Kenyataan Media PAS Negeri Sabah (Pasca PRU13)

1. PAS Sabah mengucapkan terima kasih kepada seluruh Rakyat Sabah yang telah keluar mengundi pada PRU13. Penghargaan juga ditujukan khusus kepada pengundi-pengundi PR khususnya PAS di kawasan-kawasan yang ditandingi di Sabah. PAS mengucapkan terimakasih kepada semua pengundi daripada pelbagai kaum samaada Melayu atau bukan Melayu, Islam ataupunBukan Islam yang mengundi PAS. PAS tidak pernah mengamalkan politik rasis atau ‘memilihbulu’. Semua rakyat Malaysia adalah sama.Pada PRU 13, PAS Sabah menunjukkan prestasi terbaik sepanjang tempoh pernah menyertai pilihanraya di Sabah sejaktahun 1986. Bukan sahaja dari segi jumlah kerusi yang disertai, tetapi juga dari segi jumlah undi yang diraih dalam PRU13. Ini menunjukkan rakyat Sabah sudah menerima PAS sebagai sebuah parti yang kompetetif dan mempunyai asas perjuangan yang diyakini rakyat. Selain itu PAS Sabah juga mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan dalam PR yang Berjaya menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah. PAS Sabah yakin ADUN-ADUN tersebut akan membawa suara keadilan dan perubahan dalam Dewan Undangan Negeri Sabah.

2. PAS Sabah menentang sekeras-kerasnya cadangan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan(GST) yang ingin dikuatkuasakan oleh Kerajaan BN. PAS menganggap kerajaan tidak mengenang budi dan cuba memperbodohkan rakyat. Alasan kerajaan yang mengatakan GST boleh meraih pendapatan sebanyak 27 billion ringgit merupakan satu cara mempermainkan rakyat. PAS Sabah yakin sekiranya kerajaan mengamalkan kepimpinan Bersih Tanpa Rasuah dan Tanpa Penyalahgunaan Kuasa, lebih banyak wang rakyat akan diselamatkan. Tetapi malangnya, dalam pemerintahan sekarang, kerajaan seolah-olah ingin menjadikan rakyat sebagai sumber untuk menjana pendapatan. Rakyat sudah dibebani dengan pelbagai perkara seperti kos pendidikan, harga barangan yang tinggi, harga rumah yang tidak terkawal dan sebagainya. Dan ini ditambah lagi dengan cukai GST pastinya akan terus menghimpit rakyat. Seperti yang kita maklumi, Sabah merupakan diantara negeri yang mempunyai rakyat termiskin yang paling ramai di Malaysia. Sekiranya GST ini dilaksanakan ianya pasti akan membebani rakyat. Adakah ini merupakan hadiah daripada BN kepada rakyat Malaysia selepas memenangi PRU13?

3. PAS Sabah menganggap kenyataan Dr Zahid Hamidi yang meminta sesiapa yang tidak puas hati dengan sistem pilihanraya di Malaysia supaya berhijrah kenegara lain sebagai kenyataan seorang yang sombong dan bongkak. Seorang menteri kanan yang sudah lama berada dalam barisan kabinet sepatutnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Malaysia adalah hak bersama semua rakyat Malaysia dan Perlembagaan Malaysia menjamin kebebasan untuk menyuarakan pandangan dan pendapat.

4. PAS juga mengucapkan tahniah kepada barisan cabinet negeri Sabah yang baru di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Musa Aman. PAS berharap barisan kepimpinan ini akan menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh jujur, bersih dan bebas daripada rasuah dan penyalahgunaan kuasa. PAS juga berharap agar pihak kerajaan member tumpuan kepada perjuangan membelara kyat Sabah daripada kekurangan infrastruktur, meningkatkan mutu pendidikan dan seterusnya merakyatkan ekonomi negeri Sabah.

Sekian.

Advertisements

Leave a comment

Filed under Election, PAS, Press Statement

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s