Category Archives: Election

PAS gesa tubuh tribunal dedah kepincangan PRU13

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mencadangkan kepada Dewan Rakyat agar satu tribunal ditubuhkan bagi menyiasat kepincangan perjalanan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Bercakap sewaktu membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong semalam beliau berkata, terlalu banyak perkara yang dipertikaikan pada pilihan raya lalu yang memerlukan satu siasatan menyeluruh dari sebuah badan yang bebas.

“Kita mencadangkan ditubuhkan tribunal untuk melakukan postmortem PRU13.

“Anggota tribunal ini pula mestilah dilantik dari kalangan mereka yang diterima semua pihak,” katanya.

Menurut Ustaz Hadi, beliau yakin jika tribunal ini ditubuhkan untuk menyiasat PRU13 lalu, banyak pendedahan akan timbul berkaitan masalah yang berlaku khususnya berkaitan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ianya termasuk isu daftar pemilih yang diragui, isu pengundi warga asing dan termasuk juga isu penggunaan dakwat kekal.

Katanya, SPR juga pelu dibuat perubahan dengan membebaskan suruhanjaya itu daripada kongkongan kuasa politik pemerintah.

“Kita perlu kepada SPR yang bebas, bukan lagi SPR yang diletakkan dibawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Bila di bawah JPM kita melihat pegawai-pegawainya juga dikongkong,” katanya lagi.

Menurutnya, kerajaan perlu berani untuk melakukan perubahan termasuk reformasi sistem pilihan raya bagi memastikan demokrasi negara ini berjalan dengan adil.

Mengulas isu keputusan PRU13 lalu pula beliau berkata, PAS mengiktiraf kemenangan yang diperolehi namun pada masa yang sama menentang segala penipuan dan salah laku yang berlaku.

“Sebab itu kami datang angkat sumpah. Kami iktiraf kemenangan ini walaupun menghadapi salah laku dan penipuan.

“Ada perkara yang kita tidak iktiraf, maka berlakunya petisyen oleh pembangkang dan juga BN.

“Menunjukkan kemenangan yang tidak menyenangkan kerana masih ada amalan yang tidak betul dalam amalan demokrasi,” katanya.

Leave a comment

Filed under Election, PAS

Black 505 berlangsung aman, tanpa provokasi

KUALA LUMPUR: Himpunan aman Black 505 di Padang Merbok akan bermula jam 2.00 petang ini. Beberapa lokasi telah ditetapkan oleh penganjur untuk berkumpul sebelum begerak ke Padang Merbok.

 

Ianya termasuk Masjid Negara, pusat membeli belah Sogo, Pejabat Agung PAS, Brickfields, Universiti Malaya serta Jalan Pekeliling.

Sejak awal pagi tadi orang ramai sudah mula memasuki ibu negara untuk menyertai himpunan ini bagi membantah penipuan yang berlaku pada Pilihan Paya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Rata-rata pimpinan utama Pakatan Rakyat menyatakan komitmen untuk bersama dalam himpunan ini.

 

Antara tuntutan utama himpunan hari ini adalah mendesak kepimpinan SPR meletakkan jawatan berikutan banyak kepincangan sewaktu mengendalikan PRU13 lalu.

 

[LAPORAN LANGSUNG]

5.45pm: Penganjur mengumumkan himpunan aman Black 505 secara rasminya tamat. Bagaimanapun mereka turut memaklumkan terdapat anak muda yang akan berkhemah di Padang Merbok sehingga tuntutan agar SPR meletak jawatan ditunaikan.

 

5.25pm: Anwar Ibrahim mula berucap. Memulakan ucapan dengan laungan “undur SPR”.

Anwar turut menafikan pemergian beliau ke Indonesia untuk berjumpa Najib seperti didakwa pihak tertentu, namun katanya tujuan beliau ke sana adalah atas undangan presiden negara republik itu.

“Saya pergi atas undangan presiden Indonesia, bukan pergi berjumpa Datuk Najib. Presiden Indonesia undang saya tanya mengapa bantahan kuat pada pru13 lalu.

“Saya beri penjelasan bahawa penipuan paling besar berlaku pada PRU13 lalu (dengan) kecurangan SPR mempertahankan penguasa Umno BN,” katanya sambil menambah pertemuan tersebut berlangsung hampir sejam setengah.

Mengulas himpunan hari ini, beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat yang hadir pada hari ini.

Katanya tuntutan rakyat jelas iaitu mahu pemimpin SPR berundur.

Walau bagaimanapun katanya, tuntutan kepada SPR itu akan dibuat secara aman seperti himpunan hari ini.

“Apapun tindakan boleh kita buat, tapi kita pastikan ikut jalur yang aman, lakukan perubahan cara aman,” katanya.

Beliau juga menegaskan ahli parlimen Pakatan Rakyat tidak akan memboikot angkat sumpah di Dewan Rakyat seperti dilaporkan pihak tertentu.

