DAP guna simbol PAS dan PKR

 

 

 

 

(Mesyuarat DAP bersama para Setiausaha Agung PAS dan PKR lewat petang semalam)

 

KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP, Karpal Singh mengesahkan kesemua calon parti itu akan menggunakan logo PAS di Semenanjung dan logo PKR di Sabah dan Sarawak dalam pilihan raya umum ke 13 ini.

Keputusan ini dibuat selepas tamat tempoh jam 3 petang yang diberikan oleh DAP kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menarik balik surat mereka dua hari lalu.

 

 

Pada 17 April, ROS telah menghantar surat kepada DAP memaklumkan barisan kepimpinan DAP yang ada sekarang tidak diiktiraf oleh pihak berkuasa ke atas semua pertubuhan berdaftar itu.

 

 

Ia dibuat 48 jam menjelang hari penamaan calon pilihan raya umum ke 13 yang akan berlangsung esok.

 

 

Dalam mesyuarat DAP bersama Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Agung PKR, datuk Saifudin Nasution Ismail lewat petang semalam, keputusan telah dicapai agar semua calon DAP di Semenanjung menggunakan logo PAS manakala di Sabah dan Sarawak menggunakan logo PKR.

 

 

Malam tadi, mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP membuat keputusan untuk memberikan waktu kepada ROS agar menarik balik surat itu sebelum jam 3 petang hari ini.

 

 

Selepas waktu itu berlalu, DAP mengambil keputusan untuk melaksankan plan yang dipersetujui bersama rakan Pakatan itu.

 

 

“Dengan tidak mengiktiraf kepimpinan DAP yang dipilih oleh perwakilan pada 15 Disember 2012 lalu, saya tidak mempunyai kuasa sebagai Setiausaha Agung untuk mengeluarkan sebarang surat kuasa kepada calon-calon DAP untuk menggunakan simbol roket,” kata Lim Guang Eng, Setiausaha Agung DAP dalam kenyataannya yang dikeluarkan selepas mesyuarat tergempar DAP semalam.

 

 

Sejak petang semalam lagi, kakitangan Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut sibuk menyiapkan surat kuasa untuk membolehkan calon DAP menggunakan logo PAS.

 

 

 

Surat yang akan diserahkan kepada semua calon DAP itu ditandatangani oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

 

 

Penganalisis politik dari Singapore Management University, Dr Brigate Welsh (gambar kiri atas) berkata, tiga kesilapan besar telah dibuat oleh BN sehingga menyebabkan hubungan parti-parti Pakatan Rakyat semakin rapat.

 

 

Tindakan ROS ke atas DAP, video lucah Setiausaha Agung PAS dan pemilihan Zulkifli Nordin sebagai calon BN dinamakan sebagai sebab-sebab itu oleh Brigate dalam tulisannya di Malaysiakini.

Advertisements

Leave a comment

Filed under Election, News, Pakatan Rakyat, PAS

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s