Category Archives: Pakatan Rakyat

Satu lagi sejarah hitam negara – Presiden PAS

934784_10153202761861840_8738744460834084225_nPAS merakamkan takziah dan simpati terhadap Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas ujian hukuman yang dijatuhkan kepadanya.

Hari ini menjadi satu lagi sejarah hitam negara, mengulangi tragedi sama yang pernah ditanggung beliau sebelum ini. Untuk itu, rakyat perlu melihat bahawa kemaraan dan konsisten politik Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah dipasung dari terus menjadi pejuang rakyat.

Ia juga mengingatkan kita semua, hanya Undang-undang Syariah sahaja dapat memberi keadilan sebenar dan penyelesaian terhadap seluruh kekeliruan dan fitnah sebagaimana kes ini.

Maka, perlunya semua pihak memberi keyakinan kepada PAS untuk membawa perjuangan hingga berdaulatnya Undang-undang Syariah di dalam pemerintahan negara kita ini, termasuk menegakkan ‘addin’ yakni cara hidup Islam.

Kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, ahli keluarga, seluruh anggota PKR dan Pakatan Rakyat, semoga kita terus sabar dan istiqamah untuk kekal melangsungkan memperjuangkan menegakkan keadilan bagi negara ini.

Oleh itu, perlunya kita bersatu-padu secara penuh harmoni dalam kemajmukan, agar menjadi kuat untuk teguh menumbangkan BN.

DATO’ SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Leave a comment

Filed under Pakatan Rakyat, PAS, Press Statement

PROGRAM PAKATAN RAKYAT: JELAJAH REFORMASI 2.0 – KEMBALIKAN KEADILAN RUNTUHKAN KEZALIMAN DI NEGERI SABAH

10011479_10152005540872844_1748411777_n

 

Semua ahli PAS Negeri Sabah dijemput hadir bersama memberikan sokongan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 26 Mac 2014

Masa: 7.00pm – 11.00pm

Tempat: Perkarangan Bangunan KDCA Penampang

Pimpinan Pakatan Rakyat yang akan hadir: Dato’ Seri Anwar Ibrahim, DSP Lajim Haji Ukin, Pesuruhjaya PAS Sabah, Tuan Mohd Aminuddin Aling dan pimpinan DAP Sabah.

PAS Negeri Sabah

Leave a comment

Filed under General, Pakatan Rakyat, PAS

Pelaksanaan Undang-Undang Syariah Perlu Diperketat

1394182_790021991026910_1621033244_n (1)

Leave a comment

March 20, 2014 · 8:36 am

PAS: Dakwah, Tarbiah, Siasah

Oleh: Ustaz Idris Ahmad

PAS sebagai sebuah jamaah yang menjadi mata rantai perjuangan orang-orang terdahulu daripada kita. Kewujudan PAS bukan kerana tidak puas hati dengan jamaah Islam yang sedia ada. PAS ditubuhkan sebagai menyahut seruan Allah SWT  yang bermaksud ” Hendaklah ada di kalangan kamu suatu puak ( jamaah) yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada melakukan kemungkaran. Dan merekalah orang yang berjaya”.  (Al-Imran 3:104)

Dakwah, Tarbiah dan Siasah tiga serangkai yang tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Inilah keunikan PAS sejak daripada mula penubuhan lagi. PAS bergerak di atas tiga paksi ini, sehingga mampu menongkah arus dan badai perjuangan walau pun PAS tidak berpeluang memegang kerajaan di peringkat pusat. Usia PAS yang sudah lebih  62 tahun, tetapi sentiasa dinamik dan segar untuk menjadi harapan baru bagi menggantikan Umno yang sudah hilang ideologi perjuangan. Umno hanya mampu hidup kerana ada kuasa sahaja. Idealisma perjuangannya sudah tidak bermaya. Semangat nasionalis sudah berkubur. Slogan hidup Melayu hanya hidup di dua musim, ketika pilihanraya dan persidangan Agung Umno.

PAS tidak boleh lari daripada kerja dakwah. Setengah orang anggap PAS hanya parti politik, dakwah kerja orang lain. Ini satu penyelewingan dalam perjuangan. Dakwah dengan PAS seperti aur dengan tebing.

Sekiranya PAS hanya mementingkan politik sahaja, nescaya perjuangan PAS tidak boleh bertahan hingga  kini. Pengaruh perjuangan PAS akan terhad dan tidak berkembang.  Apakah modal untuk PAS gunakan sepanjang masa selepas musim pilihanraya. Umno dia boleh bertindak sebagai gerakan politik sahaja, kerana mereka ada kuasa. Cuba bayangkan jika Umno tidak ada kuasa adakah dia mampu untuk bermodalkan benda. Sudah pasti tidak boleh.