Katanya, kesemua ahli parlimen Pakatan Rakyat akan hadir malah keberadaan mereka di Dewan Rakyat adalah medan untuk terus menuntut pilihan raya agar dibersihkan.

Katanya, Pakatan Rakyat akan terus melawan penipuan pilihan raya sama ada di dalam ataupun di luar dewan.

 

5.20pm: Penasihat DAP Kit Siang pula dalam ucapannya berkata, himpunan hari ini bukan himpunan mana-mana bangsa, tetapi ini himpunan rakyat Malaysia.

“Inilah the real picture rakyat Malaysia,” katanya.

Ini kerana semua kaum dan berbeza agama boleh duduk bersama kerana memperjuangkan perkara sama iaitu menuntut keadilan pilihan raya.

 

 

5.05pm: Naib Presiden PAS Salahudin Ayub pula mengambil giliran. Beliau menyatakan komitmen, sekalipun tewas pada pilihan raya lalu, namun beliau tetap akan bersama rakyat untuk berjuang menegakkan keadilan dalam negara.

“Ada orang Tionghua kata, saya dah kalah boleh pergi main filem di Homg Kong sebab muka kacak macam Jackie Chan. Tapi itu bukan pilihan saya.

“Saya tetap bersama anda semua. Saya berjanji dengan rakyat kita akan teruskan perjuangan ini. Ini perjuangan kita bersama saya tak kan berundur selagi BN tidak berundur, kita akan lawan mereka,” katanya.

 

4.55pm: Penganjur mengumumkan beberapa khemah yang didirikan oleh sekumpulan pemuda di kawasan luar himpunan di rampas dan beberapa orang dari mereka ditahan. Namun ianya belum dapat disahkan.

 

Menurut Chegu Bard, kumpulan tersebut akan mendirikan khemah di tengah-tengah himpunan.

 

4.50pm: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berucap. Beliau berkata beliau telah selesai membuat post mortem PRU14 dimana Pakatan ‘kalah lagi’ pada PRU14.

“Saya dah selesai PRU14 di mana Pakatan kalah pada PRU14,” katanya membuatkan hadirin terkedu seketika.

“Jikalau himpunan hari ini, sidang parlimen tak lama lagi, tidak merubah peranan SPR, maka setiap kali pilihan raya, kita hanya buat post mortem kenapa PR kalah,” katnya memberi penjelasan.

Menurutnya, himpunan hari ini kerana rakyat mahukan pilihan raya yang adil.

Beliau turut mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memecat pengerusi dan kakitangan SPR yang sudah diragui integriti mereka.

 

 

4.45pm: Aktivis Mahasiswa Safwan Anang turut berucap. Beliau menamakan SPR sebagai Suruhanjaya Penipu Rakyat.

Katanya, kehadiran hari ini penuh dengan kecintaan kepada negara. Mendesak SPR sedia ada meletakkan jawatan demi masa Malaysia yang lebih baik.

 

4.30pm: Penganjur melalui pengerusi majlis, Johari Abdul sekali lagi mengumumkan kehadiran terkini yang sudah mencecah 55,000 orang.

4.25pm: Datuk Mujahid Yusof sekali lagi mengulangi tuntutan 3P iaitu petisyen, persempadan semula tidak dilakukan selagi SPR tidak ditukar, dan perhimpunan aman oleh rakyat.

Katanya dengan tindakan BN yang turut mengemukakan petisyen, ianya menjelaskan bahawa BN juga tak percaya kepada SPR.

4.22pm: Nurul Izah turut mengeluarkan desakan sama agar semua kepimpinan SPR meletak jawatan.

Katanya, perhimpunan hari ini bukan sekadar politik semata-mata tetapi memperjuangkan masa depan lebih baik.

“Keberanian anda mengubah masa depan kita. Kita adalah patriot sebenar, berjuang membina masa depan lebih baik,” katanya

 

4.20pm: Penganjur mengumumkan ketibaan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir bersama isteri Datuk Seri Wan Azizah.

Pengumuman itu disambut sorakan oleh puluhan ribu peserta yang hadir.

 

4.18pm: Ahli Parlimen Kuala Kerai Dr Hatta Ramli berkata, rakyat tidak boleh memafkan segala penipuan yang dibuat oleh SPR.

“Tiada maaf bagimu. Tan Sri Aziz mesti letak jawatan.

“Sudah ada bayang-bayang bahawa himpunan Black 505 sebelum ini mendatangkan kesan.

“Bunyi-bunyinya pengerusi SPR akan ditukar. Namun hari ini memuktamadkan bahawa pengerusi SPR memang perlu ditukar,” katanya.

 

4.15pm: Naib presiden PAS Husam Musa dalam satu kiriman SMS dilapor berkata beliau ditahan dan dibawa ke balai polis Ampang.

Katanya, beliau ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

 

Ianya dipercayai ada kaitan dengan kenyataannya berhubung mati syahid.

 

Penganjur turut mengesahkan turut menerima laporan penahanan itu.

