PERUTUSAN KEMERDEKAAN 2014 – PRESIDEN PAS

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 
Kemerdekaan adalah suatu nikmat yang didambakan oleh setiap insan di dunia ini. Perhambaan pula adalah azab yang paling menyakitkan. Justeru itu, Islam mengarahkan agar setiap manusia hidup dalam keadaan merdeka.

 
Kemerdekaan yang sebenar ialah seperti apa yang pernah diucapkan oleh Rub’I bin ‘Amir kepada Panglima Rustam: “Allah mengutuskan kami untuk mengeluarkan sesiapa yang Ia kehendaki, daripada perhambaan kepada manusia kepada perhambaan hanya kepada Allah SWT, daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat”.

 
Justeru itu, pemilihan tema sambutan kemerdekaan oleh PAS, Malaysiaku…Minda Merdeka ada tepat dan sesuai dengan keadaan yang berlaku dinegara Malaysia sekarang kerana bukan kemerdekaan yang sebenar apabila sesebuah negara yang telah mencapai kemerdekaan tetapi masih terikat atau diikat dengan segala sistem kehidupan dan bernegara mahupun undang undang peninggalan penjajah walau yang memerintahnya adalah dari kalangan anak bangsa sendiri. Pemerintahan kita yang ada sekarang sebenarnya hanyalah peyambung misi dan visi mereka tanpa perlu mereka disini.

 
Setiap kali menyambut kemerdekaan negara, hanya nama nama seperti Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj dan Dato’ Onn Jaafar yang dinobatkan sebagai Tokoh Kemerdekaan, tanpa menafikan peranan dan jasa mereka, di sana terdapat ramai lagi tokoh tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan Negara. Nama nama seperti Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau, Tok Janggut, Dr Burhanuddin AlHelmi dan ramai lagi tidak harus dilupakan oleh generasi mendatang sebagai peyumbang kepada kemerdekaan negara.

 
Saya masih teringat kata kata Allahyarham Tok Ku Paloh, seorang Ulamak tersohor di Terengganu yang pernah menjadi penasihat kepada Sultan Zainal Abidin lll apabila ditanya oleh Tuanku Sultan tentang hasrat Inggeris untuk menjadi Penasihat kepada Tuanku Sultan bagi memajukan Negeri Terengganu, Tok Ku Paloh dengan tegas menyatakan kepada Tuanku Sultan bahawa beliau menentang sekeras-kerasnya cadangan itu sambil berkata “Inggeris apabila masuk ke bumi Terengganu, mereka bukan sahaja masuk dengan tubuh badan mereka sahaja tetapi juga membawa bersama mereka adat, budaya dan agama mereka”.

 
Saya mengucapkan syabas kepada Lajnah Penerangan Dan Hubungan Media PAS Pusat khususnya kepada Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2014 yang telah megambil inisiatif menlaksanakan program ini yang di antara programnya ialah menghayati perjuangan tokoh pejuang Islam dalam menuntut kemerdekaan dengan menjejaki tempat sejarah yang mereka tinggalkan.

 
Merdeka..! Merdeka..! Merdeka..! Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar
Sekian,
YB Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang

Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Advertisements

Leave a comment

Filed under General, PAS, Press Statement

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s