Bukan ke Kristian yang sepatutnya keliru?

PAS ingin pertegaskan bahawa kalimah Allah adalah nama yang khas bagi Allah yang bermaksud hanya Dia sahaja Allah yang berhak disembah.

Kalimah ini tidak boleh diterjemahkan dengan mana-mana bahasa di dunia.

Selain itu, PAS berpendapat bahawa mengelak kekeliruan di kalangan penganut agama adalah tanggungjawab semua pihak.

Sehubungan itu, PAS bersetuju agar semua pihak mengelak berlakunya kekeliruan tersebut. Semua pihak tentu bersetuju sekiranya ada penggunaan nama Allah yang boleh mengelirukan penganut agama, ia mestilah dielak.

Persoalannya apakah benar ianya menimbulkan kekeliruan?

Apa yang menarik ialah pada dakwaan sesetengah pihak semata-mata untuk menakut-nakutkan orang Melayu bahawa jika para penganut Kristian guna nama Allah, ada orang Islam yang terasa keliru. Bukankah, sepatutnya kekeliruan tersebut berlaku di kalangan masyarakat Kristian?

Kebimbangan kerajaan bahawa ianya boleh mengelirukan umat Islam mencerminkan kegagalan kerajaan meningkatkan kefahaman Islam di kalangan umat Islam.

Marilah kita bincang secara ilmiah mengenai isu kalimah Allah di kalangan pimpinan agama dan politik agar keharmonian masyarakat dapat dipelihara.

Penyelesaian menyeluruh mesti dicari untuk membendung perkara ini daripada diambil kesempatan oleh mana-mana pelampau agama dan bangsa untuk memecahkan perpaduan antara rakyat Malaysia demi tujuan politik semata-mata.

Diharap puak-puak pelampau ini sedar bahawa ada alasan yang diberikan mereka kononnya untuk mempertahankan nama Allah telah sebaliknya mencemarkan nama baik Islam, umat Islam dan juga Allah kerana ia tidak dibuat berdasarkan kajian ilmiah yang cukup.

Senyum

Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man

Ketua Penerangan PAS

Advertisements

Leave a comment

Filed under PAS, Press Statement

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s