 

4.10pm: Pengerusi Jihad For Justice Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim berucap. Beliau menarik perhatian peserta dengan dua buah lagu tamil yang bertajuk “Umno curi”, dan “Rosmah buka pintu”.

4.00pm: Sekarang, wakil-wakil NGO mula berucap. Pada masa yang sama penganjur mengumumkan kutipan dana untuk petisyen PRU13.

 

3.55pm: Peserta tersentak apabila Nizar secara tiba-tiba mengumumkan kehadiran ‘YAB’ Rosmah Mansor. Ketika itu adalah kehadiran Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan isteri Normah Alwi.

Pengumuman itu sekaligus menyeyapkan seketika suasana bising sebelum itu.

3.50pm: Bekas MB Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin turut berucap. Beliau menceritakan berhubung lapan petisyen yang dikemukakan PAS Perak.

Katanya terdapat bukti dalam satu Dun terdapat 10 orang yang ada sijil kematian, tetapi direkodkan ‘bangun’ mengundi pada 5 Mei lalu.

“Ada juga kes dalam satu Dun di mana 74 pengundi yang ada dalam projek IC Sabah mengundi ke Perak pada 5 Mei lalu.

“Ada juga bukti borang 14 yang diwarta SPR tidak sama dengan borang 14 yang diberikan kepada polling agent,” katanya.

 

3.40pm: Ahli Parlimen Subang R.Sivarasa berucap. Katanya, keberanian rakyat turun hari ini kerana sedar hak berhimpun secara aman termaktub dalam perlembagaan dan tiada pihak boleh menghalang hak tersebut.

Beliau juga berkata, himpunan ini juga kerana mahu mengusi ‘penipu’ dalam SPR.

Penipuan tersebut termasuk janji dakwat kekal yang tidak kekal.

“Kita datang petang ini ada tuntutan yang jelas. Kita ada penipu dalam SPR. Penipu utama pengerusi SPR, penipu lagi besar adalah timbalan pengerusi SPR

“Mereka beli dakwat kekal yang tidak kekal. Apa kita boleh anggap kepada mereka ini? Penipu…

“Apa kita nak buat kepada mereka ini? Kita Desak mereka letak jawatan…,” katanya.

 

3.35 pm: Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan berucap. Beliau mendeklamasikan sebuah sajak khas berkisar 505 sebagai detik hitam demokrasi Malaysia.

 

Beliau turut menyifatkan pemimpin SPR sevagai ‘lembaga hitam’ yang perlu meletak jawatan.

 

3.27pm: Mazlan Aliman dalam ucapannya pula berkata, bantahan rakyat akan dibuat secara berterusan selagi mana pimpinan SPR tidak diubah.

“Meskipun BN mendabik dada mendapat mandat rakyat tetapi hakikatnya mandat mereka adalah tipu dan palsu

“Penegasan kita selagi mana SPR tidak diubah kita lawan tetap lawan, lawan sampai menang,” katanya.

 

3.25pm: Giliran Nik Nazmi berucap. Beliau memulakan ucapan dengan merakam ucapan terima kasih kepada peserta yang hadir. Ucapan sama ditujukan kepada pasukan keselamatan yang memberi kerjasama baik kepada penganjuran himpunan hari ini.

“Pasukan keselamatan tidak menghalang kita, yang mahu halang kita adalah menteri Umno BN,” katanya.

 

3.20pm: Wakil NGO Royalti dijemput berucap. Presiden R, Nazri Deraman mengulas hak pembayaran royalti yang dinafikan oleh kerajaan Pusat.

Katanya hak mendapat royalti juga telah dinafikan apabila berlaku penipuan pada pengundian PRU13 lalu.

3.15pm: Johari Abdul mengumumkan jumlah kehadiran di Padang Merbok setakat ini mencecah 30,000 orang yang terdiri dari pelbagai kaum.

Masih ramai lagi kumpulan yang sedang menuju ke sini.

 

3.10pm: Pengerusi majlis mengumumkan ketibaan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat di pentas utama antaranya Ustaz Idris Ahmad, Nasrudin Hassan, Nik Abduh, Salahudin Ayub, Nurul Izzah, Siti Zailah, Datuk Raja Kamarul Bahrin serta selebriti Abby Abadi.

 

3.00pm: Khalid Samad mula berucap. Ucap terima kasih kepada rakyat yang berani hadir walaupun diugut dengan kenyataan-kenyataan bersifat provokasi untuk menakutkan rakyat.

“Tapi hari ini kita buktikan kita masuk ke sini dengan aman,” katanya.

Dulu katanya, rakyat disembur dengan gas, rakyat dihalang, tetapi kini kerajaan mula sedar dengan kekuatan rakyat.

Beliau turut mengulangi tuntutan himpunan hari ini iaitu mendesak seluruh pimpinan SPR meletak jawatan dan diganti dengan kepimpinan baru

“Kita juga minta semua kawasan yang ada petisyen sama ada dari Pakatan atau dari BN, buat balik pilihan raya kecil selepas pimpinan SPR baru dilantik,” tegasnya.

