Manifesto Pakatan: Pakatan Harapan Rakyat yang sebenar

Oleh: Dr Dzulkefly Ahmad

Cabaran menanti kerajaan baru di Putrajaya, bagi merealisasikan sebuah transformasi menyeluruh kehendak rakyat, bukanlah satu yang kepalang.

487379_541829915851520_76228007_n

Khuatir bercampur bosan dikecewakan dengan kegagalan pada silih bergantinya pucuk pimpinan tertiggi yang mengemudi Negara, meletakkan ramai yang sinis dan tidak lagi ghairah dengan datangnya musim pilihanraya yang sepatutnya menyuntik pengharapan baru.

Ketepuan serta kehilangan semangat ini sahaja sudah cukup bagi mengendalakan proses perubahan. Paling parah lagi kalau wujud satu tanggapan serta kehilangan kepercayaan bahawa walau apa pun polisi-polisi penambahbaikan kerajaan sedia ada ini, dan betapa banyak pun sumber serta dana diperuntukkan bagi menjayakan sesuatu agenda perubahan itu, semua akan berakhir dengan kegagalan.

Persepsinya ialah sesiapa pun yang akan bakal mengemudi negara selama dalam kelompok serta gelagat dan tabiat yang sama, rakyat teramai yang berdepan dengan kesukaran hidup dan majoriti yang dihimpit dengan bebanan survival kehidupan akan kekal dengan pola kesangsaraan hidup yang tidak berkesudahan.

Atas sebab tunggal itu sahaja sudah cukup menasabah bagi rakyat di Negara menimbang secara serius bagi melakukan perubahan pemerintahan, paling tidaknya untuk satu penggal. Kerehatan dari tertakluk kepada sebuah regim yang telah terlalu lama mentadbir sehingga kehilangan kepekaan dan keprihatinan terhadap rakyatnya yang merupakan ‘boss sebenar’ yang melanjutkan jawatan khidmat mereka itu adalah sangat wajar. Mentelahan di segi tadbir-urus yang telah sarat dengan kebejatan dan kebobrokan itu sudah tidak lagi mampu dimaafkan ‘tuan dan boss’nya lagi.

Di persimpangan kritikal penentuan kepimpinan politik negara yang merupakan pilihanraya paling getir dalam kelangsungan survival negara-bangsa ini, Pakatan Rakyat, sebuah muafakat politik berusia hampir 5 tahun, telah tampil membuat tawaran kepada seluruh rakyat sebagai pencabar Barisan Nasionaldi peringkat Perusekutuan, dengan mengangkat sebuah manifesto yang diberi jodol “Pakatan Harapan Rakyat”.

Hampir seminggu manifesto dilancarkan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4 pada 25 September di SACC, Shah Alam. Nyata Pakatan  Rakyat sangat berani mengemukakan tawaran sulungnya bagi merampas kuasa dari seteru politiknya, sekaligus menawan Putrajaya.Keberanian itu juga bermaksud kesediaannya untuk seluruh tawaran manifestonya ditelek dan dikritik oleh pelbagai pihak.Perkara tersebut adalah lazim dan semestinya telah dijangka.

Mengelakkan dirinya dari dikesani gugup dan tercabar, pimpinan UBN spontan menjawab balas bahawa manifesto BN hanya akan diterbitkan setelah parlimen di bubar. Satu tindakan yang sangat menyiksa jiwa orang nombor satu Umno-BN (UBN) itu beserta isterinya.

Pun begitu, BN hanya sekadar mampu melontarkan kritik dan kecaman. Pelbagai cemohan yang sangat rencam.Nyata mereka tidak mendengar –membaca jauh lagi memahami falsafah disebalik semua yang ditawarkan.Tegasnya dan mudahnya kalau manifesto Pakatan Rakyat dilaksanakan negara pastinya akan muflis atau bankrap. Itu sahaja wirid UBN yang mampu diucapkan, baik pimpinan tertinggi mahupun pengerusi JKKP, sepanjang waktu yang dikitar tidak bernokhtah di media perdana kawalan UBN.

Namun apa itu manifesto? Dan apa pula berbezaan manifesto Pakatan Rakyat kali ini? Umum wajar tahu bagi membuat keputusan nanti.

