Category Archives: News

Konvensyen PAS Sabah: Catatan sebuah perjuangan

Ditulis oleh AMIRUDDIN MOHD ROSDI

konvo-sabah2015KONVENSYEN PAS Negeri Sabah. Ini kali keempat. Menghimpunkan ahli PAS Sabah dari seluruh pelusuk dan ceruk Negeri Sabah di Bawah Bayu.

Di kala PAS Sabah ‘disingkirkan’ daripada Pakatan Rakyat Sabah oleh rakan tahaluf, PKR Sabah dan DAP Sabah, sokongan daripada ahli PAS Sabah tidak berbelah-bagi. Dewan Likas Square dibanjiri lebih 600 ahli PAS Sabah yang mahu mendengar amanat daripada pimpinan.

Antara pimpinan PAS Pusat yang hadir termasuklah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang merangkap Ahli Parlimen Marang; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Bin Sabu; Ahli Majlis Syura Ulamak PAS dan Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali At-Takiri; AJK PAS Pusat, Dr. Riduan Mohamad Nor; Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria; dan Pengarah Lajnah ICT PAS Pusat Tuan Mohd Shuhaimi Embong.

Presiden PAS, dalam ucapan perasmian membaca ayat 249 dari Surah Al-Baqarah;

فَلَمَّا فَصَلَ طَالُوتُ بِالْجُنُودِ قَالَ إِنَّ اللَّهَ مُبْتَلِيكُمْ بِنَهَرٍ فَمَنْ شَرِبَ مِنْهُ فَلَيْسَ مِنِّي وَمَنْ لَمْ يَطْعَمْهُ فَإِنَّهُ مِنِّي إِلَّا مَنِ اغْتَرَفَ غُرْفَةً بِيَدِهِ فَشَرِبُوا مِنْهُ إِلَّا قَلِيلًا مِنْهُمْ فَلَمَّا جَاوَزَهُ هُوَ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ قَالُوا لَا طَاقَةَ لَنَا الْيَوْمَ بِجَالُوتَ وَجُنُودِهِ قَالَ الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُمْ مُلَاقُو اللَّهِ كَمْ مِنْ فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةً بِإِذْنِ اللَّهِ وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ

 

Ayat ini bertepatan dengan tema Konvensyen ”Tarbiyah Tunjang Kekuatan Jemaah” yang mendidik para pejuang supaya tidak meremehkan soal tarbiah jasadiah dan ruhiah. Secara jelas diceritakan bagaimana tentera Talut diuji Allah dalam menghadapi peperangan.

TG Abdul Hadi mengupas ayat ini dalam konteks perjuangan PAS di bumi Malaysia. Tohmahan bahawa PAS mahu bergabung dengan Umno hanyalah propaganda lapuk daripada pihak musuh. PAS tetap istiqamah dengan dasar Islam. Al-Quran dan Sunnah mrnjadi panduan.

Sehari sebelum Konvensyen PAS Sabah, TG Abdul Hadi menempelak mereka yang kononnya menggunakan hujah Syeikh Yusuf al-Qardhawi untuk memberi alasan ‘hukum hudud belum sampai masanya untuk dilaksanakan’. Tegasnya, mereka ini belum tentu baca kitab Qardhawi dan berjumpa secara langsung dengan beliau.

TG Abdul Hadi turut menceritakan kisah beliau teribat secara langsung dalam Ikhwanul Muslimin malah bertemu muka dengan mantan Mursyidul ‘Am Ikhwanul Muslimin seperti Almarhum Syeikh Umar at-Tilmisani, Syeikh Muhammad Mahdi ‘Akif sehingga Syeikh Dr. Muhamamad Badie’.

Beliau menegaskan PAS bukan AKP, PAS bukan PKS, PAS bukan Ikhwanul Muslimin, PAS adalah PAS!

Ketika ada yang memandang sinis beliau di negara sendiri, Universiti Teknologi Nanyang, Singapura menjemput beliau untuk menerangkan hukum Hudud di hadapan non-Muslim. Respon yang sangat baik diterima.

Konvensyen PAS Sabah sudah melabuhkan tirainya dengan tekad akan terus bersama mendukung kepimpinan ulama. Moga Allah tautkan hati para pejuang yang istiqamah ingin mendaulatkan Islam di bumi bertuah ini.

