Presiden PAS ditemubual stesen televisyen Turki

 

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semalam muncul secara live dalam sebuah program bual bicara di saluran TV5 stesen televisyen Turkey.

Wawancara selama 45 minit itu antara lain cuba mendapatkan pandangan Tuan Guru Abdul Hadi terhadap beberapa isu berkaitan negara Islam dunia termasuk isu ekonomi, sosial, kesatuan negara-negara Islam, dan hubungan dengan negara haram Israel.

Selain itu, beliau juga turut ditanya berhubung pengalaman politik PAS di Malaysia.

Wawancara tersebut dikendalikan moderator dalam bahawa turkey yang kemudiannya diterjemahkan dalam bahasa arab oleh seorang penterjemah sebelum dijawab oleh Presiden PAS.

Tuan Guru Abdul Hadi berada di Turki atas jemputan untuk menghadiri Kongres Kesatuan Negara-negara Islam Antarabangsa “A New World And Just Order” kali ke-22 yang berlangsung di Istanbul.

Turut serta pada rombongan itu setiausaha politiknya Dr Ahmad Samsuri Mokhtar serta wakil-wakil dewan termasuk wakil Dewan Ulamak Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib dan wakil Dewan Pemuda PAS Adram Musa.

Advertisements

Leave a comment

Filed under News, PAS

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s