Pertindihan Kerusi PR: Penjelasan Presiden PAS

ayah chik 3

Teks penuh penjelasan Presiden PAS, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang yang boleh di capai melalui link ini https://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=b_hdPmJZNV0:

PAS bertindak meletakkan calon di beberapa tempat kerana mahu menyelamatkan Pakatan Rakyat. Kita tidak mahu kerajaan kita jatuh seperti di Perak. Memerintah sekejap.

PAS mempunyai jentera yang paling ramai di seluruh negara. PAS tidak menentang calon kawan-kawan dalam pilihanraya tetapi kalau ada calon yang kita khuatir, calon yang tangkap muat, yang boleh menyebabkan pelbagai kemungkinan boleh berlaku, maka PAS mesti bertindak. Ini berlaku pertindihan.

Di Johor berlaku pertindihan kerana sebabnya kita tunggu rakan kita datang, tetapi tidak datang masuk calon. Sampai sahaja masa dia tak hadir, kita perlu bersedia. Takut dia tidak hadir, Umno menang tanpa bertanding.

Maka hak jual calon ini berlaku. Apabila PAS masuk, baru dia masuk juga. Begitulah ceritanya.

Ada calon-calon yang kita khuatir, tidak perlu kita sebut. Tukang edar pil kuda, hendak jadi calon macam mana? Orang PAS tidak boleh kerja calon macam ini. Terang-terang saya sebut. Orang Keadilan pun tidak terima begini. Mahu jadi calon, dengar cerita jual pil kuda.

Ada calon yang menjulang gambar Stalin, macam mana orang PAS nak sokong? Orang PAS kerjasama dengan PKR dan DAP. Kita tidak kerjasama dengan parti Stalin,  parti Lenin (Karl Marx). Gambar Karl Marx duduk dalam markas, hendak suruh orang PAS kerja. Macam mana nak suruh orang PAS kerja? Komunis diharam di Malaysia. Sebab itu menjadi pertindihan.

PAS nak selamatkan PR, tidak mahu jadi macam di Perak. PAS tetap bersama PR. PAS bertindak untuk memelihara keteguhan bukan sahaja masa pilihanraya tetapi setelah kita diberi kemenangan oleh Allah SWT supaya syaitan-syaitan tak boleh masuk dalam PR. Itu penjelasan saya”

Advertisements

Leave a comment

Filed under News, Pakatan Rakyat, PAS, Press Statement

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s