Terus beristiqamah! – HARAKAHDAILY 5/5/2015

Advertisements

Leave a comment

Filed under News, PAS

Dr Haron Din dilantik Mursyidul Am PAS yang baharu

 

10999889_10206358526071374_3164350011332392704_nKUALA LUMPUR: Datuk Dr Haron Din dilantik sebagai Mursyidul Am PAS yang baharu bagi menggantikan Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Demikian dimaklumkan Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau berkata, pelantikan Dr Haron yang sebelum ini adalah Timbalan Mursyidul Am PAS itu diputuskan sebulan suara pada mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 8 Mac lalu di Pejabat Agung PAS, di sini.

Menurut beliau lagi, pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakob dipilih sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS menggantikan tempat Dr Haron Din.

Katanya, anggota-anggota dalam Majlis Syura Ulamak yang lain tidak berubah. -HARAKAHDAILY 11/3/2015

Leave a comment

Filed under News, PAS

Tuan Guru Mursyidul ‘Am PAS kembali ke rahmatullah: Kenyataan Media PAS Sabah

10968351_783858838372443_5400339287013130002_n

PAS Sabah merakamkan rasa dukacita dan takziah kepada ahli Parlimen Pasir Mas YB Nik Abduh bin Nik Abdul Aziz, ahli keluarganya, seluruh rakyat Kelantan dan ahli PAS atas pemergian Musyidul Am PAS Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat yang kembali kepangkuan Allah SWT pada 12.2.2015.

Kehilangan dan pemergiannya pasti sukar dicari ganti. Jasanya kepada umat Islam di Malaysia khususnya dan dunia Islam amnya akan dikenang selama-lamanya.

PAS Sabah berharap semua umat Islam di Sabah mendoakan keampunan dan keredhaan Allah kepada Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin.

PAS Sabah juga berharap agar semua pemimpin Islam di Sabah dapat mencontohi kezuhudan dan keperibadian Tuan Guru Nik Aziz yang tidak mementingkan harta dan pangkat semasa menjadi Menteri Besar Kelantan selama 23 tahun. Beliau merupakan ikon politik dan diterima semua kaum tanpa mengira agama. Beliau juga telah menunjukkan sifat seorang muslim sejati dan integriti yang amat tinggi.

Terima kasih.

HAMID ISMAIL

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sabah

13 Februari 2015

Leave a comment

Filed under News, PAS, Press Statement

MINGGU KEHARMONIAN AGAMA SEDUNIA: KENYATAAN MEDIA PAS SABAH

10968101_10206100745467020_982850813_n

Sempena meraikan Minggu Keharmonian Agama Sedunia yang diadakan setiap minggu pertama Februari, PAS Sabah mencadangkan agar semua tempat ibadat di Sabah untuk menyebarkan mesej keharmonian antara antara agama dan muhibah pada minggu ini. Ini untuk menggalakkan keharmonian antara semua rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.

PAS Sabah menyambut baik Minggu Keharmonian Agama Sedunia yang disambut di seluruh dunia kerana agendanya ialah untuk menekankan pemahaman dan dialog antara agama yang merupakan asas bagi memupuk budaya keamanan. Acara ini amat sesuai di negara kita yang mempunyai rakyat berbilang bangsa yang menganut pelbagai agama.

Kerajaan negeri Sabah patut menjadikan Minggu Keharmonian Agama Sedunia, yang diiktiraf dalam resolusi Perhimpunan Agung Perhimpunan Bangsa Bersatu pada 20 Oktober 2010, sebagai acara tahunan kerana rakyat negeri Sabah merupakan rakyat yang sangat bertoleransi dalam hal-hal keagamaan berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Contoh yang terbaik adalah pembinaan 3 tempat ibadah iaitu masjid, kuil dan gereja di Bukit Padang yang terletak sangat berdekatan antara satu sama lain. Malah saya mendapat tahu bahawa apabila tiba solat Jumaat di masjid tersebut, para muslimin dibenarkan untuk meletakkan kereta mereka di kawasan tempat ibadah lain dan ini telah berlaku sejak bertahun lamanya. Dalam majlis perkahwinan orang bukan Islam pula, tuan rumahnya menyediakan menu halal bagi tetamu beragama Islam. Biarlah kita menjadi negeri contoh kepada kewujudan toleransi dalam agama di negara ini.

Sesuai dengan sambutan ini, saya dengan ini menyatakan bahawa PAS Sabah tidak dan tidak akan menyokong kumpulan pengganas yang menggunakan nama Islam, seperti Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS). Jihad dan keganasan adalah dua perkara berbeza. Sehubungan dengan itu, PAS Sabah mengutuk pembunuhan yang dilakukan oleh ISIS termasuklah pembunuhan seorang juruterbang tentera Jordan dan 2 orang wartawan Jepun baru-baru ini.

Terima kasih.

