Kampung air Pulau Gaya, simpanan tetap BN tetapi…

gaya2

Berkesempatan berkunjung ke Pulau Gaya, Sabah ketika mengisi ruang dikelapangan masa dalam kepadatan acara yang diatur untuk program jelajah ‘Rehlah Ilmu Bumi Bawah Bayu’ di sekitar Kota Kinabalu, Putatan, dan Papar, saya melihat realiti kehidupan masyarakat di sana yang unik sebagai masyarakat perkampungan atas air.

Walaupun mereka hidup di pulau ini secara tak bertanah, hakikatnya masyarakat keturunan Bugis dan keturunan Filipina di sini sangat ramah serta mudah didekati.

Kehidupan berjiran dalam suasana yang harmoni berdekatan antara satu sama lain.

Berkunjung ke Pulau Gaya ini di waktu tengah hari, tak ramai kaum lelaki dewasa yang ditemui disebabkan kebanyakkan mereka sedang keluar mencari rezeki terutamanya dari sumber lautan. Sebahagian dari mereka juga ada yang bertugas di pelantar minyak dan mencari rezeki dengan berniaga di tanah besar.

Terletak dalam Dun Tanjung Aru, Parlimen Putatan,  jaraknya dari daratan hanyalah sekitar 7 minit menaiki bot. Sangat dekat dan tak sepatutnya mereka terpinggir dari arus pembangunan samada dari aspek infrastruktur dan kemanusian.

Masyarakat luar Sabah mungkin mengenali Pulau Gaya dari potensinya sebagai lokasi pelancongan, tetapi saya lebih berminat untuk menyelami kehidupan seharian penduduknya yang 99% daripada mereka adalah warga negara dan merupakan pengundi yang menjadi tunjang kekuatan BN untuk Dun Tanjung Aru.

Ketua Pemuda PAS Kawasan Putatan, Saudara Yusrizal yang selalu berulang-alik antara tanah besar dan Pulau Gaya untuk mengajar al-Quran kepada penduduk setempat menyatakan, sebenarnya Kerajaan negeri memang sengaja membiarkan kedhaifan penduduk berterusan kerana di mana wujud kemiskinan dan kesukaran hidup, di situ BN akan menjadi kuat.

Pihak kerajaan juga seolah-olah merancang  untuk menghalau mereka secara terhormat dari perkampungan air ini dan memindahkan mereka ke tanah besar supaya pulau ini boleh difokuskan sebagai lokasi pelancongan sahaja. Tetapi sebagai ‘orang laut’ dengan kehidupan yang bergantung sebahagian besarnya kepada sumber laut, tentunya kehidupan di tanah besar agak janggal bagi mereka, jelas Saudara Yusrizal lagi. Walau bagaimana terhimpit sekalipun, mereka tetap meneruskan kehidupan di sini.

Antara dilema masyarakat di sini adalah ketiadaan bekalan air bersih untuk kegunaan harian menyebabkan bekalan air perlu diangkut dari tanah besar menggunakan bot yang dijual kepada penduduk dengan kos yang agak mahal.

Satu tong berharga RM8. Setiap hari satu keluarga memerlukan purata 5 tong air untuk kegunaan mandi, memasak, mencuci dan lain-lain lagi. Bermakna untuk kos air bersih sahaja, RM40 perlu dibelanjakan dalam sehari.

Semasa kempen PRU13 yang lalu, memang pihak kerajaan ada menjanjikan untuk membina tangki air di pulau ini yang akan menyimpan air bersih yang disalurkan dari tanah besar seterusnya menyalurkannya untuk bekalan masyarakat pulau. Tangki yang dijanjikan tersebut memang dibina tetapi malangnya apabila siap, penduduk ditipu dan hanya mampu menjadi penonton kepada prasarana ini apabila bekalan airnya hanya dikhususkan untuk resort-resort pelancongan sahaja, bukan untuk penduduk.

Tepat sekali slogan rakyat diutamakan! Tentunya resort-resort pelancongan tersebut bukan milik masyarakat setempat Pulau Gaya.

Advertisements

Leave a comment

Filed under General, News

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s