

Some of its candidates were more noticeable, like lawyer Hamid Ismail who received 5,409 or 32.6 per cent of the total votes in Tanjong Aru, and Ahmad Dullah who gained 3,957 (28.4%) votes in Merotai.

At the parliamentary level, PAS polled a total of 18,191 votes, which translated to 30.5 per cent of the overall turnout at the two constituencies they vied for, namely Kalabakan and Batu Sapi. BN commanded 60.7 per cent (36,210 from 59,631 votes), while STAR 2.8 per cent and Independent candidates 6 per cent.

The question however, remains. Has PAS really began to be recognized by Muslim voters in Sabah or is their seemingly stronger performance just a stroke of luck?

Had the seats they contested in were tackled by the other PR members, could the result have been different, given that both Democratic Action Party (DAP) and Parti Keadilan Rakyat (PKR) have done better?

PKR, who contested in 43 state seats, won seven, in addition to its surprise win for the Penampang parliamentary seat.
DAP, meanwhile, wrested an additional parliamentary seat, namely Sandakan, while retaining Kota Kinabalu, in addition to four new state seats now under its belt.

Together, PR now holds 11 state seats and three parliamentary seats in Sabah.
Read more: http://www.theborneopost.com/2013/05/07/strong-showing-in-sabah-augurs-well-for-pas/#ixzz2SsGUfsrQ

Leave a comment

Filed under Election, News, PAS

Menolak auta dengan fakta

ROKET

Kecoh sekarang ni ahli parlimen Malaysia ramai yang Bukan Melayu. Aduhai.. adakah kita mengalami kerosakan minda yg parah.. DAP bertanding di kawasan Cina menghampiri majority dan lawannya adalah MCA, MIC dan Gerakan.

Jika DAP kalah sekalipun Melayu tak akan bertambah dalam Parlimen sebab DAP lawan MCA, MIC dan GERAKAN. Malah Kemenangan Pakatan Rakyat ini menyebabkan Melayu bertambah dalam Parlimen dan DUN, saya bagi contoh:-

Kerusi Parlimen :-
1. Rafizi (PKR) menang vs Gary Lim (BN) – PANDAN
2. Dr Siti Mariah (PAS) Menang vs S. Murugesan (BN) – KOTA RAJA
3. Tan Sri Khalid (PKR) Menang vs Tan Kok Eng (BN) – BDR TUN RAZAK
4. Imran Hamid (PKR) menang vs Kong Cho Ha (BN) – LUMUT
5. Dato Arif (DAP) menang vs Hoh Khai Mun (BN) – RAUB
6. Kamarul Bahrin (PKR) menang vs V.S Mogan (BN) TLK KEMAMANG
7. Khairil K. Johari menang vs Teh Leong Meng (BN) BKT BENDERA

Kesimpulannya :
Menang Pakatan Rakyat bermakna 7 Ahli Parlimen Melayu bertambah dalam Parlimen. Jika Pakatan Rakyat Kalah, kita akan kehilangan 7 ahli parlimen Melayu

Kerusi DUN:-
1. Azman Nasarudin (PKR) menang vs S. Ananthan (BN) – LUNAS, Kedah
2. Dato Anuar Abdullah (PAS) menang vs Tan Ken Ten (BN) – KOTA LAMA, Kelantan
3. Azan Ismail (PKR) menang vs Dato Toh Chin (BN) – BANDAR, Terengganu
4. Tengku Zulpuri (DAP) menang vs Dato Chuah Boon (BN) – MENTAKAB, Pahang
5. Mohd Rashid (PKR) menang vs Wong Mun (BN) – PANTAI JERJAK, Penang
6. Dr Idris (PKR) menang vs K. Parthiban (BN) – IJOK, Selangor
7. Amunul Huda (PAS) menang vs Teo Yew (BN)- PARIT YANI, Johor
8. Abdullah Husin (PAS) menang vs M. Sorianarayan (BN) – PUTERI WANGSA, Johor

Orang bertanya kepada saya bagaimana pula seorang Melayu, Ghani Othman boleh kalah dengan Lim Kit Siang. Saya katakan Ghani Othman cari penyakit. Dia bertanding di kawasan (Cina 52%) (Melayu 34%) selebihnya India. Parlimen ini dulunya adalah milik MCA.

Kalau UMNO masih bangkitkan isu Melayu dan bukan Melayu ni. Saya nak tanya bagaimana pula Kawasan majoriti Melayu, bukan Melayu BN boleh menang. Melayu UMNO undi siapa? saya senaraikan

1. PARLIMEN Smpg Renggam (M- 56%) Suhaizan (PAS) kalah vs Liang Teck Meng (BN)
2. PARLIMEN Tjng Piai (M- 52 %) Dr Mahzir (DAP) Kalah vs Wee Jack (BN)
3.PARLIMEN Batu Sapi (Islam 51%) Hamzah (PAS ) Kalah vs Tsen Tsau (BN)

4. DUN Gurun (M- 57%) Salma Ismail (PKR) Kalah vs. Dr Leong (BN)
5. DUN Cheka (M- 69%) Cikgu Abas (PKR) kalah vs Dato Fong (BN)
6. DUN Gambir (M- 56%) Dato Mahfoz Mohd (PAS) kalah vs M. Aso (BN)
7. DUN Chenderiang (M-36%, C-30%) Amani Abdullah (PKR) kalah vs Dr Mah Hang(BN)
8. DUN Pemanis (M- 56%) Cikgu Normala (PAS) Kalah vs Lau Chin (BN)
9. DUN Kahang (M-74%) Hamdan (PKR) kalah vs R. Vidyanathan (BN)
10. DUN Pulai Sebatang (M-63%) Ungku Mohd Nor kalah vs Dato Tee Seiw (BN)
11. DUN Tg Aru (Islam – 52%) Hamid Ismail (PAS) kalah vs Yong Oui (BN)
12. DUN Bingkor (Islam 38%) Ahmad Shah (PKR) kalah vs Kennedy John (BN)
13. DUN Merotai (Islam-53%) Ahmad Dullah (PAS) kalah vs. Pang Yuk Ming (BN)

Masih percaya dakyah UMNO. UMNO menipu kita selama ni dengan memainkan sentiment perkauman. Sebenarnya yg merosakkan Melayu dan menggadaikan masa depan melayu adalah pemimpin UMNO.

Hentikan main isu perkauman jika anda tak tahu fakta sebenar.
Ketua Penerangan PAS Pahang.

Leave a comment

Filed under Election, General, Pakatan Rakyat, PAS