HAMID ISMAIL
Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Sabah
06 Februari 2015

Leave a comment

Filed under News, PAS, Press Statement

Kenyataan Media PAS Sabah : Pemburuan Haram

hamidismail1.  PAS Sabah memandang serius kegiatan memburu secara haram di hutan-hutan simpan di Sabah seperti yang dinyatakan oleh Pengarah Hutan Sabah Datuk Sam Mannan dalam satu surakhabar tempatan isu 28.1.2015.

2. Walau pun saya menyokong cadangan untuk meminda undang-undang mengetatkan kemasukan ke hutan-hutan simpan bagi mengawal kegiatan memburu, saya tertanya-tanya apakah yang berlaku pada undang-undang khas berkenaan kegiatan-kegiatan pemburuan secara salah iaitu Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997? Enakmen tersebut mempunyai peruntukan-peruntukan berkenaan perlindungan haiwan dan pemburuan. Sebagai contoh, seksyen 16 tersebut memjadikan pemburuan binatang di kawasan perlindungan hidupan liar satu kesalahan yang boleh dihukum, jika didapati bersalah, dengan denda sebanyak RM50,000.00 atau penjara 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Sementara seksyen 25 sehingga 27 menyatakan haiwan-haiwan yang boleh dan tidak boleh diburu sama ada secara halangan mandatori atau dengan kebenaran. Kerisauan utama saya ialah – Jika undang-undang spesifik berkenaan pemburuan haram sudah ada, mana pelaksanaannya? Jika undang-undang spesifik tidak dilaksanakan, pindaan terhadap undang-undang lain yang berhubungkait dengannya adalah tidak berguna.

3. Datuk Sam Mannan menyatakan bahawa pemburuan hidupan liar di Sabah sudah mencapai tahap pandemik atau huru hara, seperti dibuktikan melalui kes-kes yang dijumpai, terutamanya, di dalam Hutan Simpan Ulu Segama-Malua dan Danum Valley, kawasan penampan Maliau Basin dan kawasan-kawasan perlindungan yang melindungi saki baki hutan asli dan hidupan liar Sabah. Berdasarkan perkara ini, PAS Sabah dengan rasa penuh rasa rendah diri memohon Pengarah Hidupan Liar Sabah untuk menerangkan di media massa tentang langkah-langkah yang telah diambil oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah untuk menghalang dan memberhentikan aktiviti-aktiviti pemburuan haram di hutan-hutan simpan dan untuk melindungi haiwan-haiwan daripada pemburu-pemburu haram. Jika tindakan-tindakan telah diambil, mengapa keadaan telah menjadi pandemik, seperti yang dinyatakan oleh Datuk Sam Mannan?

4. Datuk Sam Mannan juga menyatakan bahawa penjenayah-penjenayah utama yang berskala besar dalam buruan haram telah dikenalpasti dan maklumat mengenai mereka termasuklah bukti-bukti modus operandi mereka telah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. Peranan pemburu asing and serbuan tahunan oleh sebuah kampong juga disebut oleh beliau. Persoalannya sekarang – Adakah pihak-pihak berkuasa, terutamanya Jabatan Hidupan Liar, telah mengambil tindakan terhadap mereka?

5.  Saya masih ingat kes 13 ekor gajah pygmy Borneo yang ditemui mati di Hutan Simpan Gunung Rara dalam bulan Januari 2013. Pihak polis mengesyaki gajah-gajah tersebut diracun. Tetapi apa yang sebenarnya berlaku kepada mereka dan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah untuk mengelak kejadian seumpama itu berlaku semula? Penjelasan daripada pengarah atau pegawai-pegawai dari jabatan hidupan liar dalam perkara ini amat dihargai.

6. Saya memahami risiko keselamatan yang dihadapi oleh para pegawai Jabatan Perhutanan dan Jabatan Hidupan Liar. Jika itu satu masalah, kedua-dua jabatan boleh memohon bantuan pihak polis. Saya dapati dalam bulan April 2009, sebuah kumpulan pemburu-pemburu menyerang secara ganas satu kem jabatan yang terletak jauh di pedalaman di Ulu Segama  yang menyebabkan seorang pegawai kanan cedera parah dan. Hasil dari kejadian ini, pihak polis telah meletakkan anggota-anggota General Operations Force dalam bentuk rotasi di hutan simpan. Pihak polis juga telah meluluskan permohonan Jabatan Perhutanan Sabah untuk memberi senjata kepada anggota-anggotanya bagi tujuan perlindungan. Oleh itu, saya percaya pihak polis sentiasa bersedia untuk membantu kedua-dua jabatan. Secara perundangan, seksyen 2 Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar mendefinasikan “pegawai yang dibenarkan” termasuk, antara lainnya, seorang anggota polis. Maka, tidak ada alasan untuk tidak memohon bantuan pihak polis.

