Ketua Ulama PAS Kedah kembali ke Rahmatullah

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, Syeikh Muhammad Abdullah (gambar) meninggal dunia kira-kira jam 2.45 petang tadi.

Ketua_Ulama
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar setelah dimasukkan ke wad hospital berkenaan, semalam.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar, berkata Allahyarham yang berusia 72 tahun memang diketahui mengidap masalah jantung sebelum ini.

Beliau yang sempat menziarahi Allahyarham pada minggu lepas, berkata ketika ziarah itu, Allahyarham masih dalam keadaan baik dan sihat, biarpun mengadu tangan sebelah kanannya agak sukar untuk diangkat.

Bagaimanapun, Allahyarham dikejarkan ke hospital semalam, dan ditempatkan di wad kecemasan bahagian kritikal sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Mahfuz turut berada di hospital ketika itu, biarpun Allahyarham sudah berada dalam keadaan tidak sedar.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Pondok Makaribul Akhlak, di Langgar sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam berdekatan.

Sementara itu, Mahfuz merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan meminta mereka untuk bersabar dengan ujian tersebut.

Sambil menyifatkan kehilangan allahyarham sebagai satu kehilangan yang besar kepada sebuah gerakan Islam,dan juga PAS Kedah, Mahfuz mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat Allah Taala.

“Sesungguhnya PAS Kedah kehilangan seorang tokoh ulama yang begitu berilmu.  Kehilangannya seperti hilangnya sebutir permata ilmu yang begitu berharga,” kata beliau kepada Harakadaily.

Allahyarham pernah menjadi Adun Langgar sekitar tahun 90-an, selain pernah menjadi Yang DiPertua PAS Pokok Sena.

Sumber: Harakahdaily

Advertisements

Leave a comment

Filed under General, News, PAS

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s