Apakah kita menghargai kemasukan Sabah, Sarawak?

image

TARIKH 16 September 1963 merupakan hari penting bagi negara. Pada tarikh tersebut terbentuknya negara Malaysia, dengan penyertaan Sabah dan Sarawak menjadi komponan penting pembentukan negara.

Tarikh ini disambut sebagai Hari Malaysia setiap tahun.

Namun apa yang mendukacitakan tarikh tersebut dibiarkan berlalu untuk kali ke-50 tanpa sebarang perayaan besar atau sambutan utama sebagaimana negara menyambut Hari Kemerdekaan.

Manakala tarikh 31 Ogos 1957 mungkin bukan tarikh penting bagi Sabah dan Sarawak kerana penyertaan mereka bermula tahun 1963, bukan 1957 sewaktu Semenanjung Malaysia meraikan kemerdekaan negara.

Penyertaan mereka jangan hanya dilihat Semenanjung mengaut pelbagai keuntungan ekonomi dan politik sedangkan masyarakat di Sabah dan Sarawak dibiarkan jauh ketinggalan berbanding Semenanjung.

Walhal, kedua-dua negeri mempunyai sumber yang maha kaya berbanding negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

Akibat dari kegagalan kerajaan menjadikan 16 September sebagai hari penting, masih ada rakyat di Sabah dan Sarawak merasai Semenanjung menjajah mereka. Suara-suara sumbang yang masih kedengaran ini menggambarkan isu perpaduan nasional antara rakyat masih belum selesai.

Begitu juga masalah pembangunan yang tidak seimbang, kemiskinan, buta huruf dan peraturan ekonomi seperti dasar kabotaj negara yang menyebabkan kos barangan di Sabah dan Sarawak jauh lebih tinggi berbanding Semenanjung. Ini adalah antara beberapa isu utama yang perlu diberi perhatian segera.

Kita berdukacita di atas kehilangan Singapura, namun apakah kita menghargai kemasukan Sabah dan Sarawak?

Kerajaan harus sedar daripada ketidak-sensitifannya yang mengambil masa 46 tahun untuk mengiktiraf betapa pentingnya tarikh hari lahir Malaysia diumum sebagai cuti umum. Kalau bukan desakan Pakatan Rakyat, 16 September masih akan kekal sebagai hari biasa tanpa keistimewaan.

Hari pembentukan Malaysia adalah tarikh sangat penting, bahkan ia lebih penting dari tarikh berundurnya Inggeris dari bumi ini.

Pas melihat kerajaan mesti menjadikan tarikh 16 September setiap tahun sebagai hari perpaduan dan peringatan pembentukan negara. Rakyat Sabah dan Sarawak seharusnya merasai kehadiran mereka dalam pembentukan Malaysia.

Oleh itu, kerajaan harus berusaha lebih untuk menyatakan kegembiraan di hari tersebut dan mengajak rakyat agar turut merasai kegembiraan dengan mengingati pembentukan Malaysia.

Selepas ini, diharap 16 September setiap tahun jangan dibiarkan berlalu tanpa sebarang agenda bermakna bagi masa depan negara.

Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan Pas

Sumber: Sinar Harian

Advertisements

Leave a comment

Filed under General, News, PAS

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s