Tangkap, rampas akhbar: Cukuplah tindas rakyat

KUALA LUMPUR: PAS mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi menghentikan segera segala tindakan yang cuba untuk menzalimi rakyat.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan menangkap pemimpin politik dan aktivis rakyat, serta merampas akhbar parti dalam Pakatan Rakyat adalah tindakan tidak wajar sekalipun tidak berpuas hati dengan kemerosotan BN pada PRU13 lalu.

Zahid juga katanya tidak wajar untuk menggunakan pihak polis di bawak kementeriannya untuk berdepan dengan rakyat yang dianggap musuh politik BN.

“Saya mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mendesak segala tindakan zalim ini dihentikan serta merta.

“PDRM di bawah teraju Ketua Polis Negara yang baru tidak seharusnya menjadi perkakas politik Umno BN,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penangkapan empat orang aktivis rakyat dan pemimpin Pakatan Rakyat sebelum ini termasuk terbaru semalam di bawah akta hasutan.

Mereka termasuk aktivis pelajar Adam Adli , aktivis PAS Tamrin Ghafar, Naib Presiden PKR Tian Chua dan penggerak Asalkan Bukan Umnu (ABU) Haris Ibrahim.

Semalam juga menyaksikan ketiga-tiga akhbar milik parti PAS, PKR dan DAP iaitu Harakah, Suara Keadilan dan The Rocket, dirampas oleh KDN di beberapa buah negeri.

“Tugas kerajaan dan polis adalah melindungi dan menghormati rakyat, bukannya menindas seteru politik untuk menutup kepincangan yang dilakukan Umno BN,” kata Mahfuz lagi.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga, BN terus berselindung disebalik undang-undang malah menyalahgunakan akta hasutan dijanjikan akan dimansuhkan sebagai senjata untuk menakutkan rakyat.

Sedangkan pada masa yang sama katanya, perbuatan jenayah mengapikan-apikan isu perkauman dan tindakan-tindakan berbaur ugutan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno dan akhbar Utusan Malaysia terus didiamkan tanpa sebarang tindakan diambil.

“Janji Perdana Menteri untuk melaksanakan rekonsiliasi nasional selepas BN mencatat keputusan terburuk dalam sejarah pilihanraya terbukti palsu dan tak lebih dari sekadar kata-kata yang dilafazkan oleh orang yang sedang mabuk,” katanya.

Advertisements

Leave a comment

Filed under Election, General, News, Pakatan Rakyat, PAS

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s