Lahad Datu: PAS hargai pengorbanan wira negara

sumbangan

KOTA KINABALU: PAS hari ini menyalurkan sumbangan sebagai menghargai jasa anggota keselamatan yang terkorban dalam misi mempertahankan negara daripada pengganas yang menceroboh Sabah.

Sumbangan sebanyak RM10,000 itu diserahkan Naib Presiden PAS Salahudin Ayub yang mewakili PAS Pusat kepada wakil Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu Inspektor Yusof Abdul sebentar tadi.

Majlis penyerahan sumbangan itu dibuat di Pejabat Perhubungan PAS Sabah di sini yang turut dihadiri Pesuruhjaya PAS Sabah Aminuddin Aling.

Salahudin pada sidang media selepas itu berkata, sumbangan dari pihak PAS itu sebagai menghargai jasa wira negara yang telah terkorban dalam insiden itu.

“Mewakili PAS Pusat, kita sampaikan bantuan kepada anggota yang telah terkorban.

“Selain berkongsi rasa simpati, sumbangan ini juga sebagai mengiktiraf dan menghargai jasa besar anggota keselamatan yang telah mempertahankan negara sehingga mereka terkorban,” katanya.

Sehingga kini, sepuluh anggota keselamatan terkorban dalam insiden pencerobohan di Sabah yang bermula 12 Februari lalu.

Salah seorang dari mereka maut akibat kemalangan jalan raya ketika menghantar bekalan makanan kepada rakan-rakan yang menyertai misi Operasi Daulat di Lahad Datu.

Operasi memburu penceroboh bersenjata kini masih giat dijalankan dan sehingga kini seramai 57 orang dari kumpulan itu telah ditembak mati oelh pasukan keselamatan Malaysia.

Presiden PAS sebelum ini mengeluarkan arahan kepada seluruh ahlinya agar mengadakan solat hajat bagi mendoakan keselamatan anggota yang sedang bertugas dalam operasi membasmi saki-baki penceroboh tersebut.

Advertisements

Leave a comment

Filed under News, PAS, Press Statement

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s