MINGGU KEHARMONIAN AGAMA SEDUNIA: KENYATAAN MEDIA PAS SABAH

10968101_10206100745467020_982850813_n

Sempena meraikan Minggu Keharmonian Agama Sedunia yang diadakan setiap minggu pertama Februari, PAS Sabah mencadangkan agar semua tempat ibadat di Sabah untuk menyebarkan mesej keharmonian antara antara agama dan muhibah pada minggu ini. Ini untuk menggalakkan keharmonian antara semua rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.

PAS Sabah menyambut baik Minggu Keharmonian Agama Sedunia yang disambut di seluruh dunia kerana agendanya ialah untuk menekankan pemahaman dan dialog antara agama yang merupakan asas bagi memupuk budaya keamanan. Acara ini amat sesuai di negara kita yang mempunyai rakyat berbilang bangsa yang menganut pelbagai agama.

Kerajaan negeri Sabah patut menjadikan Minggu Keharmonian Agama Sedunia, yang diiktiraf dalam resolusi Perhimpunan Agung Perhimpunan Bangsa Bersatu pada 20 Oktober 2010, sebagai acara tahunan kerana rakyat negeri Sabah merupakan rakyat yang sangat bertoleransi dalam hal-hal keagamaan berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Contoh yang terbaik adalah pembinaan 3 tempat ibadah iaitu masjid, kuil dan gereja di Bukit Padang yang terletak sangat berdekatan antara satu sama lain. Malah saya mendapat tahu bahawa apabila tiba solat Jumaat di masjid tersebut, para muslimin dibenarkan untuk meletakkan kereta mereka di kawasan tempat ibadah lain dan ini telah berlaku sejak bertahun lamanya. Dalam majlis perkahwinan orang bukan Islam pula, tuan rumahnya menyediakan menu halal bagi tetamu beragama Islam. Biarlah kita menjadi negeri contoh kepada kewujudan toleransi dalam agama di negara ini.

Sesuai dengan sambutan ini, saya dengan ini menyatakan bahawa PAS Sabah tidak dan tidak akan menyokong kumpulan pengganas yang menggunakan nama Islam, seperti Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS). Jihad dan keganasan adalah dua perkara berbeza. Sehubungan dengan itu, PAS Sabah mengutuk pembunuhan yang dilakukan oleh ISIS termasuklah pembunuhan seorang juruterbang tentera Jordan dan 2 orang wartawan Jepun baru-baru ini.

Terima kasih.

HAMID ISMAIL
Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Sabah
06 Februari 2015

Advertisements

Leave a comment

Filed under News, PAS, Press Statement

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s