Futsal: PAS Sepanggar galak anak muda bersukan

pang1

KOTA KINABALU: Pemuda PAS Kawasan Sepanggar telah menganjurkan Pertandingan Futsal Piala Yang Dipertua PAS bertempat di Kompleks Sukan Tun Adnan Yayasan Sabah.

Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Sepanggar Dr. Ali Akbar Gulasan.

Turut hadir Setiausaha Pemuda PAS Malaysia, Mohd Nasaie Ismail dan Ketua Pemuda PAS Sepanggar, Abdillah Matlin.

Menurut Dr. Ali Akhbar pertandingan futsal tersebut diadakan bertujuan menggalakkan anak muda beriadah dan bersukan.

“Selain mengeratkan lagi hubungan PAS dengan anak muda di Sepanggar, kita juga menggalakkan anak muda beriadah dan mengamalkan cara hidup sihat seperti mana disarankan dalam Islam agar tidak terjebak dengan gejala kurang sihat yang semakin membimbangkan,” ujarnya.

Sebanyak 16 buah pasukan terdiri daripada anak muda sekitar Sepanggar telah berentap dalam pertandingan futsal tersebut.

Hadiah tempat pertama berupa wang tunai RM700, medal dan hamper telah dimenangi oleh pasukan KKHS FC. Manakala hadiah tempat kedua dan tempat ketiga masing-masing RM500 dan RM300 beserta medal dan hamper.

Hadiah telah disampaikan sendiri oleh YDP PAS Sepanggar. Program berakhir pada jam 4.00 petang.

Advertisements

Leave a comment

Filed under General, News, PAS

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s