Satu lagi tuntutan adalah jangan membuat persempadan semula selagi kepimpinan baru SPR tidak ditukar.

“Kalu tidak persempadanan ini hanya akan dibuat untuk memberi kemenangan Umno BN sahaja,” katanya.

2.50pm: Laungan Aziz penipu bergema di Padang Merbok. Laungan itu diketuai Johari Abdul selaku pengerusi majlis hari ini.

 

2.45pm: Bekas Speaker Dun Perak, Sivakumar berucap di pentas utama. Menyingkap kembali peristiwa rampasan kuasa di Perak selepas PRU 2008 lalu. Beliau turut menceritakan kembali peristiwa beliau diusung keluar dari Dun Perak dan dikurung sewaktu BN mahu melantik speaker baru.

Beliau turut menegaskan, Pakatan Rakyat Perak juga menang undi majoriti berbanding BN. Persidangan Dun Perak akan datang juga katanya tentu panas dengan kekuatan wakil rakyat Pakatan Rakyat.

 

2.40pm: Padang Merbok- Sudah ramai peserta tiba dan memenuhi Padang Merbok. Di atas pentas utama, ucapan sudah dimulakan.

Badrul Hisham Shahrin bersama Datuk Johari Abdul mempengerusikan majlis. Beberapa pimpinan Pakatan bergilir-gilir berucap sambil menunggu kumpulan dari beberapa kawasan lain tiba.

 

2.35pm: Peserta dari Masjid Jamek juga kini bergabung dengan peserta dari Sogo menuju ke Padang Merbok.

 

2.30pm: Orang ramai yang membeli belah di Jalan Tar teruja merakam gambar peserta himpunan di kaki lima kedai.

 

2.25pm: Dianggarkan lebih 5,000 peserta kini bergerak dari Sogo selepas bergabung dengan kumpulan dari Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut.

 

2.20pm: Masjid Negara- Crowd masjid negara sudah bergerak dan bergabung dgn crowd dr jln sultan. Memimpin kumpulan dari Sini adalah Dr Dzulkefly Ahmad.

2.15pm: Sogo- Hidup hidup rakyat. Tumbang tumbang umno bn. Undur undur spr. Terus bergema di dpn Sogo. Wpun panas para peserta tidak berganjak dn terus mendgr amanat yg di sampaikan oleh para pimpinan PR.

Peganjur terus mngingatkan para peaerta himpunan aman agar menjaga tatatertib dan tidak pedulikan sbrg provokasi yg ditimbulkan.

Mereka turut dipesan agar mengelakkan provokasi kerana ini adalah himpunan aman.

Para pegguna jln raya membunyikan hon sbaik tiba di dpn sogo sbg nyatakansokongan kpd himpunan black 505. Para peserta kini bersedia bergerak ke Padang Merbok.

 

 

2.10pm: Kumpulan dari Pejabat Agung PAS kini sedang melepasi bangunan Maju Juntion menuju ke pusat membeli belah Sogo

Exco pemuda PAS, Sany Hamzan mengetuai laungan takbir dan jatuh SPR.

Tiga buah motorsikal berkuasa besar jadi marshal di hadapan. Crowd Jalan Raja Laut akan bergabung dengan crowd di Sogo.

 

2.10pm: Pejabat PAS – Laungan hidup rakyat, hidup keadilan, SPR letak jawatan serta takbir bergema sepanjang perjalanan dari Pejabat Agung PAS yang bermula sebentar tadi.

Unit Amal turut membuat benteng manusia dan pihak polis beri kerjasama baik mengawal lalulintas.

 

2.05pm: Brickfield – Naib Presiden PKR Nurul Izzah berucap sebelum mengetuai kumpulan di sini untuk bergerak ke Padang Merbok. Beliau membidas kenyataan ketua polis KL bahawa himpunan hari ini mahu mencetuskan huru-hara.

Beliau juga menyatakan komitmen untuk membawa isu kepincangan PRU13 lalu ke Dewan Rakyat termasuk mendesak bos SPR meletakkan jawatan.

 

Turut serta bergerak dari sini adalah aktivis Bersih, Hishamuddin Rais.

 
2.00pm: Masjid Negara – Dr Dzulkefly berucap. Beliau berkata jika kepimpinan SPR tidak bersedia utk turun, rakyat akan pastikn bos suruhanjaya itu diturunkan.

Beliau juga mengharapkan pilihan raya semula diadakan jika mana-mana petisyen yg difailkan mempnyi bukti munasabah.

 

 

1.58pm: Pejabat PAS – Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dilihat ketuai kumpulan peserta yang memulakan perjalanan ke Padang Merbok. Turut serta di barisan hadapan, Ustaz Nasrudin, Dr Syed Azman, Ustaz Idris Ahmad, Ustazah Nuridah Saleh.

Ustaz Ghani Shamsudin mengetuai bacaan doa sebelum bergerak.

