Jangan tertipu dengan permainan politik Umno BN

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan ahli dan penyokong parti itu agar tidak lagi tertipu dengan permainan Umno BN.

images

Beliau berkata, menjelang Pilihan Raya Umum Ke- 13 (PRU13) ini, semakin banyak blog pro Umno yang menyebarkan fitnah terhadap pemimpin PAS.

Beliau berkata demikian sebagai megulas tindakan blogger Umno yang menyebarkan berita kononnya Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali meletakkan jawatan.

“Semalam blog-blog Umno menyebarkan Cikgu Pa (Datuk Mustafa) dah meletak jawatan. Berapa kali kita nak kena tipu dengan permainan Umno.Dah berapa kali Umno ditangkap menipu?

“Ingatkah kita bagaimana anak Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) difitnah mencabul kehormatan seorang gadis? Akhirnya terbongkar gadis aadalah seorang pemain catur terkenal antarabangsa.

“Orang berkata ditipu sekali ok, kali kedua silap, tapi blog-blog Umno dah ditangkap menipu berapa kali dah?” katanya dalam satu kenyataan.

Tuan Ibrahim juga kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang sanggup menyebarkan video dan gambar lucah yang kononnya milik pemimpin PAS di laman sosial facebook tanpa memikirkan kesannya kepada masyarakat.

“Apa perasaan ibu bapa melihat ruang-ruang santai di FB yang anak-anaknya masih kecil bermain games dan mengeratkan hubungan sesama sahabat menjadi medan mereka terjebak dengan bahan-bahan lucah?

Ini perlu dihentikan. Undilah dengan bijak,” ujarnya.

Tambahnya lagi, fitnah dan amalan politik lucah akan timbul apabila Umno BN cuba menutup masalah dalaman di kalangan parti komponen mereka.

Namun ujarnya, rakyat sudah bijak menilai lebih-lebih lagi dalam kecanggihan teknologi masa kini.

“Bila Umno nak tutup isu dalaman – masalah calon, perbalahan Umno-MCA, mereka akan mula buat benda gila-gila dan fitnah merata untuk mengalih perhatian rakyat.

“Taktik ini selalu diulang. Zaman sekarang dengan kemudahan internet, rakyat mula celik dengan keadaan ini dan takkan mudah terpengaruh dengan taktik lapuk ini,” katanya.

 

Advertisements

Leave a comment

Filed under Election, News, PAS

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s