Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) Mengutuk dan Mengecam pembunuhan Syeikh Dr. Buti

Dewan Ulamak PAS Pusat mengucapkan takziah kepada keluarga tokoh Ulamak terkenal Syria, al-Syeikh al-`Allamah Dr. Sa`id Ramadhan al-Buti atas pembunuhan beliau menerusi  serangan bom semalam yang disasarkan kepada beliau ketika sedang menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Iman, Damsyiq, Syria. Moga allah menempatkan beliau di kalangan Syuhada’.

b0;0

DUPP mengutuk sekeras-kerasnya pihak yang terlibat dalam serangan tersebut dan menuntut satu siasatan dibuat untuk mencari dalang disebalik pembunuhan tidak bertamadun tersebut. Pembunuhan tokoh ulamak merupakan satu jenayah besar yang tidak boleh dipandang ringan.

DUPP juga bimbang sekiranya pembunuhan Syeikh dilakukan oleh tangan-tangan ghaib tertentu bertujuan merosakkan imej para pejuang bersenjata yang sedang menentang kezaliman rejim Asad yang telah membunuh dan menyembelih ribuan umat Islam di Syria.

Meskipun Syeikh Dr. Buti antara yang berpendirian bahawa krisis di Syria tidak sewajarnya diselesaikan secara penentangan bersenjata, namun terdapat laporan bahawa beliau dalam majlis-majlis peribadi mengutuk kekejaman yang dilakukan oleh golongan yang bersama rejim Asad dan mendoakan kehancuran mereka.

Setiusaha Dewan Ulamak PAS Pusat

Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali

Advertisements

Leave a comment

Filed under News, PAS, Press Statement

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s