Tuntut naik royalti, Sabah bila lagi

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Sabah merakamkan ucapan tahniah kepada Dun Sarawak atas keberanian meluluskan usul 391339_399066850157543_355057369_ntuntutan royalti petroleum 20% kepada Kerajaan Persekutuan. 

“Lebih membanggakan kami adalah usul ini mendapat sokongan penuh daripada kesemua 68 orang Adun yang hadir secara sebulat suara,” kata ketuanya, Lahirul Latigu dalam satu kenyataan.

Hal ini, katanya secara tidak langsung telah membuktikan kematangan berpolitik di Sarawak terhadap kepentingan bersama dan sekaligus menjadi penanda aras tentang erti berpolitik demi kepentingan rakyat dalam sebuah kerangka demokrasi.

Namun, ujar beliau Pemuda PAS Sabah cukup hairan tatkala terdapat usul daripada pembangkang dalam sidang Dun Sabah baru-baru ini termasuk desakan 3 sayap pemuda BN sendiri iaitu PBS, PBRS dan UPKO jawapan yang diberikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman ketika ucapan penggulungan amat mengecewakan dengan menyatakan berpuas hati terhadap royalti 5% kerana terdapat peningkatan jumlah royalti diterima dari RM750.9 juta pada 2008 kepada RM975.3 juta pada 2013, atau peningkatan hampir 30 peratus dalam tempoh lima tahun.

Beliau berkata, Musa memberi contoh bagaimana pelaburan yang dibuat oleh Petronas di pembangunan Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT), projek Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP), dan tempat projek Sabah Ammonia Urea (SAMUR) memberi manfaat kepada Sabah.

“Pada kami bukan jumlah royalti atau pelaburan yang diterima itu yang patut menjadi kayu ukur tetapi bagaimana meletakkan keperluan sebenar negeri dan rakyat di samping hak sebagai tuan punya perut bumi dimana minyak tersebut dikeluarkan,” ujarnya lagi.

Menurutnya, Sabah dan Sarawak dalam keadaan ini mempunyai kedudukan yang lebih istimewa kerana memiliki autonomi tertentu sebagaimana yang telah ditetapkan dalam perjanjian Malaysia 1963. 

Tambahnya, dalam isu minyak contohnya di bawah Ordinan Tanah kedua-dua negeri ini dan North Borneo (Alteration of Boundaries) Order in Council 1954 jelas menunjukkan sempadan perairan Sabah dan Sarawak yang sepatutnya kedua-dua negeri ini mempunyai hak ke atasnya.

“Inilah yang dilakukan oleh Datuk Adenan Satim setelah ditabalkan menjadi Ketua Menteri Sarawak, meletakkan kedudukan sebenar Sarawak pada tempat yang sewajarnya sebagaimana yang telah dijamin dalam Perjanjian Malaysia,” katanya. 

Katanya, tuntutan kenaikan 20% di Sidang Dun Sarawak ini adalah dilihat sebahagian daripada usaha tersebut.

Untuk itu, kata beliau Pemuda PAS Sabah menyeru agar semua Adun di negeri itu agar lebih berani untuk mengambil tindakan yang sama bagi mengemukakan tuntutan rasmi kepada Kuala Lumpur bagi faedah seluruh rakyat di negeri itu melalui sidang Dun yang akan datang.

Advertisements

Leave a comment

Filed under News, PAS, Press Statement

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s