Pakatan anjur solat hajat, forum Lahad Datu

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat akan melancarkan Majlis Penasihat Keselamatan pada 31 Mac ini dan mengadakan Forum Lahad Datu di Shah Alam.

mohamad_sabu1
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, solat hajat khas untuk Lahad Datu juga akan diadakan pada sebelah malamnya.

Pengumuman mengenai penubuhan Majlis Penasihat Keselamatan dibuat minggu lalu bagi membincangkan soal keseamatan negara susulan pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu.

“Forum tersebut akan menampilkan bekas Jeneral Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama bekas pegawai kanan polis yang kini bersama Pakatan Rakyat,” kata beliau pada sidang media Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PKR, dekat sini lewat petang tadi.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menggesa kerajaan mengambil kira kenyataan bekas Ketua Polis Daerah Lahad Datu mengenai tahap keselamatan yang rendah di kawasan itu.

“Saya menggesa kerajaan menyiasat dan bagaimana hendak membalas kehendak rakyat sekarang nak mengetahui apa sebenarnya punca kejadian sebenar di Lahad Datu.

“Kenyataan OCPD Lahad Datu yang begitu meletakkan moral polis di tempat yang rendah bila tuntutan-tuintan mereka tidak ditunaikan lima tahun sebelum kejadian di Lahad Datu,” katanya.

Tambah beliau juga, kenyataan bekas ketua polis Kota Kinabalu bahawa penyelesaian masalah yang berlaku di Sabah hanya dengan cara menukar pemerintah di Sabah dan juga di Malaysia juga harus diambil kira.

“Yang ketiga kenyataan bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Harris Salleh mengatakan ada usaha tertentu untuk membakar ic orang sulu dan apakah ini benar dan kita melihat peristiwa ini semakin terserlah kerana kesilapan pengendalian urusan negara oleh pemerintah sebelum mereka nak menyalahkan orang lain,” katanya.

Tegasnya juga, keengganan kerajaan menubuhkan sidang khas parlimen untuk menjelaskan isu ini menyebabkan kelemahan mereka makin terserlah dalam menangani isu keselamatan seperti di Lahad Datu.

“kenyataan bekas-bekas ketua polis ini, kita harap pemerintah tidak mengambil mudah perkara itu kerana mereka adalah orang yang bertanggungjawab mengenai hal-hal pemberian ic dan pendatang asing,” katanya.

Sumber: Harakahdaily

Advertisements

Leave a comment

Filed under News, Pakatan Rakyat, PAS

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s