PAS berdakwah sepanjang masa untuk memastikan rakyat di negara ini faham isi perjuangannya dan fahama ajaran Islam yang syumul. PAS mengambil masa haampir 40 tahun menerangkan di dalam Islam ada politik. Satu ketika dahulu berapa ramai masyarakat termasuk yang berpendidikan agama yang berkeyakinan di dalam Islam tidak ada politik. Alhamdulillah keadaan sudah berubah. Ertinya jika tanpa dakwah yang dimainkan oleh golongan agamawan di dalam PAS, maka masyarakat akan jahil mengenai politik Islam.

Tarbiah ialah ramuan PAS untuk kelangsungan perjuangan. Tanpa tarbiah, PAS akan rebah. Dengan tarbiah PAS terarah. Tarbiahlah yang menggerakkan PAS selama ini. Tarbiah membina Iman dan keyakinan kepada setiap ahli. PAS tidak mampu untuk menggerakkan parti jika kekuatan ini tidak dibina. Bermodalkan motivasi Iman, balasan dosa dan pahala telah berjaya meletakkan PAS di atas landasan perjuangan yang betul.

Tarbiah menjadikan ahlinya bekerja tanpa mengharapkan ganjaran dan upah. Tarbiah membentuk ahli yang menolak tawaran kebendaan daripada pihak musuh. Mereka memandang ini satu benda yang jijik, kalau imbalannya kena meninggalkan perjuangan PAS. Tarbiah mampu menggerakkan ahli untuk  hadir ke perhimpunan raksasa seperti tiga Himpunan Bersih, Himpunan Menentang PPSMI, Himpunan Masuh ISA, Himpunan Menentang Penyenaraian Felda di Bursa Saham Malaysia. Tarbiah berjaya menggerakkan ahlinya untuk bekerja di dalam pilihanraya tanpa penat dan lelah. Tarbiah melahirkan ahli yang kental, disegani oleh kawan dan lawan.

PAS boleh terlibat di dalam politik pilihanraya atas lambangnya sendiri. Inilah satu keunikan PAS di negara ini. Ia berbeza dengan badan dakwah yang lain.  Kerana mereka tidak didaftarkan sebagai parti politik yang tidak boleh beraksi di medan pilihanraya dengan menggunakan lambang sendiri. Gerakan mereka terhad untuk dakwah dan tarbiah. Mereka boleh membina sekolah, kilang, perkampungan Islam tetapi tidak boleh untuk terlibat dalam pilihanraya bagi mendapatkan kuasa atas kapisiti jamaah mereka. Islam tidak boleh dihayati tanpa diberi kuasa. Ia hanya berlegar sekitar surau dan masjid. Islam menjadi tetamu, bukan tuan.

Islam menjadi dagang yang boleh dibuang bila-bila masa. Islam dihukum, bukan menghukum. Dengan adanya kuasa, jalur dakwah lebih terserlah. Ini dibuktikan apabila Kelantan yang diperintah selama 23 tahun telah menunjukkan lisanul hal kepada masyarakat, bahawa Islam mampu untuk mentadbir. Lebih jauh daripada itu orang bukan Islam mula tertarik dengan Islam dan perjuangan Pas apabila mereka melihat keadilan secara praktikal. Sebelumnya apabila pihak musuh mengatakan PAS parti yang kejam kepada orang bukan Islam. Maka telah dijawab dengan amalan, bagaimana orang bukan Islam mendapat hak mereka, walaupun mereka penduduk minoriti. Kesannya pengaruh PAS di luar Kelantan semakin membesar sejak PAS memerintah Kelantan.

Walau pun ada pandangan yang mengatakan PAS perlu menjadi parti politik semata-mata jika mahu PAS relevan dan setanding dengan parti lawan. Ini mungkin pandangan dari golongan pengkaji semata-mata. Atau pun mungkin golongan ini merupakan golongan yang tidak memahami sunnah perjuangan Islam yang ada kalah menang. Atau pun golongan ini baru di dalam perjuangan, tidak tahan dengan kekalahan sehingga nafasnya pendek.

Atau pun golongan ini hanya mahu cepat menang tanpa mengambil kira manhaj perjuangan Islam. Atau pun golongan ini cuba hendak menjadi PAS parti politik semata- mata. Atau pun golongan ini masih muda, terlalu cepat hendak mendapat hasil. Kepada golongan ini mari kita renung wasiat Al Shahid Syed Qutb kepada adiknya sebelum beliau ke tali gantung. “Wahai adikku engkau merasa dada kamu sesak jika engkau merasakan kamu yang memulakan perjuangan dan kamu yang mengakhiri perjuangan. Tetapi kamu akan merasa lapang jika kamu sedar bahawa bukan kamu yang memulakan dan mengakhiri perjuangan”

Leave a comment

Filed under General, Pakatan Rakyat

CERAMAH PAKATAN RAKYAT

1620534_10203402107682762_926474938_n

Leave a comment

February 27, 2014 · 10:11 am

‘Pakatan Membela Rakyat’ tema konvensyen kelima 8 Mac

iskandar

 

SHAH ALAM: Pakatan Rakyat memutuskan untuk mengadakan konvensyen kali kelima pada 8 Mac nanti yang bertemakan ‘Pakatan Membela Rakyat’.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Ir Iskandar Abdul Samad yang dilantik sebagai Pengarah Jawatankuasa Kerja Konvensyen berkata, konvensyen kali ini telah menetapkan beberapa objektif sebagai agenda utama.

