PAS Putatan gigih bantu mangsa kebakaran Kg Pasir Putih

putatan3

 

Seorang kanak-kanak mangsa kebakaran Kampung Pasir Putih, Putatan mencuba uniform sekolah baru di sebuah pasaraya. 

PUTATAN: Kegembiraan jelas terbayang di wajah anak-anak mangsa kebakaran Kampung Pasir Putih, Putatan apabila mencuba uniform sekolah baru di sebuah pasaraya dekat bandar ini.

Program kebajikan yang diusahakan PAS Kawasan Putatan ini bertujuan meringankan beban yang ditanggung keluarga mangsa yang kediaman mereka musnah dijilat api dalam satu kejadian bulan lalu.

Sejumlah 14 rumah musnah dalam kejadian itu mengakibatkan 26 keluarga dengan 106 orang hilang tempat tinggal.

Kesemua mangsa adalah penduduk tempatan dan telah menetap di kampung tersebut sejak lebih 50 tahun.

Pada program tersebut, sejumlah 27 anak-anak mangsa kebakaran dibelikan pakaian baru hasil sumbangan derma orang ramai.

PAS kawasan turut menyumbangkan keperluan asas kepada mangsa kebakaran.

Sebelum daripada ini, mangsa yang ditempatkan di Dewan Kompleks Belia dan Sukan Putatan turut menerima sumbangan Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling.

Turut mengiringi Aminuddin ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Hamid Ismail serta anggota Jabatan Amal Putatan.

Kepada orang ramai yang bersimpati kepada mangsa kebakaran Kampung Pasir Putih, sumbangan boleh dihulurkan melalui akaun Maybank aktivis PAS Putatan, Bostaman Jumat no. 160184091122.

Hantarkan mesej pesanan ringkas (SMS) kepada Bostaman (011 2620 4714) atau Arwin (016 805 9172) dengan memaklumkan jumlah sumbangan.

Program bantuan untuk mangsa kebakaran diusahakan Jabatan Amal PAS Putatan dan Pusat Aduan rakyat Dun Tanjung Aru.

Advertisements

Leave a comment

Filed under News, PAS

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s