Fokus, jangan terganggu dengan fitnah musuh

KUALA LUMPUR: Apabila masalah dalaman melanda Umno – seperti isu perbalahan mengenai calon, perebutan kerusi Umno-MCA, fitnah akan mula dihidupkan untuk mengalih perhatian rakyat.

Ustaz_Tuan_Ibrahim_Tuan_Man
“Bila Umno nak tutup isu dalaman – masalah calon, perbalahan Umno-MCA, mereka akan mula buat benda gila-gila dan fitnah merata untuk mengalih perhatian rakyat. Taktik ini selalu diulang,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tapi di zaman internet ini, Tuan Ibrahim berkata rakyat tidak mudah terpedaya dengan taktik lapuk Umno.

“Ini baru permulaan…  Dekatkan diri dengan Allah. Banyakkan doa. Kuatkan azam untuk istiqamah,” nasihat beliau.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut menasihatkan jentera parti agar jangan hilang fokus dan terjatuh ke perangkap lawan.

“Lawan akan cuba nak patahkan hati dan semangat kita. Lebih-lebih lagi bila dia terbau bau kekalahan semakin kuat. Teruskan kerja kita. Jangan fikir lain dan jangan masuk perangkap mereka untuk alihkan fokus kita dan rakyat demi masa depan yang lebih baik. Tepuk sebelah tangan tak bunyi,” tegas beliau lagi.

Advertisements

Leave a comment

Filed under Election, News, PAS

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s