Jerebu: Dewan Ulamak saran baca ‘Qunut Nazilah’

khairudin3KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat mencadangkan agar seluruh umat Islam khususnya ahli PAS membaca doa Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu bagi memohon keselamatan daripada Allah ekoran jerebu yang melanda negara.

Setiausahanya Ustaz Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ianya memandangkan situasi jerebu yang semakin meruncing melanda negara pada hari ini.

“Sesungguhnya doa adalah senjata muslim di samping usaha-usaha pencegahan yang dijalankan.

“Selain itu disarankan juga mengadakan Solat Istisqa memohon hujan sebagai satu cara meredakan jerebu,” katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, para alim ulamak yang menyampaikan kuliah di masjid dan surau pula perlu mengambil kesempatan untuk memberi peringatan kepada umat dengan menjelaskan punca-punca berlakunya situasi yang seumpama ini sebagaimana ditegaskan oleh al-Quran.

Beliau turut memetik firman Allah dalam Surah al-Rum ayat 41 yang bermaksud; “Telah zahir kerosakan di daratan dan lautan disebabkan perlakuan tangan manusia untuk Dia merasakan kepada mereka (keperitan) sebahagian apa yang telah mereka lakukan mudah-mudahan mereka kembali (kepada Allah)”.

“Perlu diambil ingat juga bahawa jerebu dan ujian bala seumpamanya boleh menjadi lebih parah lagi apabila umat tidak merasakan dosa sebagai dosa dan ujian Allah dalam bentuk bala juga tidak dirasakan sebagai bala lalu peringatan tidak diambil,” katanya.

Advertisements

Leave a comment

Filed under General

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s