Dari the Free Encyclopedia, Wikipedia, mentakrif bahawa sebuah manifesto adalah satu bahan yang diterbitkan oleh seorang individu, kumpulan, sebuah badan politik mahupun sebuah kerajaan bagi menjelaskan visi dan misi tawaran mereka khasnya di dalam sebuah pilihanraya. Takrif itu adalah sangat bertepatan dengan apa yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat.

Penulisan ini adalah bagi menonjolkan pemikiran dan falsafah di sebalik tawaran Pakatan Rakyat. Perincian tawaran-tawaran manifesto Pakatan Rakyat mungkin sudah sedia dimaklumi. Mengetahui pemikiran disebalik pelbagai tawaran manifesto yang mengangkat tema “Pakatan Harapan Rakyat” adalah penting.

Menganalisis pelbagai reaksi dan tanggapan terhadap manifesto ini, umum bahkan ada juga penganalis profesional yang gagal mengesan pemikiran disebalik manifesto Pakatan Rakyat. Justeru adalah yang membuat hukuman bahawa manifesto Pakatan Rakyat tidak lebih dari memancing undi dengan pelbagai tawaran kepada semua segmen pengundi. Ada juga yang menyebutkan bahawa manifesto Pakatan tidakboleh disifatkan ‘reformis’ hanya ‘populist’.

Sesuai dengan takrif yang diberikan Wikipedia, manifesto ialah kenyataan tawaran visi dan misi sebuah badan politik khasnya dalam sebuah pilihanraya. Penulis tidak wajib menjelaskan sumber dana serta darimana puncanya kerana pembentangan manifesto bukanlah satu pembentangan belanjawan negara.

Pun begitu penulis akan terangkan bagi meredakan golongan yang sangat khuatir bahawa andainya Pakatan Rakyat ambil alih Putrajaya, negara ini akan bankrap dalam usia tahun pertamanya.

Pakatan Rakyat menampilkan tema “Pakatan Harapan Rakyat” dengan tujuan menegaskan bahawa cita-cita membina sebuah bangsa yang bersatu padu dan Negara yang makmur di mana seluruh rakyat yang mengecapi kesejahteraan telah gagal. Kini masanya untuk kembali  merealisasikan cita-cita tertangguh ini telah sampai dan manifesto inilah anak tombak yang menerpa ke arah cita-cita murni itu, maka wajar slogan “Pakatan Harapan Rakyat” dijadikan cogan-kata atau ‘battle-cry’nya.

Rakyat selaku tuan dan boss kepada Negara ini sudah bersedia untuk melakukan transformasi tertangguh ini dan Pakatan Rakyat bersedia menjadi wahana dan wadah perubahan besar ini. Perubahan mesti datang bersekali dengan pengukuhan kembalisemua institusi-institusi kritikal Negara agar ia bebas dan berintegriti lantas dapat menjalankan tugasan menyemak-imbang pihak Eksekutif.

Bersendikan empat tonggak utama yakni Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat, manifesto “Pakatan Harapan Rakyat” membina sebuah visi dan misi untuk mengangkat dayasaing Negara sebagai Negara yang bermaruah dan ulung.

Manifesto Pakatan Harapan Rakyat adalah cita-cita untuk menempah sebuah pembangunan sosial yang adil yang berteraskan dan mendepankan rakyat.

Ia adalah satu paradigma pembangunan yang jelas kontra dan bertembungan dengan paradigma pembangunan UBN yang mendahulukan kroni serta suku-sakat sehingga membarah jurang perbezaan kaya-miskin dan kesenjangan pendapatan dan kekayaan yang terlalu ketara dan kronik.

Pakatan Harapan Rakyat akan terus menjadikan Malaysia sebuah Negara yang ditadbir secara adil dan berkeamanahan di mana rakyatnya hidup makmur dan bermaruah, tidak pula kekal dalam kepompongan kemiskinan mereka namun disuntik pelbagai pelali KRIM, KLIM dan BRIM bagi meredakan sebentar kemelut bebanan serta kemarahan dan kesengsaraan hidup.

