Malaysia tidak sebahagia dahulu, menurut laporan PBB

laporan_bahagia_400_727_100

 

Malaysia tidak sebahagia seperti sebelumnya menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin.

Kedudukan  Malaysia merudum dari tangga 51 pada  tahun lalu ke tangga 56 berdasarkan Laporan Kebahagiaan Dunia 2013.

Ini menjadikan Malaysia ketinggalan berbanding negara Asia Tenggara lain seperti Singapura di tangga 30 dan Thailand di tangga 36 namun masih mendahului Indonesia yang berada di kedudukan 76.

Tahun lalu, Singapura berada pada kedudukan 33, Thailand (52) dan Indonesia (83). Rujuk rajah di bawah.

Manakala Denmark berada di kedudukan pertama negara paling bahagia di dunia dengan memperoleh markah 7.693 berdasarkan “Tangga Cantril” iaitu satu bentuk pengukuran berdasarkan penilaian responden dengan menggambarkan kehidupan sebagai tangga, berdasarkan skala 10 paling bahagia dan 0 sebagai terburuk.

Malaysia mendapat markah 5.760 dalam ujian tersebut merudum 0.377 mata daripada laporan sebelumnya. 40 negara lain turut mencatat penurunan sementara 60 negara lagi mencatat peningkatan.

Bagaimanapun, kajian tersebut tidak menyatakan butiran lengkap keputusan yang diperoleh.

Laporan tahun ini berdasarkan maklumbalas yang diterima dari tahun 2010 hingga 2012 daripada156 negara yang dikeluarkan oleh Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Mapan PBB (SDSN).

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita, jangka hayat sihat, sokongan sosial untuk mendapatkan bantuan, persepsi rasuah, sifat pemurah dan kebebasan membuat pilihan adalah faktor yang diambil kira dalam kajian itu.

Laporan tersebut juga mendedahkan beberapa perkembangan baru seperti dunia kini lebih bahagia dan pemurah sejak lima tahun lalu berdasarkan penilaian penduduk mengenai hidup mereka.

“Laporan ini kaya dengan maklumat dimana ukuran dan kajian yang dilakukan secara sistematik boleh mengajar kita bagaimana untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan dan perkembangan mapan,” kata Pengarah Institut Bumi Universiti Columbia, Jefrrey D. Sachs.

“Kini berlaku peningkatan permintaan sedunia apabila penduduk mementingkan polisi dan mengutamakan kualiti hidup,” katanya. – 13 September, 2013.

Sumber: The Malaysia Insider

Advertisements

Leave a comment

Filed under General, News

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s