PAS tolak GST kerana bebankan rakyat – Presiden

KUALA LUMPUR: PAS dan Pakatan Rakyat menolak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana ia satu bentuk cukai yang tidak adil dan membebankan rakyat berpendapatan rendah, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.tghadi

Berucap membahaskan bajet 2013 di Dewan Rakyat semalam, Tuan Guru Abdul hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, walaupun Perdana Menteri mengumumkan barangan seperti  budu, cencalok dan tempoyak tidak dikenakan  GST, namun bahan makanan tradisional itu memerlukan ramuan seperti garam dan  gula serta minyak (petrol dan diesel) untuk pengangkutan.

Tuan Guru Abdul Hadi turut menjelaskan peri pentingnya pemimpin negara bersikap adil dalam proses mengenakan cukai kepada rakyat seperti Khalifah Umar Abdul Aziz yang menolak permintaan seorang gabenor untuk menaikkan cukai bagi menampung kewangan negara.

“Lalu dia (Khalifah Umar Abdul Aziz) menjawab (surat gabenor tersebut),  ‘kamu berlaku adil atau kamu akan dipecat’,” ujarnya.

Menurut Tuan Guru Abdul Hadi, cukai boleh dikenakan kepada rakyat tetapi ia mestilah dilaksanakan secara adil seperti zakat yang dikenakan pada golongan kaya dan tidak kepada yang miskin manakala cukai kharaj dikenakan kepada rakyat bukan Islam.

“Zakat tidak boleh dihapuskan tapi cukai (untuk rakyat) bukan Islam (kharaj) boleh dihapuskan apabila kewangan negara mencukupi. Inilah konsep yang adil,” jelasnya.

Advertisements

Leave a comment

Filed under News, Pakatan Rakyat, PAS

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s