MURABBI UMMAT: ENGKAU PERGI MENGHADAP PENCIPTAMU YANG MAHA AGUNG

ulamak

# Belasungkawa dari kami, DEWAN ULAMAK PAS NEGERI SABAH.

Sabda Rasulullah SAW yang mafhumnya : “Allah tidak akan mengangkat ilmu dari dada ummat dengan cara sekaligus, tetapi Allah mengangkat ilmu dengan mematikan para Ulama”.

Begitulah secebis potongan hadis Nabi SAW yang mulia. Sehingga ke saat ini, seluruh penggerak harakatul ummah masih lelah seperti dilanda badai tatkala perginya tokoh tarbiah dan murabbi ummah dalam gerakan ini.

Almarhum Tuan Guru Harun Taib adalah sosok pimpinan ummat dan pencetus kelestarian tarbiah bagi ahli gerakan. Sungguh ia pemergian yang dirasai. Kerana Almarhum sangat dekat di hati setiap ahli gerakan.

Kesungguhan Almarhum dalam menjadikan tarbiah sebagai tulang tegak dan sendi utama kepada kukuhnya pasak gerakan ini menyaksikan idea-idea segar dalam mencerna tarbiah bagi penggerak PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS).

Sosok pencetus ummah seperti Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Abdul Hadi, Tuan Guru Haron Din, Almarhum Tuan Guru Harun Taib, Almarhum Tuan Guru Yahya Othman, Almarhum Ustaz Hassan Shukri serta ramai lagi membuktikan PAS adalah sebuah parti yang mendokong Islam, mendidik ummat mengenal Allah dan RasulNya SAW.

Maka Almarhum Tuan Guru Harun Taib adalah salah seorang dari tokoh yang mengabdikan dirinya untuk jemaah, dakwah, tarbiah dan siasah yang akhirnya bermatlamatkan hukum Allah berada di mercu tertinggi.

Salam cinta buatmu wahai kekasih hati. Engkau memimpin kami dalam tarbiah agama. Engkau mengajar kami bahawa usia yang dihambat tua, kekuatan yang dibatas kelemahan, tidak pernah mengundurkan engkau dari medan ini.

Jika ummat ini berbangga memiliki sosok pejuang Assyeikh Ahmad Yasin, tokoh kebangkitan intifadhah Palestin, yang berjuang dari kerusi rodanya…. sungguh kami bangga dan bahagia kerana berada dalam jemaah ini yang memilikimu yang kukuh di landasan dakwah walau juga berkerusi roda.

Sungguh umat ini terasa kehilangan. Namun perjuangan tetap kami teruskan kerana kami tahu kerja yang kau wariskan buat kami…. kau juga mewarisinya dari para Nabi AS.

Bagi pihak Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah dan ahli-ahli PAS di Sabah secara umumnya turut terkesan dan terasa kehilangan dengan pemergian Almarhum.

Ini kerana Almarhum turut giat turun ke Negeri Sabah bersama pimpinan yang lain memberi tarbiah kepada ahli-ahli PAS terutama pada zaman kesihatan beliau belum terjejas.

Tenang dan damailah dikau disana. Moga kami menurut jejakmu yang mati diatas agamaNya. Salam cinta buatmu MURABBI UMMAH….

# Ustaz Babbar Abas, Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah.

Advertisements

Leave a comment

Filed under News, PAS, Press Statement

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s