Kerajaan perlu perjelas kerakyatan Azzimudie Kiram

KUALA LUMPUR: PAS Sabah meminta kerajaan memberi penjelasan berhubung dakwaan bahawa Raja Muda Sulu, Agbimudin @ Azzimudie Kiram merupakan rakyat Malaysia dan pernah bertugas sebagai pembantu pegawai daerah di Kudat.

pj
Pesuruhjayanya, Aminuddin Aling berkata, kerajaan tidak boleh berdiam diri dan mesti memberi penjelasan mengenai kerakyatan Azzimudie.

“Kalau benar dia pernah bertugas sebagai pegawai kerajaan seperti yang didakwa, ertinya dia merupakan rakyat Malaysia yang sah.

“Setahu saya, untuk menjadi pegawai tinggi kerajaan, seseorang itu mesti warganegara Malaysia. Persoalannya adakah Azzimudie memang dilahirkan di Malaysia atau mendapat kerakyatan melalui ‘pintu belakang’,? katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Semalam, PKR mendedahkan dokumen menunjukkan Azzimudie yang mengetuai pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pernah tersenarai sebagai Pegawai Tadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat bermula 1 Mac 1974 dengan gaji RM610 sebulan.

Ia dibuktikan melalui dokumen ‘Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah’ yang diperolehi dari Jabatan Arkib Negara Sabah.

Aminuddin berkata, kerajaan perlu menjelaskan sama ada Azzimudie antara orang yang terlibat dalam projek IC Sabah pada zaman Tun Dr Mahathir Mohammad dahulu.

“Bagaimana Azzimudie boleh terlepas begitu sahaja. Kita tidak persoalkan mereka yang layak dapat IC tapi yang kita persoalkan bagaimana yang baru datang terus diberikan IC? Apakah negara ini tidak undang-undang?” soalnya lagi.

Advertisements

Leave a comment

Filed under PAS, Press Statement

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s