Jangan api-apikan sensitiviti kaum dan agama

drkhairuddinKUALA LUMPUR: Pasca PRU13 menyaksikan banyak insiden perkauman dan agama, seolah-olah sengaja dicetuskan pihak berkepentingan, kata Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri.

Di Pulau Pinang, ujarnya rentetan daripada isu penggunaan kalimah Allah berlaku provokasi molotov cocktail di gereja dan kain rentang ‘Jesus Anak Allah’ menimbulkan ketegangan.

Sebelum ini, di Shah Alam terdapat pihak tertentu mengheret kepala lembu dan membuang kepala babi di masjid.

Tambahnya, terkini respons sebuah NGO terhadap seorang ahli politik dilihat keterlaluan yang boleh menyemarakkan api perkauman.

Justeru, ujarnya Dewan Ulamak PAS Pusat menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan tegas segera serta penyiasatan yang adil tanpa memilih bulu terhadap mana-mana pihak yang mengapi-apikan sensitiviti perkauman dan agama di negara ini.

Menurutnya, slogan 1Malaysia yang digagaskan oleh PM perlu digarap berlandaskan penyelesaian Islam yang melihat manusia sebagai anak cucu Nabi Adam yang perlu diberikan hak kemanusiaan dan kerakyatan serta meraikan kepelbagaian dan perbezaan.

“Hanya penyelesaian Islam dan bukannya perkauman boleh menyatupadukan masyarakat dan membentuk integrasi nasional,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus dalam satu kenyataan.

Advertisements

Leave a comment

Filed under General, News, PAS

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s