1.56pm: Masjid Negara- Dr Rani sedang berucap, memulakan ucapan dengan penghargaan kepada rakyat Selangor kerana memilih Pakatan Rakyat di negeri tersebut.

 

 

1.55pm: Petugas di Pejabat Agung PAS mengagihkan air mineral kepada peserta buat bekalan sepanjang perjalanan ke Padang Merbok.

1.50pm: Masjid Negara- Selesai solat. Para peserta mula turun semula berkumpul di dataran masjid. Menunggu arahan dari pimpinan untuk memulakan perjalanan ke Padang Merbok.

 

 

1.45pm: Pejabat PAS- Unit amal di Pejabat Agung PAS bersiap sedia untuk mengetuai peserta berjalan ke Padang Merbok. Pengerusi DHPP Hu Phang Cow turut bergerak dari sini.

 

 

1.40pm: Sogo – Skrg ini pesrta semakin ramai membanjiri kawasan hadapan Sogo. Dianggarkan lebih 1000 orang sudah berada di sini. Mrk dijangka akan bergerak ke Padang Merbok jam 2.30 petang ini.

 

1.35pm: Masjid Negara- Peserta kini sedang menunaikan solat Zohor berjemaah di masjid. Dijangka mereka akan bergerak sejurus selesai solat menuju ke tempat himpunan Black 505 di Padang Merbok kira-kira 2 kilometer dari Masjid Negara.

1.30pm: Pejabat PAS- Rata-rata kenderaan yang lalu di hadapan Pejabat Agung PAS membunyikan hon tanda sokongan kepada mesej himpunan hari ini.

 

 

1.25pm: Sogo- Dr.mujahid berucap dalm tiga bahasa, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Arab. Beliau berkata himpunan ini bukan krn Anwar bkn krn PR tetapi utk masa depan generasi anak cucu kita. Menurutnya, rakyat Malaysia tidak mahu anak cucu terus ditipu dgn SPR.

 

Dr Mujahid berucap di hadapan Sogo.

 

Malah kata mujahid kwsn yg dipertikaikan harus diadakan pilihan raya semula. Menurutnya Pakatan Rakyat ambil pendekatan 3P iaitu Petisyen, Parlimen (bantah persempadan semula) dan Perhimpunan aman.

Katanya kita memang bersabar dgn apa yg berlaku tetapi dalam bersabar kita juga mendesak SPR letak jawatan dan pilihan raya diadakan semula di kawasan yang diragui.

 

1.20pm : Sogo- Para peserta masing2 membawa sepanduk yg tertera mesej mgecam spr. Masing2 memakai bju hitam dgn kain lilit di kepala yg tertera tulisan Blackout 505.

 

 

1.15pm – Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub serta Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan serta Datuk Raja Kamarul Bahrin dijangka akan bergerak dari Pejabat Agung PAS.

 

 

1.10pm : Sogo – Suasana aman. Kira-kira 300 orang sedang berkumpul di sini. Ketika ini peserta himpunan sdg mendegar ucapan drpd pimpinan yg di mulakan oleh pimpinan AMK.

Kelihatan pihak polis sdg mgawal keadaan. Peserta sdg mnggu arahan utk bergerak ke Padang Merbok bila-bila masa shj.

 

 

1.05pm : Pejabat PAS – Lebih 200 peserta Black 505 sudah berkumpul di hadapan Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut sementara menunggu untuk berjalan-jalan beramai-ramai ke Padang Merbok sebentar lagi.

Menurut Anggota keselamatan Unit Amal, Abg Cham, mereka akan mula berjalan beramai-ramai selepas menunaikan solat Zohor di situ.

 

Dr Rani dan Azmin Ali tiba di Masjid Negara.

 

1.00pm : Masjid Negara– Org ramai sudah memenuhi ruang di Masjid Negara, gerai-gerai jualan juga dibuka
keadaan masih terkawal sementara menunggu waktu zohor.

Pimpinan yang sudah kelihatan tiba setakat ini, pengarah himpunan black 505, Datuk Johari Abdul.

Selain beliau, pimpinan yang ditetapkan mengetuai kumpulan di sini adalah AJK PAS Pusat, Khalid Abdul Samad.

 

Leave a comment

Filed under Election, General, News, PAS

Semua perlu sertai Black505 22 Jun – Husam

 

KOTA BHARU: Para pimpinan PAS menggesa seluruh ahli dan penyokongnya agar turun ke Kuala Lumpur 22 Jun ini bagi menyertai perhimpunan terakhir Black505.

“Keputusan untuk menyertai himpunan ini bukan keputusan Husam Musa, bukan keputusan Haji Mohamad Sabu tetapi keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat untuk menyokong Blackout505,” kata Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa (gambar).

Sehubungan dengan itu, beliau menggesa semua para pemuda agar jangan ragu untuk menyertainya.

“Andaikata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya Allah ia adalah syahid fi sabillah,” tegas Husam Musa.
Tetapi, kata Husam, tidaklah menjadi niat PAS untuk terkorban dalam perhimpunan ini.

