Pakatan ajak BN bincang formula redakan ketegangan kaum

pc anwar

 

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mengajak BN mengadakan perbincangan segera bagi menangani masalah ketegangan kaum yang tidak pernah berjaya diselesaikan selama ini.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, masalah perkauman ini sering ditimbulkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seolah-olah mahu mencetuskan semula peristiwa 13 Mei.

“Apabila berlaku isu ini selalunya yang menjadi mangsa adalah rakyat diperingkat bawah,” tegasnya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.

Menurut Anwar, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak harus menyambut gesaan ini bagi mencari jalan bagaimana hendak meredakan ketegangan kaum ini.

Apa yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini, jelas Anwar demo bantahan yang dibuat langsung tidak ada kaitan dengan isu perkauman ianya adalah berkaitan dengan ekonomi rakyat negara ini.

“Isu berkaitan harga barang yang semakin meningkat, isu kemiskinan adalah isu rakyat ianya tidak harus diputarbelitkan dan ditakut-takutkan dengan isu perkauman,” tegas Anwar.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu turut menegaskan isu ‘kangkung’ di Pulau Pinang tempoh hari adalah bukan isu perkauman malangnya ianya segaja diprovokasi pihak tertentu untuk membangkitkan ketegangan kaum.

“Umno BN lemas, sebab itulah mereka memainkan isu perkauman bagi membantah isu kenaikan harga barang dan subsidi ditarik balik.

“Isu di Pulau Pinang tidak ada kena mengena dengan isu kaum,” jelas Mohamad yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata sekiranya Umno BN yang cintakan negara dan tidak mahu 13 Mei berulang lagi di Malaysia mereka perlu segera mengadakan perbincangan ini.

Dalam pada itu, Anwar turut mengumumkan bahawa Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-5 tahun ini akan diadakan di Selangor pada 28 Mac depan.

Advertisements

Leave a comment

Filed under News, Pakatan Rakyat, PAS

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s