Pakatan Harapan Rakyat meletakkan masyarakat bermaruah adalah sebuah negara-bangsa yang yakin dengan asal-usulnya, berpegang dengan prinsip agama an nilai-nilai sejagat, yang membela yang benar dan menentang yang zalim, saling menghormati dan mempercayai hati-budi yang lain dan tidak pula tebal dengan prajudis dan kesangsian.

Pakatan Harapan Rakyat adalah komited untuk meneruskan pemerintahan dan tata-kelola serta tadbir-urus yang yang bebas rasuah dan berintegriti, berkeamanahan di mana keuntungan dari pentadbiran yang bersih dan telus dipulangkan kepada rakyat untuk menjana kemakmuran rakyat.

Manifesto ini menegaskan peri-pentingnya meghayati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta menjamin hak kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penghayatan kedudukan Islam sekaligus berperanan mengekalkan perpaduan dan keharmonian dan bukan sebaliknya menjadi sumber pertentangan dan permusuhan akibat dari pegangan Islam secara jahil, sempit dan melampau.

Tunggak budaya yang berteraskan nilai sejagat, menjulang kemuliaan ilmu, mendokong perkembangan bahasa serta menggalak pemuliharaan pelbagai cabnag seni. Ini akan serentak  mengangkat jati diri bangsa, membina harmoni serentak menjadi teras positif hidup bermasayarakat rakyat Malaysia.

Manifesto Pakatan Harapan Rakyat dalam menentukan ‘Kesejahteraan Rakyat’ punya kelainan yang ketara sekaligus merupakan model ‘Ekonomi Rakyat’ agi sebuah Malaysia Baru yang lebih adil dan makmur.

Kewujudan jurang dan kesenjangan kaya-miskin adalah natijah buruk dari urus- tadbir pembangunan yang mendahulukan segelintir kroni sehingga mengepong kelancaran dan efisiensi pasaran dengan pelbagai amalan monopoli dan oligopoly dan perjanjian konsesi utilti yang memperkayakan krooni dan membebankan rakyatdengankos saraan hidup.

Berbeza degan cara UBN, Kesejahteraan Rakyat dalam misi Manifesto Pakatan adalah untuk meningkatkan ‘pendapatan dan pendapatan boleh berbelanja’ dengan mengurangkan bebanan kos saraan hidup dalam bakul Indeks Harga Pengguna (CPI) serta  mengurangkan perbelanjaan rakyat di segi tanggungan kesihatan, pendidikan dan perumahan.

Pendekatan berteraskan Pendekatan ‘Income-Based’ jelas berbeza dengan fokas Ekuiti atau pegangan Saham (Equity-Based) yang menjadi matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB). Nyata dalam pacuan 30% ekuiti bumiputera yang telah memasukki dekad ke-3, bukan sahaja ia gagal dicapai tetapi telah memburukkan kesejanngan pendapatan dan kekayaan (Income and Wealth disparity)hatta dalam etnik Melayu-Bumiputera itu sendiri. Nyata DEB bukan sahaja telah gagal tetapi telah dipesalahgunakan unutk memperkayakan segelintir kroni Melayu atas nama etnik Melayu teramai.

Pendekatan Kesejahteraan Rakyat dalam Manifesto Pakatan bakal menyaksikan bagaimana keseluruhan tawaran penurunan harga petrol dan diesel, tariff air dan elektrik, degan kaedah penstrukturan semula ekonomi termasuk pencukaian dan mendayakan subsidi ‘progresif’ yang bertepatan dengan sasaran rakyat teramai. Serentak manifesto mewawarkanpenamatan subsidi ‘regresif’ yang bersifat ‘borong’ atau ‘blanket’ yang tidak menguntungkan sasaran rakyat golongan berpendapatan rendah khasnya golongan nelayan, petani, golongan kelainan upaya dan golongan terpinggir seperti etnik India di estet-estet.