“Niat kita adalah penipuan pilihan raya mesti dihentikan dan sesiapa terlibat dengan penipuan ini mesti menerima tanggungjawabnya sekarang dalam sistem politik negara ini,” tegas Husam.

“Kita boleh redha dengan kekalahan kita tetapi kita tidak diizinkan untuk redha dengan penipuan dan maksiat.

“Ini dua perkara yang berbeza. Kita boleh terima hakikat takdir yang telah ditentukan tetapi kalau penipuan demi penipuan, tiap-tiap kali pilihan raya Umno menang hanya dengan penipuan, wajib kita orang Islam tegak berdiri menentangnya,” tegas beliau.

Menurut Husam, semua pihak dalam Pakatan Rakyat tidak boleh berdiam diri dengan penipuan yang dilakukan dalam pilihan raya umum lalu.

“Kalau kita berdiam diri kerana telah menang menguasai kerajaan (negeri), kita pengkhianat kepada perjuangan,” kata Husam.

Sehubungan itu beliau bersyukur kerana semua hadir dalam pertemuann yang diadakan ini termasuk wakil kerajaan negeri Kelantan iaitu Datuk Ahmad Yakob.

Beliau yakin undi yang diberikan oleh penyokong adalah untuk perjuangan bukan untuk mana-mana individu.

Husam juga menjelas, tujuan diadakan himpunan Black505 adalah untuk mencegah kemungkaran sebagaimana yang diminta oleh Allah.

Oleh itu, katanya, rakyat perlu bangkit menentangnya bagi memastikan penipuan tidak lagi berlaku dalam pilihan raya ke 14 dan 15 nanti.

Dalam ucapan itu juga, Husam berkata, tidak mustahil Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan dalam masa terdekat.

“Kalau pengerusi SPR tak nak letak jawatan, Najib kena letak jawatan. Kalau kedua-dua letak jawatan, Alhamdulillah, itu lagi baik.

“Atas sebab itu, tidak mustahil Najib letak jawatan,” tegas Husam.

Bagi beliau, dalam PRU 13 yang penuh dengan penipuan itu, orang yang paling kecewa adalah Najib kerana dengan perbelanjaan yang begitu besar, dengan penipuan yang diatur begitu rapi, kenangkitan rakyat melalui peti undi lebih besar dari yang dijangkakan.

“Kerana itu dia kecewa. Dalam politik moral, politik akhlak dan maruah, Datuk Seri Najib yang menang minoriti tidak layak untuk memimpin rakyat,” tegas beliau.

Atas dasar itulah, katanya, himpunan Blackout505 akan diadakan di Kuala Lumpur 22 Jun ini bagi menuntut perubahan di negara ini.

Leave a comment

Filed under Election, General, News, PAS

DPPM sokong himpunan Black 505 diteruskan

dpmmjpg

 

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini menyatakan sokongan terhadap mana-mana badan yang menentang dan membantah penyelewengan pilihan raya umum.

Sokongan itu dinyatakan Ketua Pemudanya, Ustaz Nasrudin Hassan pada sidang media di Pusat Media PAS, Jalan Raja Laut, hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan sayap itu.

Nasrudin berkata, sokongan itu dinyatakan kerana pihaknya berpandangan pilihan raya perlu dilaksanakan dengan adil dan telus, tanpa sebarang penyelewengan dan salah laku.

“Kita menerima apa sahaja keputusan yang diputuskan rakyat jika pilihan raya itu dijalankan dengan adil dan tanpa salah laku. Kalah menang dalam pertandingan itu kita terima,” kata beliau kepada media.

Justeru, beliau menyatakan sokongan kepada himpunan Black 505 yang akan diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur, 22 Jun ini.

Sementara itu, menyentuh soal larangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggunakan Padang Merbok untuk perhimpunan pada tarikh tersebut, Nasrudin hanya menyerahkan kepada pihak penganjur.

“Kita serahkan kepada penganjur. Jika mereka meneruskan himpunan aman itu di situ, kita teruskan. Begitu juga jika mereka pinda tarikh atau sebagainya,” tegas beliau.

Dalam pada itu, Pemuda PAS turut menumpukan perhatian khusus berhubung daftar pemilih dan undi awal bagi persiapan sayap itu menghadapi pilihan raya umum ke-14.

Katanya, penumpuan itu akan diberikan bersama jawatankuasa postmortem
yang dibentuk Jabatan Pilihan Raya Pemuda PAS yang turut memberi input kepada jawatankuasa postmortem di peringkat pusat.

Sidang media itu turut disertai Timbalan Ketua Pemuda, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz, dan Setiausaha, Khairul Faizy Ahmad Kamil.

Leave a comment

Filed under Election, News, PAS

60 petisyen cukup jelaskan p’raya tidak telus

KUALA LUMPUR: Jumlah 60 petisyen yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak iaitu Pakatan Rakyat dan BN cukup untuk membuktikan bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu dicabar dari sudut ketelusannya.

