Pemuda PAS rayu sumbangan mangsa banjir Sabah

KOTA BHARU: Lajnah Kebajikan Dan Prihatin Rakyat Dewan Pemuda PAS Malaysia membuka akaun khas bagi membantu mamgsa banjir di Beuford, Keningau dan Tenok Sabah.

Pengerusinya, Muhammad Hafiz Musa berkata, orang ramai di seluruh negara di seru menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa banjir berkenaan.

“Banjir yang berlaku paling lewat akhir bulan Januari baru-baru ini mengikut gelombang banjir negara menyaksikan kemusnahan banyak harta benda.

“Pemuda PAS bersimpati dengan nasib mereka dan mengambil ketetapan untuk membantu masyarakat di sana,”ujarnya.

Sehubungan itu, sebarang sumbangan boleh disalurkan kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah melalui akaun Maybank: 560232000360.

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui  Tabung Rakyat Prihatin melalui akaun Maybank Islamik: 564025400414.

Sebarang sumbangan boleh dimaklumkan ke talian 013-9837377.

Hafiz berkata, sumbangan masyarakat di negara ini semestinya amat bernilai buat mangsa-mangsa bencana.

“Pemuda PAS Malaysia saya dahului dengan rakaman ucapan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan,”ujarnya.

Advertisements

Leave a comment

Filed under General, News, PAS

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s