Jelasnya, antara objektif konvensyen adalah untuk mengumpul para aktivis dan pimpinan Pakatan Rakyat dalam konvensyen tahunan.

“Mesyuarat para pimpinan utama Pakatan Rakyat telah memutuskan untuk mengadakan konvensyen tahunan seperti biasa.

“Konvensyen akan diadakan pada 8 Mac (Sabtu) di Selangor dan tempat itu akan diputuskan kemudian, kita mensasarkan penyertaan sekurang-kurangnya 1,000 orang perwakilan.

“Objektif konvensyen kali ini adalah untuk mengumpulkan para aktivis dan pimpinan Pakatan Rakyat serta menunjukkan kesatuan dan menaikan semangat kebersamaan parti-parti Pakatan Rakyat, selain itu kita mahu memberi pengarahan muktahir kepada para aktivis dan penggerak parti,” jelasnya pada sidang media di Bilik Media Pejabat Menteri Besar di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Selain Iskandar, Ketua Penerangan PKR Selangor, Suhaimi Shafie turut dilantik sebagai Timbalan Pengarah 1 dan Naib Pengerusi DAP negeri, Datuk Teng Chang Khim dilantik sebagai Timbalan Pengarah 2.

Iskandar turut menyatakan sempena konvensyen ini, jawatankuasa penganjur turut mengadakan pertandingan mencipta logo konvensyen kali ini yang dibuka kepada seluruh warga Malaysia dengan tema warna jingga, yang menyediakan hadiah utama sebanyak RM1,500.00.

Tarikh tutup pertandingan itu adalahan pada 25 Februari (Selasa) jam 5 petang dan penyertaan boleh dihantar ke email sektretariatpakatan@gmail.com.

Beliau yang ketika ditanya mengenai isu-isu yang dijangkakan panas pada perbahasan konvensyen akan datang, jelasnya objektif konvensyen telah ditetapkan oleh pimpinan tertingggi Pakatan Rakyat dan jawatankuasa penganjur.

Namun, katanya apa jua isu yang akan dibahaskan itu bergantung kepada para perwakilan.

“Kita tidak menjangkakan apa isu yang menjadi panas, tetapi pihak jawatankuasa penganjur dan pimpinan tertinggi telah pun menetapkan objektifnya.

“Kita menghormati hak perwakilan dan terpulang kepada mereka untuk membahas apa jua isu,” sambung beliau yang juga Exco Kerajaan Selangor.

Negeri Selangor menjadi tuan rumah kali ketiga Konvensyen Pakatan Rakyat selepas konvensyen kedua di Pulau Pinang dan ketiga di Kedah.

Iskandar mengharapkan konvensyen kali ini menjadi pemangkin kepada Pakatan Rakyat untuk terus mendominasi politik dalam negara ini.

Leave a comment

Filed under News, Pakatan Rakyat, PAS, Press Statement

Pakatan ajak BN bincang formula redakan ketegangan kaum

pc anwar

 

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mengajak BN mengadakan perbincangan segera bagi menangani masalah ketegangan kaum yang tidak pernah berjaya diselesaikan selama ini.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, masalah perkauman ini sering ditimbulkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seolah-olah mahu mencetuskan semula peristiwa 13 Mei.

“Apabila berlaku isu ini selalunya yang menjadi mangsa adalah rakyat diperingkat bawah,” tegasnya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.

Menurut Anwar, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak harus menyambut gesaan ini bagi mencari jalan bagaimana hendak meredakan ketegangan kaum ini.

Apa yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini, jelas Anwar demo bantahan yang dibuat langsung tidak ada kaitan dengan isu perkauman ianya adalah berkaitan dengan ekonomi rakyat negara ini.

“Isu berkaitan harga barang yang semakin meningkat, isu kemiskinan adalah isu rakyat ianya tidak harus diputarbelitkan dan ditakut-takutkan dengan isu perkauman,” tegas Anwar.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu turut menegaskan isu ‘kangkung’ di Pulau Pinang tempoh hari adalah bukan isu perkauman malangnya ianya segaja diprovokasi pihak tertentu untuk membangkitkan ketegangan kaum.

“Umno BN lemas, sebab itulah mereka memainkan isu perkauman bagi membantah isu kenaikan harga barang dan subsidi ditarik balik.

“Isu di Pulau Pinang tidak ada kena mengena dengan isu kaum,” jelas Mohamad yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata sekiranya Umno BN yang cintakan negara dan tidak mahu 13 Mei berulang lagi di Malaysia mereka perlu segera mengadakan perbincangan ini.

Dalam pada itu, Anwar turut mengumumkan bahawa Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-5 tahun ini akan diadakan di Selangor pada 28 Mac depan.

Leave a comment

Filed under News, Pakatan Rakyat, PAS