Presiden PAS lancar Tabung Kemanusiaan Mesir

 

(TG Abdul Hadi (kiri) menunjukkan simbol R4BIA tanda solidariti buat rakyat Mesir)

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini melancarkan Tabung Kemanusiaan Mesir khususnya bagi membantu rakyat negara itu yang sedang berdepan dengan rejim tentera Mesir.

Pelancaran itu dibuat sejurus selepas mesyuarat Ajk Harian PAS Pusat di Pejabat Agung PAS tengah hari tadi.

Menurut Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat Datuk Kamarudin Jaffar, PAS telah menghantar sebanyak USD10,000 kepada rakyat Mesir hasil daripada sumbangan orang ramai sebelum ini.

Katanya, sumbangan itu telah disampaikan oleh Naib Pengerusi Lajnah Antarabangsa Dr Syed Azman Syed Nawawi kepada rakyat Mesir baru-baru ini.

“Hasil sumbangan itu, kita agih-agihkan kepada merekan yang amat memerlukan. Dan kita hantar wang tunai kerana ia memudahkan untuk disalurkan kepada keluarga mangsa bunuh rejim Mesir,” katanya ditemui Harakahdaily.

Malah Kamarudin turut mengalu-alukan sumbangan yang lebih banyak lagi dari seluruh rakyat negara ini kerana Umat Islam Mesir yang menjadi mangsa jenayah perang amat memerlukan sumbangan ini.

Beliau turut memetik sabda Nabi Muhammad SAW ‘barangsiapa yang tidak mengambil berat hal ehwal kaum muslimin yang lain bukanlah daripada golongan kami”.

PAS juga konsistan dalam memantau situasi di Mesir bersama-sama dengan gerakan Islam yang lain.

Malah jelasnya, beberapa siri perjumpaan telah diadakan di luar dan di dalam Mesir untuk menentukan langkah-langkah yang perlu diambil bagi menangani krisis ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mahu menghulurkan sumbangan kemanusiaan kepada Mesir bolehlah disalurkan ke akaun Maybank 564070703248 atas nama Parti Islam Se Malaysia.

Ekoran krisis Mesir itu, PAS dengan kerjasama Mapim akan menganjurkan Seminar Hentikan Keganasan  Kembalikan Demokrasi Untuk Mesir pada 30 Ogos 2013 (Jumaat) di Dewan Seminar Masjid Al-Falah USJ, Jalan USJ 9/5 Persiaran Kewajipan Subang jaya bermula jam 8.00 pagi  hingga 5.00 petang.

Antara mereka yang akan terlibat dalam seminar itu Ahli Parlimen Negara Asean, Ngo Asean, media tempatan dan antarabangsa, akademik, Ulama, wartawan dan pelajar serta aktivis sosial.

Sehingga ke hari ini dipercayai sudah lebih 4,000 nyawa yang tidak berdosa telah dibunuh oleh tentera Mesir walaupun pihak tentera cuba menutup kekejaman ini dengan mengeluarkan angka rasmi kematian sekitar 830 orang sahaja.

Lanjutan daripada rampasan kuasa yang menggulingkan Dr Muhammad Morsi selaku Presiden Mesir yang dipilih secara sah membuatkan rakyat Mesir bangkit untuk membantah tindakan demokratik tersebut, akibatnya suasana tegang mengundang pembunuhan beramai-ramai sedang berlaku di sana mutakhir ini.

Advertisements

Leave a comment

Filed under General, News, PAS

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s