Semua kerusi tindih selesai, tumpu hadapi BN

 

PETALING JAYA: PAS dan Pakatan Rakyat (PR) hari ini menegaskan kontroversi pertindihan kerusi membabitkan tujuh kawasan ditandingi komponen perikatan itu telah selesai sepenuhnya.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, semua kerusi bertindih sudah pun selesai termasuk kerusi Parlimen Labuan, Dun Sungai Acheh dan satu lagi kerusi Dun Kota Damansara.

“Tumpuan kami sehingga 4 Mei ini ialah untuk mengerahkan ahli dan penyokong menghadapi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

“Tumpuan kami ketika ini untuk mengajak rakyat untuk bersetuju dengan manifesto yang telah dibentangkan oleh PR,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan PR di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Pengelola DAP, Anthony Loke.PAS dan PKR bertindih tujuh kerusi semasa penamaan calon 20 April lepas.

Pada 22 April, PAS dan PKR mencapai persetujuan kerusi Perliman Labuan, DUN Sungai Aceh dan Panti diserahkan kepada PKR.

PAS pula mengambil DUN Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera di Terengganu manakala DUN Kota Damansara akan dibincangkan lagi dengan pihak terlibat.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam sidang media Sabtu lepas memaklumkan keputusan telah dicapai menyerahkan kerusi Kota Damansara kepada PKR kerana ia adalah milik PKR sejak awal.

Mesyuarat Pakatan Rakyat hari ini mengesahkan keputusan yang dicapai sebelum ini.

Advertisements

Leave a comment

Filed under Election, News, Pakatan Rakyat, PAS

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s