PEGUAM SYARIE: KENYATAAN MEDIA PAS SABAH

11004966_10206175461694879_1333583298_nPAS Sabah mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Sabah kerana membina kompleks mahkamah syariah Sabah yang baru di sebelah Masjid Bandaraya, Likas. PAS Sabah bagaimanapun berharap agar kerajaan negeri dapat memandang serius ketiadaan kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan berkenaan penerimaan masuk dan etika peguam syarie’ di mahkamah syariah di Sabah. Semua negeri di Malaysia mempunyai kaedah dan peraturan yang dimaksudkan kecuali Sabah.

Sehingga kini di Sabah, penerimaan masuk seorang peguam muslim sebagai peguam syarie’ untuk beramal di mahkamah syariah adalah atas budi bicara sepenuhya Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sabah atau Ketua Hakim Syariah Negeri Sabah. Bagaimanapun, peguam tersebut perlu membuat permohonan terlebih dahulu. Tetapi, permohonan dan perlantikan seumpama ini adalah tidak sesuai kerana ia terbuka kepada manipulasi dan salahguna. Syarat-syarat kelulusan permohonan juga adalah tidak tetap dan berubah-ubah.

Contohnya, semasa saya pertama kali memohon untuk diterima masuk menjadi peguam syarie’, ketua pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Sabah ketika itu mewajibkan saya untuk diterima masuk menjadi peguam di mahkamah sivil di Sabah terlebih dahulu sebelum saya boleh membuat permohonan tersebut. Tetapi saya dapati ada peguam-peguam syarie’ sekarang yang tidak pernah diterima masuk menjadi peguam di mahkamah sivil di Sabah, namun permohonan mereka diluluskan.

Keadaan ini adalah amat berbeza dengan mahkamah sivil. Seorang peguam yang memohon untuk diterima masuk ke mahkamah sivil perlu mematuhi syarat-syarat ketat yang telah ditetapkan dalam Ordinan Peguam-Peguam (Sabah Cap. 2). Sebarang ketidakpatuhan kepada mana-mana syarat yang ditetapkan akan menyebabkan permohonan mereka ditolak. Malah, mahkamah tinggi akan menetapkan tarikh pendengaran permohonan tersebut dan Persatuan Undang-Undang Sabah dan Jabatan Peguam Negeri Sabah mempunyai hak untuk membantah permohonan yang melanggar syarat-syarat yang ditetapkan atau atas sebab-sebab lain. Saya percaya antara tujuan syarat-syarat ketat ini dikenakan adalah untuk memastikan bahawa hanya orang yang layak sahaja boleh diterima masuk sebagai peguam di Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak di Sabah. Mahkamah anak negeri juga mempunyai kaedah-kaedah penerimaan masuk peguam ke mahkamah mereka.

Peraturan-peraturan berkenaan etika juga perlu digubal sebagai panduan kepada peguam syarie’ dalam berkhidmat kepada anak guam mereka. Peruntukan berkenaan badan disiplin mesti dimasukkan. Jika tidak, masyarakat dan mahkamah syariah tidak mempunyai tempat untuk mengadu salahlaku etika oleh peguam syarie’. Di mahkamah sivil, para peguam adalah tertakluk kepada Peraturan (Praktis dan Etika) Peguam 1988.

Pihak yang boleh menyelesaikan isu ini, iaitu Jabatan Peguam Negeri Sabah perlu bertindak segera. Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sabah perlu lebih peka dengan isu ini dan hendaklah berkerjasama dengan Jabatan Peguam Negeri Sabah, Persatuan Peguam Muslim Sabah dan Persatuan Peguam Wanita Sabah untuk menyelesaikannya.

Saya berharap kerajaan negeri Sabah terutama Datuk Ariffin Arif yang merupakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri dan juga Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dapat berbuat sesuatu tentang isu ini demi memajukan mahkamah syariah dan perundangan Islam di Sabah.

Sekian dan terima kasih.

HAMID ISMAIL

TIMBALAN PESURUHJAYA III PAS SABAH

16.2.2015

Advertisements

Leave a comment

Filed under PAS, Press Statement

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s