Keseluruhan tawaran manifesto Pakatan kerap diserang seteru dan medianya, bakal memufliskan Negara. Wajar ditegaskan bahawa keseluruhan tawaran-tawaran manifesto telah dihitung dan dijumlah dengananggaran aliran tunai atau ‘cashflownya’. Ini berbeza dengan tadbir urus UBN yang menggurus pembangunan secara tidak telus dan cara runding-langsung kahsnya pemberian kontrak mega dan penswastaan. Kos pembangunan semua menggelembong (bloated) termasuk dengan tanggungan ‘cost-overruns’. Terkini kos Keretapi Laju (HSR) yang pertama-tama disebut  dengan RM8 bilion kini telah melambong kepada RM80 bilion.

Kerajaan Pakatan Rakyat telah buktikan bahawa kita telah membuat penjimatan sebanyak 20-25 % berbanding UBN apabila dikelolakan dengan pegurusan yang baik.OLeh kerana itu meskipun seluruh tawaran Manifesto Pakatan berjumlah besarRM45.75 bilion, kami yakin untuk menjana RM49.5 bilion dalam 3 kakedah utama yakni 1.Penjimatan melalui tadbir-urus yang berkesan dan bebas rasuah- ketirisan 2.Menyusukan kembali keutamaan bagi mengelak perbelanjaan mengakayak krooni dan 3.hasil dari penjanaan pertumbuhan hasil galakan perbelanjaan oleh rakyat (domestik) dan kerancakan sector swasta yang tidak terkepong dengan pelbagai kekangan yang mengherotkan pasaran dan persaingan.

Sasaran RM4,000 bagi seisi rumah akan tetap menjadi cita-cita kerajaan Pakatan Rakyat bagi membuktikan bahawa mendayakan rakyat bukanlah satu utopia seperti dituduh. Pendekatan kami mengurangkan kos saran hidup dan megizinkan pendapatan meningkat adalah jauh lebih ‘superior’ dan berekasan daripada menyuntik ‘candu’ yang bermusim dengan pemberian BRIM yang dilakukan dengan kerajaan berhutang dan bukan atas hasil penjimatan.

Andainya kami berhasil mencapai 50% dalam penggal pertama parlimen setelah kami mengambil alih Putrajaya maka ia satu prestasi yang baik. Andainya kami Berjaya mencapai 75% pencapaian maka ia satu yang cemerlang. 30% ekuiti bumiputera telah memasukki dekad ke-3  dan RM52 bilion pegangan saham Melayu-Bumiputera telah hangus dan kembali kepada paras RM2 bilion. Persoalannya ialah Melayu-Bumiputera mana yang memegang ekuiti ini bagi pihak Melayu-Bumiputera teramai?

Sayugia diingatkan bahawa pendekatan penstrukturan ekonomi, termasuk percukaian dan subsidi adalah dasar fiskal yang penting dan impak kepada pendapatan dan perbelanjaan kerajaan. Namun suka juga dingatkan kepada pengkritik kami bahawa kehilangan pendapatan cukai contohnya RM3.5b (kalau 50% penurunan cukai eksasi), kini akan beralih kepada rakyat yang sekaligus meningkatkan ‘pendapatan boleh berbelanja’ mereka.

Perbelanjaan isirumah (domestic)akan meningkatkan permintaan barangan dan perkhidmatan sekaligus meningkatkan faktor Perbelanjaan (Consumption) dalam KDNK. Begitu juga seterusnya apa jua pengurangan kos kepada rakyat (tariff air, elektrik, kesihatan, pendidikan) meningkatkan keupayaan pendapatan serta kuasa berbelanja-membeli mereka. Rakyat yang hidup bermaruah tidak lagi mengemis BRIM UBN yang dibuat melalui perbelanjaan defisit atau berhutang!

Pakatan Harapan Rakyat adalah tawaran Pakatan Rakyat bagi menamatkan pelbagai kebejatan pengurusan tempang dan khianat UBN. Manifesto ini bercita-cita bukan sahaja menambaik baik Negara ini bahkan menampilkan satu formula satu impian bagi membina sebuah Malaysia Baru yang lebih adil, berdaya-saing dan berkebjikan untuk semua rakyat.

Dr Dzulkefly Ahmad ialah Ahli Parlimen Kuala selangor dan Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS.

Advertisements

Leave a comment

Filed under Pakatan Rakyat, PAS

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s