DMPN SABAH MENGUTUK KENYATAAN BIADAB MOHD RADZI OTHMAN MENGGELAR MUSLIMAH BERTUDUNG LABUH SEBAGAI PELACUR KELAS ATASAN

10341599_240482289473665_4436902270003861034_n

 


DMPN Sabah mengutuk kenyataan Setiausaha Ulama Muda UMNO, Mohd Radzi Othman yang menyifatkan muslimah bertudung labuh yang berdemontrasi pada 1 Mei lalu sebagai pelacur kelas atasan ,manakala lelaki yang menyokong muslimah yang bertudung labuh keluar berdemontrasi ibarat para pelanggan yang ghairah untuk merasai pelacur-pelacur yang dilanggannya.

Sehubungan dengan itu,saya mewakili
DMPN SABAH ingin menyatakan pendirian bahawa ;

1. Para muslimat diharapkan agar tidak berasa terhina dengan kenyataan biadab itu kerana janji Allah dalam al Quran bahawa kemuliaan itu bersama orang-orang yang berjuang menegakkan agamaNya. Sedangkan Saidatina Aisyah sendiri di fitnah dan dituduh pelacur oleh golongan Syiah. Ini semua adalah rencah perjuangan.

2. Kenyataan ini hanya ingin mengalih pandangan rakyat dari perkara utama iaitu rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana bakal mengalami kesusahan apabila berlaku kenaikan kos sara hidup apabila GST dilaksanakan pada 1 April 2015.

Situasi ini akan lebih menghimpit rakyat Sabah khususnya. Bukan sahaja negeri yang kaya dengan petroleum dan kelapa sawit ini terkebelakang dari segi pembangunan dan prasarana, malah harga barang juga juga lebih tinggi berbanding di semenanjung Malaysia.Kehadiran GST kelak bakal menambah kesengsaraan rakyat Sabah.

3. Ini hanyalah kenyataan dari orang yang busuk hati dan dengki dengan kebangkitan serta keberanian Muslimat PAS dalam memperjuangkan hak rakyat.

4. DMPN Sabah mendesak Mohd Radzi agar menarik balik kenyataan jahat beliau dan memohon maaf secara terbuka.

5. Sehubungan dengan ini juga, DMPN Sabah mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada muslimat-muslimat semua kaum wanita umumnya, yang turun dalam himpunan membantah GST kerana peka dengan masalah yang menimpa rakyat dan berani memperjuangkan hak .

6. DMPN Sabah juga menyokong penuh kenyataan Ketua Muslimat PAS Malaysia YB Siti Zailah Mohd Yusof yang mengutuk kenyataan biadap dan kotor setiausaha Ulama Muda UMNO tersebut.

7. Pesanan saya kepada semua, tadabburlah ayat 23-25 surah An Nur yang bermaksud;

” Sesungguhnya orang yang menuduh perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya ,yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan ,lagi beriman , akan dilaknat di dunia dan di akhirat dan mereka pula akan beroleh azab yang besar.
Pada hari (kiamat) lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri ,tentang segala yang mereka lakukan ( di dunia dahulu)
Pada hari itu Allah akan menyempurnakan untuk mereka balasan ( azab) yang berhak mereka mendapatnya dan mereka pula akan mengetahui bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Adil ,lagi nyata keadilan-Nya.

PUAN ZAITON AHMAD
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah.

Advertisements

Leave a comment

Filed under News, PAS, Press Statement

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s