PAS NEGERI SABAH MENYOKONG PENUH TUAN GURU PRESIDEN

Badan Perhubungan PAS  Negeri Sabah berdiri teguh dan menyokong penuh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang atas keputusan beliau berkaitan perlantikan Menteri Besar Selangor. PAS Sabah tidak berbelah bagi terhadap kewibawaan dan kepimpinan Presiden dalam memberikan pandangan dan keputusan mewakili Parti Islam Se-Malaysia terhadap isu tersebut.  Ini selari dengan Perlembagaan PAS (Pindaan 2011)

  1. Fasal 26(1)(a) Perlembagaan PAS – Tugas-Tugas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat – Presiden.
  2. Fasal 26(9)(m) Perlembagaan PAS – Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja.

PAS Sabah juga ingin memaklumkan bahawa, kami amat berbangga mempunyai seorang Presiden yang penuh dengan ketokohan dan ikhlas dalam menjalankan amanah kepimpinan selama menjadi Presiden PAS. PAS Sabah juga akan terus memberikan kerjasama dan dokongan terhadap apa juga pandangan dan keputusan Presiden selepas daripada ini.

Justeru, PAS Sabah berharap semua ahli dan kepimpinan PAS di semua peringkat agar terus mematuhi dan memberi dokongan penuh kepada Presiden.

 

‘RAHMAT UNTUK SEMUA’

USTAZ AWANG LAIMAN HJ IKIN

Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Sabah

Advertisements

Leave a comment

Filed under PAS, Press Statement

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s