Insya-Allah, sekurang-kurangnya menang – Presiden PAS

Tuan Guru Abdul Hadi menyerahkan kad pengenalan untuk semakan pemilih kepada pegawai SPR.

MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, keputusan Pilihan raya Umum ke-13 ini yang berlangsung pada hari ini dapat memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, sekurang-kurangnya keputusan PRU 1999 kembali pada kali ini.

“Insya Allah, 1999 kembali, ditambah dengan gelombang anak muda,” ujarnya kepada wartawan selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan Rusila, dekat sini, pagi ini.

Beliau yang bertanding di Parlimen Marang dan Dun Ru Rendang berharap perubahan yang berlaku kepada generasi muda itu memberikan kesan positif kepada PAS dan PR.

“Kita harap, insya Allah ini suatu perubahan. Kita telah bekerja, sekurang-kurangnya kita harapkan begitu, insya Allah, sekurang-kurangnya menang,” ujarnya  lagi.

Tambah beliau, sokongan kepada PAS dan PR kali ini bukan hanya melibatkan golongan muda sahaja bahkan kalangan bukan Islam termasuk para pemilih yang memberikan undi pada PRU lalu termasuklah perubahan dalam BN.

Ditanya tentang keputusan PRU13 ini, beliau berkata, “kita tunggulah petang, tunggu”.

Beliau juga berharap pilihan raya umum yang berlangsung pada hari ini berjalan dengan baik, adil dan bersih.

“Kita berharap (pilihan raya) berakhir dengan tenang,” katanya yang mula tiba di pusat mengundi berkanaan jam 7.55 pagi dan membuang undi pada jam 8.08 pagi.

Advertisements

Leave a comment

Filed under Election, Pakatan Rakyat, PAS

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s