Petisyen: Doa iringi pasukan peguam Juham

KUALA LUMPUR: PAS Wilayah Persekutuan mendoakan pasukan peguam Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) dipermudahkan urusan mengendalikan kes petisyen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang telah dan bakal difailkan.

Ketua penerangannya Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, seluruh anggota parti merasa kagum dengan semangat gigih serta kecekalan para peguam yang bertungkus lumus mencari bukti serta saksi bagi menguatkan hujah untuk dikemukakan dalam petisyen tersebut.

Menurut Suhaimi, antara parlimen yang disebut-sebut akan diadakan petisyen adalah Parlimen Titiwangsa.

Oleh itu katanya, pengundi di WP berharap petisyen Titiwangsa adalah sandaran utamanya untuk dimenangi.

“Hasil dari ketekunan mereka berjaya mengumpulkan sejumlah bukti dan semestinya mengumpul segala dokumen untuk difailkan itu bukan suatu kerja yang mudah.

“Mereka adalah penyelamat rakyat terutama pengundi di Parlimen Titiwangsa yang merasa tertipu dengan keputusan pilihanraya yang begitu mengecewakan,” katanya.

Suhaimi berkat, PAS WP mendoakan semoga peguam-peguam pembela rakyat ini akan turun sekali lagi bertarung dalam mahkamah dengan memberikan hujah yang bernas disamping bukti yang kukuh bagi memastikan kesemua pestisyen dimenangi.

“PAS WP berazam dengan kesungguhan yang tinggi bahawa sekiranya pilihanraya ulangan berlaku di Parlimen Titiwangsa atau mana-mana kawasan yang difailkan tersebut, PAS WP akan menggerakkan kembali seluruh jentera untuk turun berkempen semaksima mungkin bagi memenangkan PAS dan Pakatan Rakyat,” katanya.

Advertisements

Leave a comment

Filed under Election, News, PAS

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s