Ianya juga sekaligus mencabar kredibiliti kepimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengendalikan pilihan raya baru-baru ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, biarpun sukar untuk mendapat kemenangan dari petisyen yang telah dikemukakan, namun tindakan itu bagi PAS sekurang-kurangnya mahu menunjukkan bahawa pilihan raya lalu itu banyak kepincangan.

“Petisyen ini bukan satu perkara yang mudah untuk kita menang. Sebab itu saya tidak mahu membuat andaian melalui petisyen ini boleh berubah kerajaan.

“Petisyen ini, dalam sejarahnya sehingga kini tidak mudah untuk PAS menangi petisyen. Proses petisyen ini kita kemukakan paling kurang pun nak tunjukkan berlakunya rasuah, dan tidak telus dalam pilihan raya lalu.

“PAS ingin menunjukkan perjalanan pilihan raya ini tidak telus dan tidak adil. Sekurang-kurangnya PAS boleh buktikan itu walaupun mungkin kita tidak menang dalam satu-satu kes,” katanya dalam satu temubual dengan Harakah.

Untuk rekod, sehingga tempoh petisyen yang berakhir kelmarin, sebayak 60 petisyen telah dikemukakan.

Dari jumlah itu, 39 adalah dikemukakan oleh Pakatan Rakyat manakala 21 oleh BN.

Daripada jumlah 39 yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat itu pula, PAS mengemukakan 16 petisyen masing-masing empat parlimen dan 12 Dewan Undangan Negeri (Dun).

Mengulas tindakan BN yang turut mengemukakan petisyen, Mustafa berkata ianya sekaligus menunjukkan ada yang tidak betul dalam pengendalian pilihan raya oleh SPR.

“Ini juga menunjukkan banyak benda yang tidak betul dalam SPR ini sehingga menyebabkan banyak petisyen difailkan.

“Apabila BN juga mengemukakan bukti, mungkin mereka juga mahu menunjukkan rasa tidak berpuas hati,” katnya lagi.

Sehubungan itu katanya, maka sudah sampai masanya SPR secara keseluruhanya dirombak dengan diganti oleh kepimpinan baru yang lebih berintegriti dan diyakini oleh parti-parti politik yang bertanding.

Dalam keadaan sekarang ini jelasnya, pihak Pakatan Rakyat dan juga BN nampaknya sudah tidak lagi percaya dengan integriti SPR dan ianya boleh dilihat dengan jumlah petisyen yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak.

“Tuntutan Pakatan Rakyat agar pengendali SPR iaitu Pengerusi dan Timbalan Pengreusinya serta jawatankuasa SPR yang lain mesti meletak jawatan dan digantikan dengan individu yang baru, yang lebih berintegriti.

“Selama SPR tidak dibuat pembaharuan, kita akan terus menghadapi masalah. Ini bermakna SPR mesti dirombak dan diberi wajah baru,” katanya.

Leave a comment

Filed under Election, General, Pakatan Rakyat, PAS

Petisyen PRU13: Pakatan Rakyat 39, BN 21

 

KUALA LUMPUR: Petisyen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang tempohnya berakhir semalam, menyaksikan sejumlah 60 petisyen difailkan sekaligus menjadi jumlah paling banyak dalam sejarah petisyen pilihan raya di negara ini.

Apa yang menarik, tindakan memfaikan petisyen yang biasanya hanya sinonim dengan pihak pembangkang, kali ini juga turut dikemukakan oleh BN.

Daripada jumlah keseluruhan 60 petisyen itu, 39 dikemukakan oleh Pakatan Rakyat manakala 21 lagi oleh BN.

Bagi Pakatan Rakyat, 39 petisyen tersebut adalah membabitkan 25 kerusi parlimen manakala 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).

Bagi BN pula, 21 kawasan yang terlibat adalah masing-masing enam parlimen dan 15 Dun.

Di Kedah, kawasan parlimen yang terbabit dengan petisyen adalah Merbok dan Kulim Bandar Baru yang dikemukakan oleh PKR, manakala tiada bagi kerusi Dun.

Di Kelantan perlimen terlibat adalah Ketereh yang dikemukakan oleh PAS, Machang (PKR), Bachok (BN), manakala bagi Dun pula, Kok Lanas (PAS), Selinsing (PAS), Ayer Lanas (PAS), Jelawat (BN), Mengkebang (BN), Gaal (BN) dan Manek Urai (BN).

Di Terengganu, tiada kerusi parlimen terlibat petisyen, tetapi kerusi Dun adalah Hulu Besut (PAS), Kuala Berang (PAS), Rantau Abang (BN) dan Teluk Pasu (BN).

Di Pahang juga tiada petisyen terlibat bagi kerusi parlimen, namun hanya satu bagi kerusi Dun iaitu Dun Cameron Highlands (DAP).

