DAP guna Bulan, nescaya pitam Umno

TIADA yang paling memeranjatkan semua orang mengenai PRU13 ini apabila DAP bersedia bertanding atas nama PAS dengan lambang Bulan Penuh Purnama kiranya ROS membabi buta membatalkan pendaftaran DAP.

images

Dan PAS pula menyambutnya bagai menyediakan nyiru kalau tidak  cukup  tapak  tangan kiranya DAP diuji oleh pejabat Pendaftaran Pertubuhan berikutan kesilapan kira undi pemilihan pimpinannya lalu. ROS mahu DAP mengundi semula sedang DAP merasa  tidak perlu kerana ia telah membetulkan kesilapannya.

Politik ROS itu sudah berakhir apabila Lim Kit Siang menggemparkan alam sedia bertanding atas nama PAS kiranya DAP dibatalkan dan  PAS pula menyambut cadangan Kit Siang dan Karpal Singh.

Saya berada di ceramah PAS di Bukit Katil, Melaka apabila penceramah  PAS menyebutkan kesediaan DAP menjadi calon PAS, disambut dengan takbir  dan tepuk tangan oleh sekitar 400 orang yang hadir.

Jika reaksi itu dari penyokong akar umbi PAS, jelaslah poliltik DAP dan PAS tidak mengelirukan penyokong akar umbi PAS tetapi yang keliru para penganalisis politik  saja.

Kiranya hal itu terjadi Setiausaha Agung PAS, Dato Mustapa Ali kena guna sedikit masa dari  kerjanya yang banyak itu untuk menanda  tangani surat tauliah membenarkan setiap calon DAP menggunakan lambang Bulan untuk diserahkan bersama borang pencalonan kepada pegawai SPR di ssetiap pusat penamaan calon di seluruh negara.

Dan ia nikmat dan rezeki bagi peniaga bendera Bulan kerana penggunaannya akan bertambah lebih sekali ganda, justeru ia dipasang pula di setiap orang Cina dan India serta Bumiputera Sarawak dan Sabah.

Berita yang diletupkan oleh Lim Kit Siang itu dikira ribut yang lebih menggemparkan Perdana Menteri Najib  dan penyokongnya. Ia lebih gempar dari ribut penduduk Pulau Pinang yang bertempik ‘NO’ kepada Najib yang bertanya apakah  mereka bersedia untuk BN? Malah ia lebih kencang dari ribut besar yanag melanda kawasan kenduri besar sempena jelajah Najib di Tanah  Merah,  Kelantan di mana dia mengumumkan ‘7 dosa besar Pakatan.’

Lepas ucapannya ribut besar dan hujan  lebat luar biasa melanda tempat itu habis khemah terpelanting dan kerusi meja lintang pukang.

Keributan itu cukup kencang untuk mendebarkan dada dan jantung Najib dan penyokong, tetapi jika jadi DAP bertanding atas  calon  PAS, maka sekalian UMNO nescaya akan pitam.

PAS sudah menyediakan beberapa calon bukan Islam melalui DHPPnya, maka tidak ganjil baginya menerima DAP menjadi calonnya.

Malah kalau DAP dibatalkan dan ia tidak mendaftarkan semula atau tidak menggunakan nama lain pun mungkin tidak bermasalah. Boleh difikirkan DHPP itu ditransformasi disesuaikan  dengan keperluan DAP dengan autonomi dan kebebasan begeraknya seperti yang ada  dan  alangkah indahnya kalau parti yang berbeza kepercayaan politik itu boleh berada di bawah satu bumbung.

Ia mungkin pelik tetapi tiada yang mustahil sekarang.

20 tahun dulu keduanya tidak boleh bertembung, tetapi sekarang transformasi telah berjalan pesat dan laju, sejarah negara China sekarang hidup  sebagai satu identiti dengan dua sistem berikutan Hong Kong kembali ke pangkuannya, mungkin boleh terjadi pada PAS  dan DAP dengan dua aliran kepercayaan politik berada di bawah satu langit.

Allah Maha Kaya, tahulah Dia bagaimana hendak menyatukan penduduk yang sama-sama menentang kezaliman dan anti-rasuah dalam masyarakat yang hendak menegakkan negara berkebajikan.

Apa ROS nak buat lagi?

Sumber: Harakahdaily

Advertisements

Leave a comment

Filed under Election, Pakatan Rakyat, PAS

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s