7. Saya berharap kerajaan negeri dapat mempertimbangkan perkara serius ini. Tolong lindungi dan pelihara haiwan-haiwan hidupan liar kita untuk generasi masa hadapan. Jika tidak, siapa lagi? Kita mesti hentikan pembunuhan haiwan-haiwan hidupan liar dengan segera.

8.  Terima kasih.

 

Bertarikh 29 Januari 2015

HAMID ISMAIL

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sabah

Leave a comment

Filed under News, PAS, Press Statement

SEMPADAN SABAH: KENYATAAN MEDIA PAS SABAH

 

1555462_774166859341641_1538628388261862143_n

 

KENYATAAN MEDIA

1. PAS Sabah merasa sangat terkejut dengan kenyataan Gabenor Utara Kalimantan, Dr H Irianto Lambrie bahawa tidak ada tempat-tempat pemeriksaan yang teratur dibuat oleh kerajaan Malaysia di Serudong and Sungai Ular yang mengakibatkan dadah diseludup masuk ke Indonesia melalui dua lalui sempadan tersebut. Kenyataan ini dikeluarkan dalam suratkhabar tempatan isu 28.1.2015.

2. Saya mengucapkan terima kasih kepada Dr H Irianto Lambrie kerana membangkitkan isu ini. Ini adalah satu pendedahan yang menakutkan. Sabah sebagai tempat transit bagi pengedaran dadah? Saya tidak pernah memikirkan sebegitu tetapi dengan pendedahan terbaru ini, saya berpendapat ia adalah satu isu yang sangat serius yang mesti dihadapi oleh kerajaan pusat dan negeri dengan segera. Isu ini memberi kesan buruk kepada reputasi negara kita terutamanya Sabah. Saya tidak meragui bahawa Malaysia mempunyai undang-undang berkenaan pengedaran dadah yang sangat ketat, yang saya sokong. Lihat sahaja Akta Dadah Merbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati kepada pengedar dadah yang didapati bersalah. Tetapi pendedahan yang dibuat oleh sahabat Indonesia kita menunjukkan ada kelemahan yang jelas dalam usaha kita menentang masalah pengedaran dadah.

3. Apa yang mengganggu saya ialah fakta bahawa Malaysia telah bersetuju untuk membuat tempat-tempat pemeriksaan tadi 15 tahun lepas. Apa sudah jadi dengan janji itu? Siapa yang bertanggungjawap terhadapnya? Adakah Malaysia akan menunaikannya?

4. Saya dengan ini mendesak kerajaan persekutuan dan negeri untuk mendirikan tempat-tempat pemeriksaan yang telah dipersetujui dengan kadar segera. Sekiranya perjanjian tersebut dibuat secara bertulis, saya berpendapat tidak ada keperluaan bagi Presiden Indonesia untuk bertemu dengan Perdana Menteri kita bagi membangkitkan isu ini. Tidak ada juga keperluan bagi wakil dari Indonesia untuk bertemu secara rasmi dengan Ketua Menteri kita berkenaan dengannya. Saya percaya mereka sudah membaca suratkhabar tempatan atau telah dimaklumkan tentang isu ini. Sekarang adalah menjadi tugas mereka untuk melaksanakan perjanjian tersebut.

5. Nota terakhir. Saya mesti memuji agensi-agensi penguatkuasaan terbabit di Sabah yang telah melaksanakan tugas mereka dengan baik sekali dalam usaha menentang masalah pengedaran dadah di Sabah. Ini boleh dilihat melalui tangkapan-tangkapan berkenaan dadah yang membabitkan rakyat tempatan dan orang asing dalam beberapa tahun ini.

6. Terima kasih.

HAMID ISMAIL
Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah
28 Januari 2015

Leave a comment

Filed under News, PAS, Press Statement

MISI BANTUAN BANJIR PAS SABAH DI DAERAH PITAS

10403124_763142943777366_2192535770209627326_n

10402803_763142993777361_3116580654371966407_n10898157_763143087110685_845969504392461692_n

 

Sekitar misi bantuan banjir PAS Sabah di Daerah Pitas.

Pesuruhjaya PAS Sabah, Tuan Mohd Aminuddin Aling bersama Unit Amal dan MEDM Sabah menyampaikan sumbangan kepada masyarakat di Kampung Tambilidon Pitas. Turut bersama Dausieh Queck, mantan Calon PAS PRU-13 Dun Pitas, dan Penyelaras Banjir Pitas, Nemrone Loveh.

Leave a comment

Filed under News, PAS