Bagi Pulau Pinang pula, parlimen terlibat adalah Balik Pulau (PKR) dan tiada petisyen bagi kerusi Dun.

Di Perak, parlimen terlibat adalah Tapah dan dua petisyen bagi Bagan Datok yang dikemukakan PKR, manakala bagi kerusi Dun adalah Selama, Rungkup, Manong, Pasir Panjang, Manjoi dan Lubok Merbau yang kesemuanya dikemukakan oleh PAS.

Bagi negeri Selangor, tiga kawasan parlimen terlibat iaitu Sabak Bernam (PKR), Sungai Besar (PAS), Kuala Selangor (PAS) manakala tiada petisyen bagi kawasan Dun.

Bagi Kuala Lumpur, parlimen terlibat adalah Setiawangsa (PKR), Titiwangsa (PAS), Lembah Pantai (BN) dan Parlimen Batu (BN).

Di Melaka, tiada petisyen yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat, manakala BN memfailkan dua petisyen iaitu bagi kerusi Parlimen Bukit Katil dan Dun Bukit Baru.

Bagi negeri Johor, parlimen terlibat adalah Pulai (PAS), Segamat (PKR), Ledang (PKR), Muar (PKR), Tebrau (PKR), Pasir Gudang (PKR), Labis (DAP), Batu Pahat (BN) manakala bagi Dun adalah Gambir (PAS), Mahkota (PAS), Nusajaya (PAS), Penggaram (BN), Parit Yani (BN), Stulang (BN) dan Puteri Wangsa (BN).

Di Sabah, parlimen terlibat adalah Kota Marudu (PKR), Beaufort (PKR) dan Pensiangan (PKR), manakala bagi Sarawak adalah parlimen Baram (PKR) dan Sarikei (BN).

Menurut Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan, jika terdapat mana-mana pihak tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan pilihan raya umum lalu, mereka boleh mengemukakan petisyen pilihan raya kepada Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa di tempat pilihan raya itu diadakan.

Seksyen 38 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5) pula memperuntuk tiap-tiap petisyen pilihan raya hendaklah dikemukakan dalam tempoh 21 hari dari tarikh keputusan dan penyata pengundian disiarkan dalam warta.

Tempoh 21 hari itu dianggap bermula pada 23 Mei lalu dan berakhir semalam.

Leave a comment

Filed under Election, News, Pakatan Rakyat, PAS

Pakatan cadang tubuh JK pantau persempadanan

drhatta4KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Pilihanraya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli memberitahu Pakatan Rakyat akan mencadangkan untuk menubuh satu jawatankuasa khusus bagi memantau persempadanan semula kawasan pilihan raya yang akan dilaksana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

 

Beliau ketika dihubungi Harakahdaily memberitahu jawatankuasa tersebut akan membuat pemantauan kawasan-kawasan yang dijangkakan berlaku persempadanan berlandaskan kepada keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lepas.

Jelasnya lagi, tumpuan turut dilakukan bagi memastikan jumlah pengundi yang tidak keterlaluan di kawasan luar bandar seperti yang berlaku di Parlimen Pekan pada PRU13.

“Kita mencadangkan akan menubuhkan satu jawatankuasa khusus bagi memantau segala cadangan yang akan dilakukan oleh SPR berhubung dengan persempadanan semula kawasan pilihan raya.

“Ada beberapa perkara khusus akan ditumpukan terutamanya berhubungan penambahan jumlah pengundi agar tidak keterlaluan terutamanya melibatkan kawasan luar bandar sebagai contoh Pekan yang bukan sebuah bandar yang besar tetapi mempunyai pengundi yang ramai,” kata beliau.

Dr Mohd Hatta yang turut memberitahu selain isu pertambahan pengundi perubahan keluasan kawasan Parlimen turut menjadi fokus utama.

Katanya, adalah suatu yang agak tidak lojik apabila kawasan parlimen itu terpaksa dilencongkan dengan begitu jauh bagi memastikan calon Barisan Nasional yang bertanding di kawsan tersebut terjamin kemenangannya.

“Kita tidak mempertikaikan apabila SPR ingin memasukkan kem tentera di dalam sesuatu kawasan parlimen tetapi adalah tidak lojik apabila lencongan yang jauh dibuat seperti Parlimen Pekan yang terpaksa memasukkan kem tentera di Kuantan bagi memastikan Perdana Menteri menang selesai di situ.

“Kita akan pastikan setiap kawasan yang teerlibat dalam persempadanan semula itu mempunyai alasan yang kukuh dan rasional sebelum ia diluluskan,” sambung beliau.

Sebelum ini, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof membayangkan pihaknya akan melakukan kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya bagi mengadapi PRU14.

Mengikut amalan setiap lapan hingga 10 tahun kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya perlu dilakukan dengan mengambil kira pertambahan penduduk.

Bagaimanapun rang undang-undang yang dicadangkan itu perlu mendapat sokongan dua pertiga anggota parlimen.

Leave a comment

Filed under Election, General, Pakatan Rakyat, PAS