Lajnah Kebajikan PAS Sabah pohon dana Ramadan

muka4a

KUALA LUMPUR: Pemandu yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas antara sembilan kumpulan sasar yang bakal menerima sumbangan juadah berbuka puasa sepanjang Ramadan ini.

Menurut Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Negeri Sabah, Abdul Hisham Othman, program Impian Kasih Ramadan tahun ini turut meraikan ibu tunggal yang tidak berkemampuan.

Katanya, bagi petugas dan pesakit di hospital serta mereka yang berkhidmat di sektor keselamatan, sumbangan berbentuk kuih raya akan diedarkan kepada mereka terbabit sebaik selesai sembahyang sunat Aidilfitri.

“Aktiviti kita yang merangkumi fasa waktu berbuka puasa dan sambutan 1 Syawal tertumpu pada golongan MOSWA (Miskin, Orang Kelainan Upaya, Sakit, Warga Emas, Armalah) dengan sumbangan sekampit beras dan barangan keperluan asas dapur.

“Lajnah negeri juga akan menyalurkan bantuan kewangan kepada pelajar di IPT (institusi pengajian tinggi) serta tidak kita lupakan sumbangan juadah berbuka puasa dan duit raya kepada golongan murobbitun,” ujarnya pada 25 Jun lalu.

Terdahulu, Hisham dan Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling melancarkan Tabung Impian Kasih Ramadan di Pejabat Harakah, dekat sini, dihadiri Ketua Pengarang, Ahmad Lutfi Othman.

Aminuddin berharap orang ramai yang berkemampuan sudi untuk bermurah hati menghulurkan bantuan berupa wang tunai dalam membantu lajnah negeri tersebut untuk melaksanakan program dirancang.

“Agihan akan dilakukan di 25 kawasan dengan empat Kawasan dalam penajaan. Ini memerlukan banyak kos daripada segi logistik kerana faktor bentuk muka bumi Sabah,” ujar beliau.

Katanya, lajnah negeri juga akan memanfaatkan bantuan diperoleh untuk meraikan golongan berkenaan menikmati keindahan bulan Ramadan sekali gus membantu masyarakat kurang bernasib baik di Sabah.

Kerjasama buat julung kalinya dengan Harakah, tambahnya, juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan ukhuwah dan perjuangan ahli PAS dengan masyarakat setempat.

Sementara itu, Ahmad Lutfi mengharapkan pembaca Harakah dapat memberi sumbangan bagi menjayakan hasrat murni PAS Sabah itu.

“Berbanding negeri-negeri lain, saya kira Sabah amat memerlukannya. Tunjukkan keprihatinan kita di bulan penuh keberkatan ini dengan menghulur bantuan dan sokongan kepada rakan-rakan di sana,” tambahnya.

Sumbangan bagi menjayakan matlamat Program Impian Kasih Ramadan 1435 ini boleh disalurkan melalui akaun tertera:

1) Maybank 5602 1405 1832
Badan Perhubungan PAS Sabah

2) Bank Islam 1001 6010 0828 55
Tetuan PAS Negeri Sabah

Maklumat lanjut sila hubungi Pengerusi Lajnah, Abdul Hisham Othman di talian 014-8688 442 atau Bendahari, Nusri Jabbi 019-8417 171.

Advertisements

Leave a comment

Filed under General, News, PAS, Press Statement

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s