PRU13: Dewan Ulamak PAS ingatkan ahli perbetul niat

KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengingatkan ahli dan jentera parti agar membetulkan niat perjuangan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13).

khairuddin aman razali
Setiausaha DUPP, Dr. Khairuddin Aman Razali berkata, PAS memilih sistem demokrasi untuk menegakkan syiar Islam di Malaysia dan memerlukan jentera yang komited untuk mencapai matlamat ini.

“Pada saat suhu politik begitu membahang dan kita telah mengetahui tarikh pilihan raya yang menjadi pilihan PAS dalam menegakkan demokrasi amat wajar para amilin dan petugas pilihan raya membetulkan niat perjuangan untuk menegakkan syiar dan syariat Allah SWT di bumi Malaysia,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Beliau juga menegaskan, ahli dan jentera harus bersiap sedia dari semua aspek termasuk kebergantungan kepada Allah  bagi memenangi PRU 13.

Katanya, ketika PAS diuji dengan pelbagai pancaroba, mehnah dan tribulasi, seluruh jentera harus bersedia menyumbang tenaga sepanjang tempoh kempen PRU 13.

“Ketahuilah saudara-saudaraku bahawa Islam tidak mungkin dapat ditegakkan jika kita tidak mempunyai kuasa memerintah. Justeru hendaklah sama-sama kita membetulkan niat kerana Allah SWT.

“Ayuh, marilah kita bersiap-siaga dengan merabitahkan (mengikat) hubungan hati sesama kita dan bertawakal (berserah diri) yang mutlak kepada yang Maha Esa setelah segala usahakan semaksimanya telah kita gembeleng.

“Ramuan takwa yang disulami dengan amalan soleh dan usaha yang berterusan sudah pasti menatijahkan kejayaan kita dalam pilihan raya,”katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh bagi penamaan calon PRU13 adalah pada 20 April manakala hari mengundi pula pada 5 Mei depan.

Manakala tarikh pengundian awal pula ditetapkan pada 30 April ini.

Dr. Khairuddin difahamkan bertanding di salah satu Parlimen di Kuala Terengganu pada PRU13.

Advertisements

Leave a comment

Filed under Election, News, PAS

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s