PERUTUSAN ‘IDULFITRI 1434H: Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah

Eid-Greeting-PAS-Sabah

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan inayah-Nya kita masih diberikan peluang untuk meraikan Syawal pada tahun ini.

Saya bagi pihak PAS Negeri Sabah mengucapkan Selamat Hari Raya ‘Idulfitri kepada seluruh ahli dan penyokong serta kepada umat Islam.

Hari raya Aidilfitri mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Umat Islam dididik, ditarbiah dengan mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan, supaya menjadi orang-orang bertakwa kepada Allah SWT.

Adalah menjadi hikmah yang besar Allah swt memilih bulan Ramadhan berlakunya peristiwa al-Quran diturunkan dan peristiwa peperangan Badar serta peristiwa pembukaan kota Mekah.

Ramadhan yang berlalu pergi meninggalkan kita tidak bererti amal dan ibadah kita selama berada di bulan Ramadhan dibiarkan tidak berterusan pada bulan-bulan yang lain.

Dan akhirnya, saya berharap agar hari raya ini disambut dengan penuh kesederhanaan dan kesyukuran kepada Allah. Elakkan pembaziran dan perbuatan yang boleh menjauhkan kita dari rahmat Allah SWT.

Kepada mereka yang pulang ke kampong halaman agar sentiasa berhati-hati ketika berada di jalan raya dan didoakan agar selamat sampai ke destinasi masing-masing.

Akhir kata, mudah-mudahan amal serta ibadah kita semua diterima oleh Allah SWT dan sentiasa dalam redha-Nya.

Salam hormat dan Selamat Hari Raya ‘Idulfitri.

Maaf zahir dan batin.

Mohd Aminuddin Aling

Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah

28 Ramadhan 1434H / 06 Ogos 2013

Advertisements

Leave a comment

Filed under PAS, Press Statement

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s