Jaminkan keamanan dan keselamatan Qaradhawi

DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG

PAS kesal dengan perancangan beragenda pihak tertentu untuk mensabitkan Presiden Persatuan Ulama Sedunia, Prof. Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi kepada dakwaan jenayah berat hingga diisytiharkan Notis Merah oleh Polis Antarabangsa (Interpol) sebagai waran tangkap ke atas beliau.download

Dakwaan tersebut jelas satu fitnah dan tuduhan melampau ke atas tokoh ulama dunia yang masyhur membawa mesej dan seruan kebertanggungjawaban, keharmonian, toleransi, keamanan, kesederhanaan, persaudaraan dan meraikan perbezaan itu.

Malah, beliau adalah tokoh yang diakui kesarjanaannya di dunia akademik serta menjadi rujukan dan panduan dunia terhadap pendirian massa umat Islam.

Demikian itu dakwaan ke atasnya adalah tidak berasas dan tidak munasabah serta tidak terbukti dengan sebarang rekod atau fakta sama ada pernah, sedang atau akan diucapkan, difikir rancang atau dilakukan beliau.

PAS melihat pengisytiharan Interpol itu satu bentuk provokasi kepada umat Islam seluruh dunia yang boleh mengundang prejudis, kesangsian dan mengundang tindak balas ekstrem pihak tertentu di luar kawalan.

PAS menggesa kuasa-kuasa Barat terutama Amerika dan sekutunya agar tidak bermain api dengan mendalangi tindakan yang boleh mencetus bahaya ini.

PAS juga menyeru agar Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) untuk segera bersidang bagi mendesak agar notis tersebut dibatalkan. Dr Yusuf mesti diisytihar bebas dari sebarang pertuduhan atau mengaitkan sama sekali dengannya kepada dakwaan tidak berasas tersebut.

Beliau wajib diberi jaminan keamanan dan keselamatan. PAS menyeru semua negara OIC khususnya Malaysia untuk segera mengisytiharkan suaka politik ke atas beliau yang pernah menerima pengiktirafan sebagai Tokoh Maal Hijrah Negara Ke-8 dari Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia.

Presiden PAS

Advertisements

Leave a comment

Filed under News, PAS, Press Statement

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s